Saturday, October 1, 2011

yg SEGAR ~ tips cantik semulajadi WANITA


salam semua

ok2 .. dah lama x share tips kecantikan kan .. hermm kalau wanita nie x ada lain tips2 utk kelihatan muda , segar dan jelita kan kan .. yelahhh kalau kami2 yg dah kawin nie sure lahhh nak tahu petua2 untuk kelihatan menarik dan menawan di depan suami TERCINTA .. ye dakkk .. bukan utk org luarr yeeee .. aibbbb x baik tuu :) kalau di luar , ala kadar sahaja .. lebih2 nanti susah tauuu ciannn kat hubby tanggung azab ekekek :)

ha , nie akak nak share info tips kecantikan semula jadi .. hermmm akak x pernah cuba .. amalan akak hanya makan maajun , minum air masak banyak2 , bersihkan wajah sebelum tidur dan selawat nabi banyak2 setiap kali nak mulakan tepek bedak di muke .. itu je :) yg lain2 nie .. hermmm mcm x nak buat sbb x yakin .. 

ok lah moh baca tips penggunaan pisang dan yogurt ! ... huhuh akak yogurt punnn x makan .. nak2 pisang nie ..


sumber : seri kasih

Alam semula jadi sememangnya kaya dengan rahsia yang masih belum tersingkap. Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya adalah anugerah Maha Pencipta yang bukan saja enak dinikmati malah banyak khasiat di sebaliknya termasuk untuk kecantikan.

PISANG

Musa sapentium L


Pisang sememangnya kaya dengan potassium dan mengandungi bahan pelembap yang menakjubkan apabila digunakan untuk merawat rambut dan kulit.

Resipi

*Sebiji pisang masak


*1 sudu madu


*1/2 sudu minyak jojoba


*1 sudu yogurt


*Putih telur


*1 sudu tanah liat putih


Pukul putih telur, kemudian campur yogurt, minyak jojoba, madu dan tanah liat sehingga menjadi adunan berkrim dan lembut.


Dalam mangkuk berasingan, lecek pisang dan masukkan ke dalam campuran bahan pertama.


Sapu adunan tersebut di muka, leher dan bahu. Urut perlahan dan biarkan selama 15 minit sebelum dibersihkan. Resipi ini membantu melembut dan menganjalkan kulit.

YOGURT

Produk tenusu ini mengandungi bakteria ‘baik’. Ia boleh digunakan dalam rawatan melembapkan dan membersihkan kulit.

Resipi

*1/4 cawan yogurt


*3 sudu T Honey


*3 sudu puri labu atau


*3 sudu puri lobak merah


Kisar puri labu atau lobak merah (sama ada di dalam tin tanpa bahan pengawet) atau yang dimasak. Campurkan bersama yogurt dan madu. Manjakan seluruh tubuh dengan adunan tersebut dan berendam dalam air suam selama 20 minit, kemudian bilas.


yang pasti kalau boleh lebihkan minum air masak sebanyak 2-3 liter sehari dah cukup .. buang semua toksin dlm badan kita nie .. keperluan air sgt2 penting , insyaallah amalan2 lain tu sebagai tambahan sahaja ..

sbb kulit kita x sama kan .. ada yg alah itu dan ini ... sooo jalan terbaik adalah amalan minum air masak banyak2 .. bukan air manisss ya .. sbbb dlm pemakanan seharian kita dah banyak manis .. even nasi yg kita makan tuu dah manis .. karbohidrat/kanji kannn :)

19 comments:

  1. dedua menda tu pun ratu mmg tak makan...camne nk follow..kalau air masak tu lehla cuba2 skit2 lama2 berbotol2 :)

    ReplyDelete
  2. akak memang minat makan yougurt , anak-anak pun suka, tapi bukan sebab nak kulit cantik pun, memang saja suka.

    ReplyDelete
  3. betul 2 kak,jat kat rumah jarang mnum air.kat ofis mmg kerap la mnum air masak2.kejap2 g pantry isi botol kosong.pas2 g toilet mmbuang.hihi

    ReplyDelete
  4. bagus ni dulu masa sekolah rajin gak cuba petua2 ni

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ieda

    pisang...saya suka makan

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. tapi pisang tu kalori dia tinggi la kak...

    kena jaga2 makan...

    kak, sy ada sebut psl maajun kak ieda yea :)

    ReplyDelete
  7. kak ieda.. so inilah rahsia akak yer? thanks for sharing ya~

    ReplyDelete
  8. ehehe..insya allah nt nk try ^_^

    ReplyDelete
  9. assalam ieda..tengok resepi pun macam tak lalu nak buatkan..
    tapi raanya acik dah terlambat nak buat tu semua..kalau muda lagi rasanya boleh le kan..

    ReplyDelete
  10. pisang tu mmg feberet.. Madu tu alamak susah btoi nak telan kak.. Dari dulu..

    ReplyDelete
  11. alamak,syg plak nk sapu2 yogurt tu sebab izan suuukaaa makan yogurt hehe..

    ReplyDelete
  12. yogurt jer yang paling best dan senang nak makan...selalu makan yogurt kalo mls nak makan nasik...

    ReplyDelete
  13. betul kak ieda...minum air yg banyak itu penting spy toksin dlm bdn ilang n kulit nmpak lembap jer..

    ReplyDelete
  14. bab minum air tu mmg pasti... utk meningkatkan metabolisma jugak... hehe

    ReplyDelete
  15. BAB MINUM AIR MASAK BANYAK2 TU SGT MASALAH..HAIH..PADAHAL BUKAN SUSAH MANA PUN..HUU..HEE~

    ReplyDelete
  16. akak...

    ila paling suka minum air masak...hehe..
    hari2 kadang kat 4 liter jugak la...ngeh3

    ReplyDelete
  17. x minat la ngan yogurt...camne nk bg minat yer

    ReplyDelete
  18. tq for sharing kak... :)

    ReplyDelete
  19. Kakak nak membuat itu yg malas rasa lecehlah ieda.... kalau ada yg tolong buat hmmmm....:)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...