Tuesday, October 4, 2011

susu CAIR dalam susah senang KEHIDUPAN


salam semua

aduhh sedih dgn berita kemiskinan masyarakat kita hari ke hari kan .. semua nie mcm lumrah dlm kehidupan kita , mana yg dpt kita bantu insyaallah kita akan bantu kan .. dan berita ini membuatkan hati akak meruntun sedih , bilamana ibu ini terpaksa melalui kesempitan hidup yg sgt2 ketara .. 

huhuhuh nak beli susu x dpt sbb x mampu .. dicampurkan susu dengan air dan menjadi sgt2 cair utk anaknya yg OKU ... kita kalau boleh nak bagi anak susu yg paling bagus , paling mahal kan .. sedangkan ibu ini terpaksa membancuh susu yang cair dengan air .. huhuh bayangkan anak2 kecil yg sedang lapar , boleh kita lihat meneguk susu dengan penuh perasaaan ..


Tak mampu beli susu anak OKU

 

SEREMBAN: Seorang ibu tunggal terpaksa memberikan anaknya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), minum air bercampur susu cair bagi menggantikan susu formula akibat kemiskinan hidup.

Laila Wati Omar, 44, berkata anaknya, Nurul Nur Iqmazatul Iqma Abd Manap, 13, yang mengalami kecacatan sejak lahir terpaksa minum air yang dicampur dengan susu cair kerana kekangan hidup dialaminya.

“Saya mengakui mendapat bantuan sebanyak RM400 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, namun jumlah berkenaan tidak mencukupi kerana saya tidak mampu bekerja selepas terbabit dalam kemalangan dua bulan lalu. 

“Hati ini sedih melihat Nurul Nur Iqmazatul Iqma terpaksa minum air dicampur susu cair walaupun sepatutnya dia diberikan susu formula, namun hanya itu yang mampu saya lakukan,” katanya yang juga ibu kepada enam anak berusia antara tujuh hingga 22 tahun ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Jalan Jelebu, Ampangan, di sini, semalam.

Menurutnya, Iqmazatul cacat sejak dilahirkan dan mengalami kekejangan urat saraf menyebabkan dia tidak mampu berjalan atau duduk serta hanya mampu minum susu atau bubur yang dimasukkan ke dalam botol susu.

Laila berkata, dia yang dulunya menampung keluarga dengan membuat kuih terpaksa berhenti kerana tidak mampu melakukan sebarang kerja selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan tangan sebelah kirinya tidak berfungsi dengan baik.

“Saya pernah cuba untuk bekerja dengan melakukan tugas ringan tetapi ternyata tidak mampu akibat dari kesan kemalangan dua tahun lalu dan kini hanya duduk di rumah, tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.

sumber : hmetro

adakalanya akak selalu menasihati anak2 akak , kena selalu berjimat cermat ,makan dan minum seadanya , walau ibu mampu berikan apa yg uols nak tapi ibu x akan ajar uols merasa kesenangan selalu .. 

kesenangan yg mereka rasa selalunya akan dikongsi bersama , jarang sgt akak berikan anak2 makan atau minum sorang satu .. akak suke kalau mereka amalkan tidak kedekut dan suka kongsikan apa yg mereka miliki  .. kerana selalu teringatkan org yg susah , susah nak dpt makan dan minum , membuatkan akak sedar , semua ini adalah rezeki dari allah dan kita sepatutnya bersyukur dan selalu beringat x semua kesenangan yg kita perolehi akan kekal selama lamanya ..

25 comments:

  1. sedey khen...setakat RM 400 tue apa lah sngt yg blh dibeli dlm dunia serba mahal skrng....dia x kasi no acc etc ker if nak derma something???

    ReplyDelete
  2. sedihnya. jimat cermatlah. :)

    ReplyDelete
  3. tulah kak...orang kaya makin kaya...yang susah???

    sedih...

    ReplyDelete
  4. kesian nya...
    macam mana ada orang yang kata kat malaysia tak de orang yang susah ye??patutnya kerajaan kena tambah la sikit elaun untuk oku dan orang miskin ni.400 nak makan apa la..

    ReplyDelete
  5. tgk berita ni dalam metro pagi tadi. sedih kan kak... kesian nengok anaknye

    ReplyDelete
  6. bila tgk org lain susah terasa bersyukurnye kite dgn apa yg kita ada walau tak sekaya mana kan kak.slalu muhasabah diri.

    ReplyDelete
  7. siannnyeee..dulu family intan pun hampir mcm tuh..semakin hampir beli susu cair..yelah..ibu x keje..abah keje gomen..mane mampu sgt..tp skrang syurkur.. ;)

    ReplyDelete
  8. sedihnya..skarang taraf ekonomi kita makin tinggi,,jgn kata gaji 400.. kalo gaji ke 800-1000 pon dh sesak skarang.. smuanya mahal.. dlm hal ni..kerajaan mmg kna ambik perhatian drp semua lapisan masyarakat dlm mningkatkn taraf hidup rakyat.

    ReplyDelete
  9. sedih... moga rezeki keluarga ni lebih murah lepas ni..

    ReplyDelete
  10. kesiannya...bila dah terpaksa,apa pun jadi asalkan ada..hmm semoga mereka tabah...

    ReplyDelete
  11. tu lah kan kak.kesusahan org lain kite tak sedar.kita kena bersyukur.

    ReplyDelete
  12. siannya...sampai tahap camtu dah..susu baby pun mahal sgt...

    ReplyDelete
  13. xleh nk truskan bacer.. sebakkk

    ReplyDelete
  14. ya allah siannya la sampai tahap macam tue sekali...sedihnya...

    ReplyDelete
  15. Betul tu sis..anak2 perlu tahu erti kesusahan hidup agar mereka lebih menghargainya kemudian nnt...

    ReplyDelete
  16. kesian kan kak ieda pd akak tu...

    ReplyDelete
  17. memang sedih tp tuler akak tak fahamnyer kenapalah ramai orang yang pendatang boleh ada pendapatan besar.. rajin berkerja sbb kakak cleaner indon kat opisni dari pukul 4 pagi sampai 12 malam dia kerja.. kerja ... kerja.. tapi pendapatan dia boleh tahan.. memang hairan dari mana datangnyer kekuatan dia sebab akakni yang hanya keje opisjer tak larat rasanya...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...