Tuesday, November 15, 2011

bayi DI LETAK DI BELAKANG KLINIK ~ nasib baik


salam semua

hurmm kali nie bila baca kes jumpa bayi .. bayi x mati .. x didera .. x di bunuh .. syukurrrrrrrr bayi sihat dan nampak sgt2 cumei .. siapalahhh ibu dan ayahnya kan .. sedih bila baca .. nasib baikk bayi ini tidak di cederakan oleh binatang2 buas , yelahhh dah di tinggalkan di belakang klinik kan .. 

nasib baik ada org yg melihat bayi ini .... baru 4 jam dilahirkan ... masih merah .. kalaulah akak yg jumpe .. akak bawak balik umah dan senyap2 je .. aci ! .. tapii x leh lah buat mcm tuu kan .. lebih baik serah kpd polis supaya bayi itu mendapat pembelaan sewajarnya ..

COMEL...Zaitul Najahah mendukung bayi yang ditemui.

ALOR SETAR: Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.

“Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. “Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

sumber : metro online


tkasih atas kata2 sokongan dan dorongan kawan2 , adik2 dan kakak atas entry semalam , sgt2 hargai keprihatinan uols , ya dlm sedih dan tawa kita ada anak2 , keluarga dan kawan2 pastinya .. percayalah akak  akan terus kuat dgn dugaan dari allah ini .. 

setiap tawa pasti akan diselang selikan dengan duka dan airmata .. lumrah kehidupan , selagi kita terdaya menerima , insyaallahhh kita akan terus tersenyum dan redha dengan apa jua dugaan yg mendatang dari allah .. aminnnnnnn

31 comments:

  1. kesiannya..

    pernah masa mengajar dulu, ada sorang budak perempuan ni mai kat i sambil nangis2.. cakap "cikgu, saya ni anak luar nikah"..speechless..

    ReplyDelete
  2. bergenang air mata sy baca budak ni di hurung semut.. dah la comel.. kecik tak tau apa lagi.. ya allah selamatkan la anak ini...

    ReplyDelete
  3. alahai comelnye..syukur baby ni tak apa²...

    ReplyDelete
  4. sedihnya baca kisah2 mcm ni...dunia akhir zaman mcm2 org sanggup buat. Apalah perasaan dorangkan?

    ReplyDelete
  5. eee cumelnyer baby tu..... nape la dibuang2 jerk baby tu kan, bukan senang nak membawa 9 bulan n mmelahirkan..... x rasa sayu ker orang yang buang baby tu..

    ReplyDelete
  6. sedih tiap kali baca berita pasal buang/bunuh bby ni. Tak kan la takde perasaan sayang or simpati langsung kat anak yng dah dikandung 9 bulan tuh..

    Kadang2 rasa nak memaki pun ada...(-_-)

    ReplyDelete
  7. Ya Allah syomelnyer baby boy tue..sapa tanak kasi laa kat saya...huhuhu aisehh semalam pesal tak lalu kat tempt tue tidak leh jumpa baby nie =)

    ReplyDelete
  8. sedey la...tiap kali tengok berita buang baby nie....

    ReplyDelete
  9. aduh....lieya mmg touching bace cite2 cam ni kak.....sedih sgt.....semoga nasib bb tu baik2 la hendaknyer...

    ReplyDelete
  10. ya Allah ya Tuhanku
    sian bayi tu dikerumuni semut..sib bek la ditemui..napelah jd cam tu
    kalo kot ye pun ko nak buang bayi tu..g lah buang tempat2 yg bersih ..sng org npk...dah lah wat dosa buang bayi..tp pls lah ada lah simpati kt bb tu ko buang gitu2 jek..bodoh pya org..xyah idup la gini mencik lah sggh kalo ada kes2 cm ni...

    ReplyDelete
  11. masa buat tak ingat semua ni
    dah la berzina buang babyi x berdosa plak ni...dosa tu berlipat ganda...moga kiter di jauhkan ngan pekara gini....dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  12. Kesiannya, tgn dah kena hurung semut. Comel baby nih.

    Entry Baru:

    DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA

    ReplyDelete
  13. x faham sungguh la dengan manusia macam nie , apalah salah si anak kecil tue

    ReplyDelete
  14. kesiannya baby ni. nape la takde perasaan belas langsung sampai sanggup buang anak sendiri..kejam..kejam..

    ReplyDelete
  15. comel nya baby tu...

    tulah, kalau masih hidup dan ada yg jumpa alhamdulillah kan, daripada di buang tanpa belas kasihan...

    ReplyDelete
  16. berita pasal bayi2 ni buat munna menangis....tak sayang ke ibu yg melahirkan...

    ReplyDelete
  17. comel2 pun nak buang ka??
    patung comel pun kita tak nak buang ni kan pulak baby..anak sendiri..
    aih!!

    ReplyDelete
  18. siannye baby ni..
    syukur Alhamdulillah dia selamat..

    ReplyDelete
  19. Hadoii tak habis2 kes buang bayi..Kesiannyalah..apa dosa bb tu. Senang2 ja org buang anak..tak tau betapa susahnya nak dapatkan anak...huhuhuhuh

    ReplyDelete
  20. Sedih la tengok berita2 yang begini, pasti siibu yg membuang anaknya begitu akan dihantui dengan sesalan seumur hidupkan?

    ReplyDelete
  21. budak zaman skang..bermula dengan panggilan baby kepada pak we or mak wa.. lps tu mula buang baby..sial

    ReplyDelete
  22. Alahai! comel baby tue....Kenapalah di buang...tuelah...remaja sekarang....Si lelaki tak nak bertanggungjawab....Yang perempuan akal pendek...tue yang buang merata-rata tue.....huhuhu

    ReplyDelete
  23. tak habis2 dgn berita jijik pelakuan dewasa yg punya akal tp tidak mampu berfikir...sikecil ini tiada dosanya...Allah Maha melindungi...

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah baby tu selamat...apapun, perbuatan membuang bayi sgt keji!!


    akak jgn sedih2 ye...bykkan istighfar ye kak...

    ReplyDelete
  25. syukur..masih hidup lagi..comelnye bby tu

    ReplyDelete
  26. kalo eB yg jumper, eB trus dftr nk amek jadik anak angkat, confirm trus syg punyer... :)

    ReplyDelete
  27. sedih betul sanggup dierang buat mcm tu kat anak sendiri...tak berhati perut betul...

    ReplyDelete
  28. ramai yg memerlukan si kecil ini

    ReplyDelete
  29. bak sini la sy bela..
    huhuhu..

    yg x de anak berusaha kemain nk ada,
    yg dpt men buang2 gitu ajekan..
    menggggonnng!

    ReplyDelete
  30. subhanallah... dah mula balik kan kes buang bayi... apa nak jadik ni...nauzubillah...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...