Wednesday, November 30, 2011

kehamilan di LEWAT usia ~ LINDA JASMINE hamil lagi


salam semua

memang seronok bila dgr org mengandung dan melahirkan anak .. bau2an bb memang menyegarkan .. tapi bagi kita wanita yg sudah lewat usia , banyak yg perlu kita fikirkan .. perancangan perlu ada sedari awal perkahwinan .. semua harus ada plan .. 

yelah kan .. kawin usia berapa , beranak usia berapa dan berapa jumlah anak yg ingin diperolehi semua kena ada perancangan dan planning . Ha barulah kehidupan kita tersusun dan kesihatan juga terjamin .. bila dah lanjut usia risiko memang ada bila kita hendak hamil lagi .. soo semua ini perlu dititik beratkan .. x kan nak mengandung punya pasal , kita risiko kan diri kita .. x takutkah bila kita mengandung di usia lewat , kita mgkin x dpt menjaga anak kita kerana risiko2 ini , semua kita kena fikirkan . 

Yaaa allah yg menentukan segalanya tapi kita sebagai hambanya disediakan otak utk berfikir .. soo fikirlah dan timbanglah ia secara rasional .. bukan lah dengan menyatakan dan menyalahkan sudah TAKDIR , nak buat macam mana ... hurmmm cukup x sukeee ayat tuu .. :)

sblm ape2 memang akak teruja dgn berita kehamilan linda jasmine nie .. cuma rasa seriau bila mengigatkan usia dia yg dah mencecah 40 tahun huhuhuh .. semoga selamat .. yelahh kena doakan selamat , x kan nak doakan x selamat kan .. soo apa2 risiko memang diri sendiri kena tanggung ..


PETALING JAYA: Isteri pelakon Que haidar, Linda Jasmine, 39, disahkan oleh doktor bakal menimang bayi perempuan pada Mei 2012. Linda yang sedang hamil empat bulan itu begitu teruja apabila mendengar berita tersebut memandangkan dia memang inginkan anak perempuan selepas kelahiran bayi kedua, Tengku Ratu Haidar, 2.

“Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru. “Doktor mengesahkan bayi ini 95 peratus adalah perempuan. Bagaimanapun masih awal untuk membuat jangkaan.

“Sama seperti sewaktu hamil anak pertama, Qalif dan Ratu, saya alahan teruk tetapi sekarang semakin kurang,” katanya kepada mStar Online. Sebelum ini, Linda melahirkan Ratu secara pembedahan dan dia akui alahan dengan ubat tahan sakit.

“Memang selepas dua tahun Ratu lahir, kami merancang untuk mempunyai anak lagi. Saya gembira dan bersyukur kerana hamil lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat.
“Walaupun saya alahan dengan ubat tahan sakit, saya anggap ia sebagai suatu pengorbanan apabila melahirkan bayi ini nanti,” jelasnya lagi.

sumber : mstar


Omkari Panwar - ibu tertua di dunia ketika ini

Seorang wanita dari Uttar Pradesh bernama Omkari Panwar menjadi ibu tertua di dunia ketika ini bila melahirkan bayi kembar pada usianya yang ke 70 tahun setelah melakukan IVF.


Komplikasi-komplikasi kehamilan pada usia lewat (Rujukan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, HUSM, Dr. Shah Reza Johan Noor )
 
Bakal-bakal ibu yang lebih tua juga berisiko mengalami insiden kelahiran sindrom down, keabnormalan janin yang bercorak genetik, keguguran secara spontan dan kematian perinatal.

Beliau turut menasihatkan wanita mengambil vitamin tertentu seperti asid folat, dua tiga bulan sebelum mengandung untuk menghindari pembentukan janin yang tidak sempurna.

Capai berat badan ideal dan tinggalkan tabiat buruk. Apabila haid tidak datang, buatlah ujian mengandung dan seterusnya menerima perawatan antenatal daripada doktor yang prihatin dan fokus terhadap permasalahan semasa kesihatan supaya pencegahan dan seterusnya pengesanan dapat dilakukan sekali gus memaksimumkan kaedah perawatan..

sumber : DISINI


serahkan segala ketentuan kepada ALLAH setelah kita berfikir dan berusaha kerana itu memang tugasnya utk memberikan yg dia rasakan TERBAIK buat hambanya ...


24 comments:

  1. kna jg ksihatn btul2. rsnya tde masalah kan. mak sy n mak mrtua umur 40 thn pun ngnadung lg haha

    ReplyDelete
  2. usia kandungan dah masuk 6 bln...=) alhamdulillah rezeki...

    ReplyDelete
  3. @Masni Syafie bukan 6 bulan dik .. tapi 4 bulan baruuuu .. hurmmm :)

    ReplyDelete
  4. mengandung lagi dia ye... harap2 lah selamat semunya.

    ReplyDelete
  5. klo badan sihat, usia bukan penghalang..alhamdulillah..murah rezeki pasangan ni... jarak pon dekat sgt kan.. kna jaga ksihatan btl2 ni

    ReplyDelete
  6. Rezeki Allah nak beri...InsyaAllah....kaedah rawatan kini boleh mencegah risiko hamil lewat usia...

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah, murah rezeki dorang nak dpt anak lg

    betullah kan kak, kita doakan yg baik2 je untuk mereka

    ReplyDelete
  8. Risikolah penyebab utama ina kena pk panjang utk mengandung lg.. Risiko yg bkn calang2.. ;) apapun smuanya rezeki allah swt.. Cuma kita diberikn akal utk fikir sebaik2nya utk bnyk pihak kan kak.. Tahniah pd kedua mereka.. Smoga selamat semuanya.. Amin!!! ;)

    ReplyDelete
  9. takde masalah kalau tahu jaga kesihatan diri...

    makcik yus di umur 46 tahun beranak anak ke 7, sama bulan dengan yus beranakkan Arif...:)

    ReplyDelete
  10. Rezeki Allah SWT. tp btul juga kta yg kena tau planning sbb kesan nnt kat baby2 .. kecik2 dah cam2 penyakit..yg parents plak klu x cukup kuat fizikal & mental .. mmg laa berisiko tinggi juga.. apa2 pun doakan yg terbaik buat kta sume..semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T

    ReplyDelete
  11. baru 39. me nanti kalo dr bg green light entah biler. hu3

    ReplyDelete
  12. tengok tu..org badan cantik pun nak mengandung lg walaupun dah berumur..

    semoga kandungan beliau sihat sempurna :D

    tiba2 mcm nak mengandung lg la..tp tggu next year..eh

    ReplyDelete
  13. masuk umur 36 was my last pregnancy. Tak sanggup. Now dah 43.. lagi lah ..tak akann..heee

    ReplyDelete
  14. eh nak dkt 40thn linda jasmine tuh..nmpk mcm muda..tp bila tgk gmbr ni mmg nmpk dia lg tua dr Que Haida..hopefully slmt semuanya..

    ReplyDelete
  15. Tahniah tuk Que & Linda..murah rezeki depa.Insallh,semuanya slmt..Linda nie mmg jenis jg kesihatan,tgk la body dia..mantain jer.
    makcik HB k.atie pon bersalin dlm usia 43 tahun..Alhamdllh,ibu & anak slmt serta sempurna.

    ReplyDelete
  16. kalau jaga kesihatan ..insyaALLAH selamat semuanya

    ReplyDelete
  17. besnyer linda nak dpt baby lagi..huhu

    ReplyDelete
  18. hehehehhee... ;) belasah jek selagi terdaya

    ReplyDelete
  19. kita doakn yg terbaik utk linda n que :)

    ReplyDelete
  20. semoga anak yg bakal lahir tuh sihat walafiat...

    ReplyDelete
  21. tahniah buat mereka..... semoga semuanya selamat.....

    ReplyDelete
  22. @♥♥azatiesayang ♥♥ uish kak biar benar 43 ekekke .. dah rejeki dia kan .. hurmm x kena marah ngan jururawat ke ??

    ReplyDelete
  23. sy ingat umur dia baru cecah awal 30-an huhuhuhh

    ReplyDelete
  24. Tahniah buat Linda dan Que..

    Rezeki Linda, mungkin dia nak anak sebelum umo 40 kot :)

    Que la muda lagi :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (179) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) kehidupan (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...