Tuesday, October 11, 2011

X SAMPAI HATI nak baca .. ~ ANAK TIRI DIDERA


salam semua

apalahhh nak jadi dunia skrg ! setiap hari ada sahaja kisah2 yg menyayat hati mcm nie .. huhuhu sedih sgt2 .. kanak2 yg tidak berdosa menjadi mangsa .. adakah kanak2 ini terlalu nakal ?? kalau ya punn dia nakal .. kita x ada hak nak pukul dia sampai lembik dan akhirnya membawa keMATIan !! x kasihan kah ?? x ada perasaan kah ?? ya allahhhh , sesungguhnya apakah yg hendak kau beritahu kepada kami ?? isyarat apakah yg ingin kau tunjukkan kepada kami ??

MANGSA BAPA TIRI...polis mengangkat mayat mangsa untuk dibedah siasat, semalam.
 
ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.

Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa. Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.

Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.

sumber : metro online

sudah tiadakah nilai kemanusiaan dan kasih sayang dalam diri kita ??
ya allah kau lindungi kami dari perasaan benci dan sakit ati , jauhkan tanda hitam angkara syaitan .. berilah dan kurniakanlah kami sinar kasih sayang agar kami dpt menjalani ibadah tuntutan mu & kehidupan kami dengan penuh ketenangan di dunia yg semakin mencabar ini ..


36 comments:

  1. mak dier? x peernah perasan ker anak kena dera? geram la

    ReplyDelete
  2. Giler!!! Org susah payah nak anak deme snang2 bunuh anak.. Dunia dh nk akhir zaman.. Ya allah!!!!

    ReplyDelete
  3. patutnyaaa dera je dia balik camtu...huhuhu geram tul aaaaa

    ReplyDelete
  4. ya allah... kesiannyer...
    macam2 peseng manusia skarang...semakin hilang akal & kejam

    ReplyDelete
  5. sianye budak tu..
    mengapalah skrg ni manusia smakin kejam..

    ReplyDelete
  6. serius ratu mmg tak suke nk bace menda2 cmni.baca tajuk je dh cukup... :)

    ReplyDelete
  7. Eiiii ... geram la.. mak tu bodoh sangat ka.. takut laki kah ???? eiii .. geram la kak ieda.. sy tak boleh benda2 cam ni ...lain kali pompuan kalau bercerai mati @ hidup .. kalau nk kawen lain pun pilih2 la bakal suami .. jgn main suka kawen ja... eiiii...

    ReplyDelete
  8. melampau........sian budak tu

    ReplyDelete
  9. ya Allah... makin menjadi2 skrg nih...
    tak dpt bygkn kesakitan arwah masa didera dgn besi panas tuh....
    binatang pon tau sygkn anak....
    mmg emo la kak klu baca brita gini....

    ReplyDelete
  10. ya allah kenapa manusia nie terlalu kejam...sedeynya...

    ReplyDelete
  11. Hilang sudah sifat kemanusiaan..sedih..

    ReplyDelete
  12. keji giler
    donia boley la lepas
    akhirat ko jgn haraplah
    alhamdulliah awrah pasti ke syurga tempatnyer

    ReplyDelete
  13. wahai ibu-ibu tunggal...
    kahwinilah dengan lelaki yang benar-benar boleh menerima mu dan keluargamu juga...
    kesian anak2 yg tdk berdosa...

    ReplyDelete
  14. kak saya xleh baca kisah gini, rasa nak nangis terus..

    ReplyDelete
  15. @halila Ibrahim sedih kan , meruntun jiwa ! ... akak geram dan sedih sbb kejadian terlalu pantas .. mgkin budak tuu dah x tahan menangung sakit , akhirnya diri dijemput illahi
    biarlah dia lebih tenang di sisi penciptanya .. ya allahhh

    ReplyDelete
  16. @Mama Gee ya dikk akak setuju .. derakan balik mcm mana dia perlakukan budak tu !! huhuhu

    ReplyDelete
  17. @ratusiput huhuh tulah masa akak baca mula2 tuu tgk tajuk dah bergenang air mata .. nak2 budak tuu sebaya amanina anak akak huhuhu

    ReplyDelete
  18. @Zue AnnaLeeya ya dikk sakit ati sbb manusia dah hilang pertimbangan akal dan fikiran huhuhu

    ReplyDelete
  19. @☆*♥L@dy @yU♥*☆ tulahhh memang syurga tempatnya .. dia lebih tenang disana .. allah sayangkan dia x nak dia disakiti lagi ..

    ReplyDelete
  20. @exora ya kak huhuhuhuhh sedih kak
    moga2 jadi pengajran buat ibu2 tunggal di luar sana .. lindungi dan kasihanilah anak2 kita .. baik buruk dia tetap anak2 kita ..
    kita yg mencorakkan dia ..

    ReplyDelete
  21. @qemaishak tulah dikkk sedih kan .. akak nie bila baca .. sakit ati ada , sedih ada .. hiba ada .. rasa nak rodok lelaki nie kalau dia di depan mata .. nak tanye satu soalan .. kenapa di perlakukan begini ke anak ini .. walau dia jahat sebagai mana punnn ! ...

    ReplyDelete
  22. ya Allah kak..semalam baby kene liwat..yg ni kes dera plak...apenak jadi laa dunia skrang .....ni perangai dah same mcm setan dah nie....bodoh betul!

    ReplyDelete
  23. kenapalahh kejammm sangattttttttttttttt! jahattttttttt!

    ReplyDelete
  24. giler kejam ar...memang patot di hukum bunuh owg mcm ni..

    ReplyDelete
  25. huhuhu... kesian.. sedih btul bc kisah2 mcm ni..

    ReplyDelete
  26. sebaya dgn anak saya,mak dia tak buat apa2ke?

    ReplyDelete
  27. Geramnyaa ngan manusia berhati binatang..nie.. apa rasanyaa kalau anak yang baru lahir tuh dibuat gitu..plak.. tak otak betul laa..

    ReplyDelete
  28. sebak sangat.. tak berperikemanusiaan betul..

    ReplyDelete
  29. manusia itu sangat kejam

    ReplyDelete
  30. yallah..apa nk jadi ni

    ReplyDelete
  31. Tak boleh nak komen lah sis...nnt akan terkeluar kata-kata tidak berperi kemanusian pulak to bapak tiri budak ni...Biarlah Allah yg menentukannya...SIKSAAN ALLAH ITU MAHA SAKIT...

    ReplyDelete
  32. ya Allah,meremang jat baca.sekurangnya penderitaan arwah kat dunia ni da berakhir.better dia pergi dr hdup terseksa lama2.

    ReplyDelete
  33. Ya Allah mengalir airmata bila baca berita nih...alangkah sedihnya...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...