Friday, November 11, 2011

malunya RASULULLAH s.a.w


salam semua

salam pagi jumaat yg indah dan ceria .. semoga kedatangan penghulu segala hari memberikan sinar buat kita semua .. yuk kita selami sifat2 murni rasul junjungan kita , yg sesungguhnya semakin tipis ada pada masyarakat kita skrg ini ... 



Sifat Pemalu Rasulullah s.a.w
Hadith:
DARI Abu Said al-Khudri r.a katanya: "Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda."
Riwayat Muslim

Huraian Hadith: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman. (al- Baihaqi).

Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, 'rasa malu' merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah. Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj baginda iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat.

Di peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad.
Lantas baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat.

Namun, baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri baginda. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya.

Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat tersebut dan juga ibadah-ibadah yang lain? Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan kita untuk bertemu Allah lantaran merasa malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tak pernah luput dari penglihatan Nya?

Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu. Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah dengan sepenuh malu.


kita memang x sempurana .. tapi x salah kalau kita cuba yg terbaik utk menjadi sempurna .. kesalahan dan kesilapan pasti akan ada bila2 masa kerana semua itu adalah dengan izinnya juga .. oleh itu sentiasalah berusaha kearah kebaikan , insyaallahh semoga sifat terpuji pemalunya rasul junjungan kita ini dapatlah dijadikan panduan buat kita semua dlm menjalani kehidupan ini ..


11 comments:

  1. kiter nih jaug panggang dari api kan?

    ReplyDelete
  2. semoga dgn mengingati akhlak nabi, kita juga mampu mendapat manfaat dan shafaatnya

    ReplyDelete
  3. betapa kecik jerk rasa diri ini.....

    ReplyDelete
  4. nice info
    selagi bernyawa berlajar la memperbaiki diri...moga menjadi lebey baek dari yang sebelumnyer IA

    ReplyDelete
  5. semoga kite umat nabi muhammad dpt mejadi sebaik baginda...insyaallah....yg penting sentiasa muhasabah diri...

    thanks kak kerane mengingatkan kami!

    ReplyDelete
  6. prempuan pun ade yg tak malu huhuhuh
    nauzubillah

    ReplyDelete
  7. tq for sharing ya kak...pengisian yg sgt bermakna..

    ReplyDelete
  8. Good info.. Dalam masa yg sama cuma memperbaiki diri utk melakukan dan menambah ibadah..:)

    ReplyDelete
  9. betultu..kak... kita sememangnya tidak sempurna tapi kita seharusnya berusaha untuk kearah kesempurnaan...walaupun terkadang kita alpha dengan apa yang kita lakukan...

    ReplyDelete
  10. mengingatkan sya yg selalu alpa ni...huhu

    tq kak ...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...