Saturday, October 8, 2011

sampai HATI awak ! .. ~ SAIDA akhirnya ..


salam semua

eiii geram dan sayu ati akak baca berita pasal sah nya kes penceraian artis saida nie .. eiiiii sakit ati pun ada .. selalu kita kesian kan perempuan kan bila terjadinya kes penceraian ini .. tapi bila baca berita nie .. sakit ati membuak2 dgn saida nie .. sorry lah akak emo sikit .. tapi kalau selama nie lelaki selalu buat hati wanita terluka , skrg nie bila baca artikel nie , sakit ati bila seorang perempuan , isteri dan ibu boleh menduakan suaminya .. kalau tidak masakan suami membuka pekung didada .. dan membuka aibnya ... fikirlah !

sekadar berkongsi pendapat dan luahan hati .. jarang kita dgr wanita yg berkahwin menduakan suami .. mereka kalau boleh memang nak setia sehingga mati ! ... uhuhuhu

kowang baca sampai habis yaaa .. 


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Saida sah bercerai talak satu pada Jumaat, selepas menebus talak dengan bayaran sebanyak RM1,000 kepada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Walaupun menerima bayaran tersebut, Mohd Ghazali yang merupakan seorang ahli perniagaan tetap enggan melafazkan lafaz cerai dan menyerahkan seorang pegawai mahkamah, yang merupakan wakil hakam (penimbangtara) yang dilantik untuk berbuat demikian.

Mohd Ghazali, 41, turut menyifatkan dirinya sebagai seorang suami yang dayus jika menuruti permintaan Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 35, untuk diceraikan. Pada prosiding itu, Mohd Ghazali juga menolak saranan yang diutarakan oleh Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi supaya kedua-dua pihak bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain sebelum lafaz cerai dibuat kerana berpendapat perkara itu tidak perlu dilakukan.

Bagaimanapun, Saida menuruti saranan tersebut dan terus menuju ke arah Mohd Ghazali serta menghulurkan tangan untuk bersalaman, namun ia tidak disambut oleh suaminya. "Sampai hati awak buat macam itu kepada saya," kata Mohd Ghazali manakala Saida yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia musim ke-enam hanya mendiamkan diri.
Mohd Ghazali akhirnya akur dengan arahan Mohd Suhaily dan Saida berpeluang mencium tangan suaminya sebelum kembali semula ke tempat duduknya.

Prosiding mahkamah juga tidak berjalan dengan lancar selepas Mohd Ghazali beberapa kali menegaskan bahawa dia tidak mahu Saida membuat sebarang tuntutan terhadap hak jagaan empat anak dan harta mereka, atas dakwaan perceraian itu disebabkan oleh kecurangan wanita terbabit.

Melihatkan kedegilan Mohd Ghazali, Mohd Suhaily seterusnya menasihatkan bekas jurutera kaji bumi itu untuk memfailkan permohonan baru di mahkamah sekiranya berasakan dirinya telah teraniaya kerana setiap individu berhak untuk mendapatkan keadilan.

Mohd Ghazali bagaimanapun, dilihat masih tidak berganjak daripada pendirian itu selagi kemahuannya tidak dituruti meskipun dinasihatkan oleh Mohd Suhaily yang memetik surah Al-Quran.

"Saya masih menghormati encik dan tidak akan menghalau kamu keluar daripada mahkamah ini. Berkenaan harta, mahkamah tiada masalah jika plaintif (Saida) bersetuju dengan permohonan itu.

"Tetapi haram kalau dipisahkan ibu dengan anak-anak mereka. Saya tidak boleh benarkan mahkamah berbuat begitu," tambah Mohd Suhaily. Saida ketika ditanya mengenai permintaan Mohd Ghazali mengakui dia tidak mempunyai bantahan jika semua hartanya diserahkan kepada suaminya, tetapi akan berasa sedih dalam hal yang melibatkan anak-anak.

Selesai sahaja prosiding mahkamah, Mohd Ghazali bergegas untuk meninggalkan mahkamah manakala Saida yang hadir dengan peguam syarie Ahmad Nazib Johari enggan memberikan sebarang komen. Pasangan tersebut bernikah pada 14 Disember 1996 di kampung halaman penyanyi itu di Kuala Lipis, Pahang dan dikurniakan empat anak, Siti Nuruunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4.

Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada 6 Oktober 2010 mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 atas alasan tiada persefahaman selain tidak ditahan dengan sifat suaminya yang menyakitkan hati dan mengongkong.

Pada prosiding 18 Mac lalu, mahkamah juga dimaklumkan antara alasan Saida mahu dilepaskan daripada ikatan perkahwinan yang di materai sejak 15 tahun lalu adalah kerana Mohd Ghazali tidak menghormati arwah bapanya, Tarudin Ismail yang telah meninggal dunia pada 15 Februari 2009.

Mohd Ghazali yang sebelum itu tidak begitu gemar membuka mulut mengenai masalah rumah tangganya, akhirnya bersuara pada 12 Mei lalu apabila mendakwa Saida sedang 'angau' dengan rakan sekerjanya bernama Hafiz Che Mat.

Dia juga mendakwa, pernah berjumpa Saida dan lelaki itu di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini dan pernah membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) perkataan sayang dan rindu pada telefon bimbit isterinya selain bil telefon menunjukkan mereka berbual dalam tempoh berjam-jam. Mohd Ghazali seterusnya menambah, 'anasir luar itulah' yang telah menyebabkan Saida mahu bercerai dan bertindak keluar daripada rumah kelamin mereka di Alam Damai, Cheras.

Keengganan Mohd Ghazali menceraikan Saida juga menyebabkan mereka melalui proses hakam sebanyak tiga kali dan semuanya gagal mencari jalan penyelesaian dan berpendapat perkahwinan tersebut tidak boleh diselamatkan.

Meskipun telah beberapa kali naik turun mahkamah, Mohd Ghazali tetap berkeras bahawa dia tidak akan melepaskan Saida dan berhasrat mahu membawa isterinya menunaikan umrah, bagaimanapun pelawaan itu ditolak oleh Saida.

sumber : mstar online

x dpt bayangkan betapa hancurnya hati seorang lelaki yg benar2 menyintai isterinya .. sedangkan si saida nie bukan lah ape2 , sejak dia menyertai AF dia dah semakin berubah .. memang lah semua ini ketentuan allah, tapi jgn salahkan allah semata2 sedangkan kita ummatnya x usaha , konon2 berlagak cantik dan macam model lah kan ... apa2 pun mgkin dia yg lebih mengetahui ,cuma minta semua ini dijauhkan dari kita semua ...insyaallahhh 
( huhuhu emoo dah .. eiii sorry ya .. )

ps : waktu nie akak kat kg ... x dpt nak BW .. lepas2 nie akak balas kunjungan yaa .. have a nice weekand ! :)

31 comments:

  1. mcm2 skrg nie kan..biarlah mereka kak psl Allah Taala dh tentuan jodoh mereka smpai tahap mn..tue terpulang pd mereka utk buat keputusan..tp myb nie psl turutkan hati n x pikirkan anak2 tue yg jd cmni tue..

    Kita doakan agar rumahtangga kita dberkati Allah hingga kehujung nyawa kan kak..:D

    ReplyDelete
  2. hanya mereka yang tahu.....

    ReplyDelete
  3. setuju sgt, hanya mereka dan tuhan saja yg tahu, apa kisah sebenarnya. kalo betul saida tu yg curang, sedih le jugakkan

    ReplyDelete
  4. sedih jugak bila terjadi cam ni..
    tp hanya Allah yang mengetahui apa yg tersirat di sebalik kejadian ini.

    ReplyDelete
  5. hmm mcm2 hal la..blum jd artis ok je..dah jadi artis gini plak gayanya ek..huhu
    semoga Allah bg petunjuk utk depa selesaikan dgn baik hal anak2..kesian anak2 yg masih kecil

    ReplyDelete
  6. sya menyampah tahap gaban dgn dia kak...

    dlu respek sbb kwin muda dan anak ramai siap tunjuk syang husben semua..

    tpi dah masuk AF lupa diri lak..
    eeee...grrrrr...

    ReplyDelete
  7. agaknya sbb dia ni kawin awal kot.
    bukan nak tuding jari kat sape2, tapi saya penah jumpa beberapa kes.. kawin awal, pastu bila mula kenal dunia, berkawan dgn kawan yg tak betul, terus bercerai berai.
    agaknya golongan yg camni, diorg tak puas enjoy masa zaman anak dara kot.. haihh.. entahlah

    ReplyDelete
  8. redha je lah dgn keputusan saida tu...kalau diteruskan juga mungkin akan membuat suami saida akan mennaggung dosa bila saida melakukan perbuatan yg salah di sisi agama...

    bunga bukan sekuntum...cari yg lebih beriman dn solehah.

    ReplyDelete
  9. kesian suami dia tu..
    takpe lah..mungkin ade perempuan yang lebih baik untuk die..kan :)

    ReplyDelete
  10. kesian kat suami & anak2 dia..ada juga isteri mcm ni ye..minta2lah dijauhkan perkara sbegini dari kita..

    ReplyDelete
  11. Mungkin perpisahan iu baik buat suaminya daripada terus membiarkan dosa terjadi. Wallahhuaklam.

    ReplyDelete
  12. Naik menyampah le dgn perempuan itu dan keturunannya ....

    ReplyDelete
  13. kesian si suami..tapi kalau diteruskan juga bimbang isteri nya terus curang..

    kelakar ye..dah 15 tahun kahwin..tiba2 takde persefahaman

    ReplyDelete
  14. mmg pun kak artis ke bukan artis ke skang ni kebanyakkannye camtu.berlaku dlm keluarga ratu jugak.nk ckp pun susah.nak tolong taktau camne.

    ReplyDelete
  15. saya cukup benci pada kecurangan...
    tak kira la yang curang isteri atau suami..
    saya tak suka..

    ReplyDelete
  16. Anak2 yg mnjdi mngsa keadaan bila berlakunya kes pnceraian...

    ReplyDelete
  17. simpati kepada ank2 mrk yg menjadi mangsa penceraian.
    MInta jauhkan malapetaka ini dari kita.amin.

    ReplyDelete
  18. nak tulis no komen kat sini boleh?

    -no komen-

    ;)

    ReplyDelete
  19. dlm satu ms kita x ble dpt semua...
    dunia glemer pilihannya..itula yg dia dpat.

    ReplyDelete
  20. subahanallah!!! ermmmm biar Allah saja yg menghukum kan kak.. mntk dijauhkan lah kita daripada benda2 mcm ni.. amin!!!!

    ReplyDelete
  21. mintak2 ada yg terbaik yg bleh jd ganti saida.

    ReplyDelete
  22. akhirnya bercerai jgk...hanya dornag yg tau apa yg terjaadi sbnenarnya..

    ReplyDelete
  23. yekla kak ieda..mcm kesian plak kat husbnd die..bersungguh2 tknak ceraikan bininya..paling sedih sbb mungkin akan berpisah ngan anak2..tp nk wat cmner..dh inilah takdir diorang..harap anak2 tuh tk terabailah hendaknya..

    ReplyDelete
  24. inilah..bila dh msuk ke dunia glamour... mcm2 blh jadi... kesian kat anak2... dh bsr pnjang..tp krn cinta...

    jgn myesal d kemudian hari dah

    ReplyDelete
  25. ada hikmah disebaliknye buat laki saida...

    ReplyDelete
  26. mcm2 hal dgn dunia skrg.tp kita hny dgr sebelah pihak saja.tak berani nak hukum siapa yg salah sebenarnya.

    ReplyDelete
  27. agaknya apa lah yg tiada sgt pd laki dia tu smpi nk cri laki lain kan..mcm kkrg kasih syg pon ada..huhu..

    sedih bila tgk ramai retis bercerai berai..doakan rmhtgga kita kekal hingga hjg nyawa..amin amin..

    ReplyDelete
  28. melayu mudah lupa...suami dh berhajat nk bwk pegi umrah...bende baik pun tolak...ape daaaa..

    ReplyDelete
  29. keluar air mata baca...
    faham perasaan husband dia..
    kkdg suami baik... isteri nak buat ape pun kasi...
    tapi itulah... sampai lupa diri..
    bila halang... dikatakan mengongkong..
    siap bleh minta cerai sebab alasan mengongkong eh...
    tapi pelik gak.. kalau mengongkong sgt.. camna dia bleh join AF...

    ReplyDelete
  30. pergh..dhsyat gak penangan jd artis ek..bile rasa diri konon glemer..lupa diri plak...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...