Tuesday, November 8, 2011

IBU kembar istimewa mengadap ILLAHI ~ alfatihah


salam semua

sedih bila baca berita online pagi nie .. huhuhhu semoga kanak2 istimewa kembar Ahmad & Muhammad tabah mengharungi kehidupan yg panjang ini tanpa ibu yg tersayang .. aduhhh x dpt akak bayangkan betapa kuat dugaan buat mereka .. nak2 suami arwah .. bagaimana dia nak hadapi semua ini ..
harap suami arwah kuat .. aduhhh tetiba emo sbb akak memang ikuti sgt2 perkembangan kembar Ahmad & Muhammad nie ..

ciuman mesra si kembar kepada ayahanda tercinta

SUNGAI BESAR: “Arwah adalah isteri dan ibu yang terbaik,” kata ayah pasangan kembar Ahmad dan Muhammad, 13, Rosli Abdul Rahim, 40.
Isterinya, Aisah Kanda, 35, meninggal dunia kira-kira 4 pagi semalam di Hospital Putrajaya selepas menderita kanser payudara hampir setahun.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor, selepas solat Zuhur, semalam. Sebelum bacaan talkin dibaca diketuai oleh Imam Masjid Nurdiniah Parit 2 Sungai Haji Dorani, Husin Yusuf, hadirin turut mengalunkan bertakbir kerana jenazah meninggal dunia ketika umat Islam menyambut Aidiladha.

Rosli ketika ditemui menyifatkan isterinya adalah terbaik bagi dia sebagai suami serta ibu kepada lima anak iaitu kembar Ahmad dan Muhammad, Muhammad Iman, 9, Ammar Safiy, 6, dan Nurbadrisa yang berusia tiga tahun.

“Arwah isteri saya sangat tabah, tidak pernah pun mengeluh walaupun membesarkan lima anak termasuk OKU. “Ketika isteri sakit pun, dia tak pernah nak menunjukkan kepada anak-anak supaya mereka tak susah hati. Malah, sejak dua bulan lalu arwah tak boleh bergerak dan hanya duduk di katil pun tiada keluhan didengari.

“Semalam (kelmarin) saya katakan padanya ‘Ayang, awak kena kuat, namun arwah pula yang meminta saya supaya tabah,” katanya ketika ditemui di rumah mentua di Kampung Sungai Limau, di sini, semalam.

selanjutnya : hmetro

walau bagaimana sekalipun kehidupan ini kena diteruskan .. kita memang kena tabah hadapi segala dugaan dari allah .. kekuatan kita hanyalah pada allah .. dan percayalah segala yg pahit dari allah ada sebab dan pasti ada hikmahnya .. insyaallahhhhh ,

jauh disudut hati akak .. akak memang x mahu dipisahkan dari anak2 .. selalu berdoa agar allah memberikan peluang buat akak untuk membesarkan anak2 dan melihat mereka berjaya .. semoga allah perkenankan permintaan ini .. aminnnn

25 comments:

  1. al-fatihah...dariNYA kita datang...kepadaNYA kita kembali...semoga rohnya aman dan tenang di SANA....

    ReplyDelete
  2. sedih nyer... :(

    al-fatihah..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah.. Moga rohnyaa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org2 yg beriman..Amin

    ReplyDelete
  4. alfatihah...semoga kehidupan kembar dan keluarga slps ni dipermudahkan Allah

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..insyallah

    ReplyDelete
  6. al-Fatihah..Ya Allah sedihnya....anak 5 orang, pling kecik 3 tahun :-((...Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman, amin...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah.

    semoga Allah mencucuri roh beliau :)

    ReplyDelete
  9. AL-FATIHAH... SEDIH MUNNA BACA BERITA NI...SEMOGA PASANGAN KEMBAR TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI...

    ReplyDelete
  10. al-fatihah

    moga keluarga mereka tabah..

    ReplyDelete
  11. dari dulu selalu mengikuti prkembangan kembar nie.. contoh ibu yg sgt tabah di dunia ini.. moga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  12. Moga keluarga arwah tabah..

    AL-FATIHAH.

    ReplyDelete
  13. orang yang beriman adalah orang yang kuat..
    al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Ieda

    Al Fatihah

    Wassalam

    ReplyDelete
  15. salam kak.. sedihnya .. moga keluarga ini tabah.. alFatihah..

    ReplyDelete
  16. sedih sgt baca berita ni kakieda.moga keluarga ini tabah menerima dugaan yg amat berat ini. Betul kata kakieda, yg pahit itu pasti ada manisnya...Tuhan lebih menyayanginya

    ReplyDelete
  17. al-fatihah besar pengorbanan si ibu itu...

    ReplyDelete
  18. sedihnya ayat terakhir arwah isterinya...alfatihah utk arwah...betapa kuatnya dia..teringat ibu mertua hadapi kematian kanser usus br ni setelah 2 tahun..huhu

    ReplyDelete
  19. al fatihah...sayu sangat bacer berita ni semlm...semoga suaminyer tabah menerima dugaan....

    ReplyDelete
  20. doa anak2 jd bekalan di akhirat sana..

    ReplyDelete
  21. Al-Fatihah....semoga rohnya dicucuri rahmat....

    ReplyDelete
  22. Al-fatihah utk arwah..semoga suami dahn keluarganye tros kuat utk meneruskan kehidupan mereka..

    ReplyDelete
  23. Al- Fatihah..br tau je ni...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...