Tuesday, November 29, 2011

CULIK TIDAK SENGAJA


salam semua

ya tuhannn berderau baca berita pagi2 hari nie .. huhuhuh mana tidak nye kisah culik x sengaja !! .. hah ! mcm mana tuu .. haaaaaaaaa rupenya si penculik x sedar ada budak dlm kereta yg mereka culik tu .. nasibbb baik budak kecil ini tidak di apa2 kan ... yg paling pelik dan menyampah , kenapalahhhhhhhh si bapa nye bodoh sgt2 , tinggalkan anak di bahu jalan dlm kereta yg x dimatikan ??? ( haaa amikk marah nie !!! )

erghhhhhhhhhh kenapa lah cerdik sgt ! .. bawak lah sekali anak tuu walaupun nak belikan makanan , x susah kan punnn , bukan ke budak tuu dah 5 tahun .. kalau akak lahhh anak dah tidur ke ape ke .. akak bawak turun je .. kalau tidak akak kuncikan pintu kereta dan matikan enjin kalau betul hanya sekejap kan !!!

LEGA...ibu bapa kanak-kanak lima tahun lega selepas anak mereka ditemui semula.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menempuh detik hitam hampir lima jam apabila ‘diculik’ secara tidak sengaja oleh seorang lelaki yang melarikan kenderaan mewah jenis BMW milik bapanya, semalam.

Dalam kejadian di Jalan KIP 1, Desajaya, di sini kira-kira jam 9.30 pagi itu, kanak-kanak malang terbabit ditinggalkan bapanya berusia 37 tahun dalam kenderaan di bahu jalan seketika kerana mahu membeli makanan di sebuah restoran di kawasan berhampiran.

Difahamkan, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba meluru masuk ke dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjinnya itu ketika bapa mangsa baru meninggalkan kenderaan itu. Menyedari kenderaan dan anak lelakinya dilarikan, bapa mangsa bergegas membuat laporan di Balai Polis Kepong, sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Desajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut sumber, suspek yang melarikan kenderaan mewah itu dikatakan hanya menyedari ada seorang kanak-kanak lelaki di tempat duduk belakang selepas mangsa menangis ketakutan lima minit kemudian.

“Suspek bagaimanapun masih meneruskan niatnya melarikan kenderaan berkenaan tanpa menghiraukan tangisan kanak-kanak itu,” katanya. Sumber berkata, sebaik laporan mengenai insiden itu diterima pihak berkuasa, usaha mengesan kanak-kanak terbabit giat dijalankan.

“Selain menghebahkan kejadian itu kepada semua unit peronda, beberapa sekatan jalan raya dilakukan bagi mengesan suspek di sekitar ibu negara,” katanya.
Usaha hampir lima jam itu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa menerima maklumat mengatakan mangsa sedang di disembunyikan di sebuah hotel di Sri Damansara.

berita penuh : DISINI

pagi2 lagi dah bikin akak emo baca berita nie .. aduhhhhhhhhh tolong lahh dizaman skrg nie semua ini tidak boleh diambil MUDAH !!!

23 comments:

  1. peliknya...
    dah banyak kali kejadian macam ni berlaku tapi masih ada yang cuai..kan??
    depa tak baca suratkhabo ke??

    ReplyDelete
  2. entahla kekadang terjadi dek sbbkan kelalaian sendiri...nasib baik tak jadi apa2

    ReplyDelete
  3. lum baca lagi paper pagi nie..pulak...????

    ReplyDelete
  4. sekarang ni dah tak selamat mcm dulu so ibu bapa kena lah lebih perihatin tentang keselamatan anak2 jgn main tinggal ajer...

    ReplyDelete
  5. dunia sekrang memang tak selamat. syukur budak tu tak apa2

    ReplyDelete
  6. ish takut jadi mcm nie....sebab tu le jgn le tinggal anak dlm keter walaupun sekejap....mcm2 bende leh jadi dgn sekelip mate...

    ReplyDelete
  7. ha tulah pasal..baru 5 tahun kot..semua salah sendiri..harap lepas ni tak berulang lagi kes seumpama ini.

    ReplyDelete
  8. kalo sy, sy kunci...matikan enjin...mmg riso sgt2...

    tapi dlm keadaan sy pun suami selalu OS menyebabkan terpaksa angkut semua anak2 kalo nak ke mana2...mmg dugaan jadi...jln terbaik kalo sy ke kedai kejap..benti kete depan2 pintu kedai...kunci dan berlari2 la membeli dlm masa tak sampai 5 minit...

    ReplyDelete
  9. kalau tina, mmg tak tinggal, sanggup tunggu sampai dia bangun baru turun kereta, tak berani sebab dah byk sangat ke mcm ni kan

    ReplyDelete
  10. skrg nih mmg kene hati2 kan kak...
    kita cuai sikit jerk, abislah...
    takut dgr brita gini..

    ReplyDelete
  11. mudah sgt bapa budak nie..bawak anak tp ditinggalkan dlm kereta. nasib baik tak jadi apa2

    ReplyDelete
  12. adoii.. napela tinggal anak dlm tu.. bahaya! kereta hilang takpe... anak tu???? nyawa

    ReplyDelete
  13. tak prihatin tentang keselamatan anak2 ermmmm

    ReplyDelete
  14. tulah kdg2 x sedar tu
    lenkali hati2

    ReplyDelete
  15. Napalah nak ditinggalkan anak tu dlm keta seorg2...sian budak tu..mesti trauma..

    ReplyDelete
  16. Kejadian yg sememangnya boleh dielak kan berlaku....kecuaian begini dah berlaku byk kali....iklan...cerita..berita.......selalu mengingatkan kita..semoga kita lebih berwaspada...

    ReplyDelete
  17. dah bnyk peringatan2 cmni di fb @ media2.. tp msh ambik sambil lewa..

    ReplyDelete
  18. ramai yg anggap mudah je kak.tu jd cm tu.

    ReplyDelete
  19. hadoyaiiiii
    senak perut kowtt jd camtu

    ReplyDelete
  20. Dah banyak kali jd cam ni tapi kenapa semua tak waspada ...

    ReplyDelete
  21. ..begitulah kan..bila terkena barulah nak beringatnya..aduhaiii

    ReplyDelete
  22. takutnya klu jadi mcm ni ... munna mmg tak pernah tinggalkan anak dlm kereta selalu juga pesan dgn abg ..

    ReplyDelete
  23. alaaa takutnya.... kita kalau g pam minyak pon kita bukak tgkap sikit je then kunci pintu dr luar..itupon kalau ade anak.. hurmm takuttt

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...