Friday, October 14, 2011

pil HORMON & payudara KECIL ..


salam semua

sesekali akak suke baca pertanyaan org ramai berkenaan isu2 berkaitan wanita nie .. adakalanya x terfikir semua ini terjadi .. bagus juga kan .. kita tahu dan share pada kawan2 semua .. dan ini adalah antara yg menarik perhatian akak .. selama ni hanya tahu pil hormon adalah untuk wanita in pregnant plan .. tapi ada anak dara yg makan juga yee .. hurmmm sungguh akak x tahu ..

Kesan pengambilan pil hormon

SAYA mengambil pil hormon iaitu pil Mercilon sejak berumur 18 tahun kerana masalah haid yang tidak teratur dan pendarahan yang berterusan.

Setelah berjumpa pakar sakit puan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, dia mengesyorkan saya mengambil pil terbabit. Kini saya sudah berumur hampir 24 tahun dan sudah berkahwin. 

Saya ingin bertanya, adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil? September lalu adalah bulan terakhir saya mengambil pil terbabit dan saya merancang untuk menghentikan pengambilan pil berkenaan mulai Oktober.

Jika masalah haid saya kembali, adakah saya perlu mengambil pil berkenaan semula?


HUMAIRA 

JAWAPAN

JENIS ubatan yang diberikan doktor mengambil kira keadaan semasa seseorang.
Anda diberikan ubat pil perancang kerana pil terbabit mengandungi hormon yang menyerupai hormon kitaran haid wanita, maka diharapkan pengambilannya akan membantu mengatur kembali kitaran haid anda.

Di samping itu, doktor juga lazimnya memeriksa punca masalah kitaran haid anda, sama ada ia berkaitan dengan gangguan pengeluaran telur (dinamakan anovulasi) ataupun masalah lain. Sekiranya ia disebabkan oleh anovulasi, tidak mustahil masalah ini masih ada dan memberi kesan kepada kesuburan anda, bukannya disebabkan oleh pil berkenaan.

Lazimnya kesuburan seseorang kembali kepada tahap asalnya sebelum menggunakan pil perancang dalam masa enam bulan berhenti, jarang ia berlanjutan selama setahun.

Pil terbabit pula tidak mengubati anovulasi, ia hanya menjadikan kitaran haid seseorang teratur. Tidak salah jika anda ingin mendapatkan pemeriksaan doktor mengenai tahap kesuburan anda.


Malu kahwin payudara kecil


SAYA menghadapi masalah payudara saya sangat kecil. Ini membuatkan saya malu apatah lagi jika saya mahu berkahwin dengan saiz payudara sebegini.
Adakah sebarang jalan penyelesaian untuk masalah saya ini?

GADIS TERTEKAN
Kuala Lumpur


JAWAPAN 

FAKTOR keturunan dan pemakanan boleh mempengaruhi saiz payudara. Mempunyai payudara kecil tidak bermakna anda tidak dapat menyusukan anak kelak. 

FAKTOR keturunan dan pemakanan boleh mempengaruhi saiz payudara. Mempunyai payudara kecil tidak bermakna anda tidak dapat menyusukan anak kelak.

Saiz payudara boleh membesar sewaktu kehamilan dan menerusi pengambilan hormon tertentu.  Namun kesan negatif hormon ini untuk jangka masa panjang perlu difikirkan.

Begitu juga pembedahan ada ditawarkan, tetapi biarlah setelah mendapat penjelasan doktor pakar pembedahan plastik.

Lazimnya doktor akan bertanyakan tujuan sebenar pembedahan. Seseorang yang ingin mengubah keadaan atau saiz payudara sama ada ingin membesarkan atau sebaliknya mengecilkan payudara perlu berbincang dengan doktor mengenai tujuan dia ingin berbuat demikian.

Contohnya, pembedahan itu sebagai tarikan seks umum, mengembalikan perhatian seseorang, untuk keyakinan diri dan seumpamanya kerana terdapat kemungkinan saiz payudara yang diperoleh bukanlah seperti yang diharapkan, matlamat masih tidak tercapai serta keyakinan diri masih begitu. Anda juga mungkin ingin mendapat-kan pandangan ulama atau fatwa mengenai hal ini.

sumber : metro

aloor , ciannn adik nie .. jgn lah risau dikkk .. kalau pasangan adik tuu sayang dan cintakan adik sure dia akan terima seadanya keadaan adik .. jgn lah risau .. bukan kawin kerana nak kan kepuasan tgk yg besar je dik .. perkahwian tuntutan agama utk memanjangkan keturunan .. kalau kawin kerana nak nikmat itu je huhuhu , susah lahh

23 comments:

~aSHa~ said...

pil perancang yg jenis terbaik jugak boleh buat kulit cantik tau..

nyah nyah dia nak kulit cantik dia makan pil perancang la...

Citarasa Rinduan said...

orang kata kalau amalkan ada yang cepat gemuk, ada yang semakin melidi..

entah ya

Kathy Tuah said...

bersyukurlah dgn apa yg ada ^^

mamaNoriz said...

cian nyeee...
jgnla tengok pompuan berdasarkan luaran je kan...

iskhhh, allah jadikan payudara utk susukan anak bukan utk 'kegunaan' suami je...adehhhh

diana said...

tak pe..
dah kawen nanti suruh laki bagi besor..
wakakakakak

eisyaawie said...

ada yang kata pil perancang nie ada yg boleh mengemukkan...lebih2 lai kalo amik yg di klinik kesihatan..... FREE...

tp berdasarkan pengalaman saya sendiri...5 tahun ambil...berat ok jer....

CGG said...

cgg tak amek apa2 pil..takut la sis..
masing2 ade pendapat sendiri..

exora said...

betul la..maknyah suka makan pil untuk cantikkan kulit n besarkan payudara mereka...tp mesti ada effectkan...takuttt

ikatankasihku said...

bgs ada n3 mcm ni..ada org malu nak bertanya..

Zura said...

inilah antara masalah org ppuan kan kak...

AnneRaini said...

cube kalao die pregnant nnti..hah masa tu tak tahu dah mana nak suruk...huhuhuuh

::FAIZ FARISH:: said...

haha komen diana

Azlan Hasan said...

Salam Kenal kak ida..thanks 4 dropping by..hehehehe. :)

hehehe..pasal yang payu dara kecil tu jangan risau..sebenarnya sebagai lelaki secara jujurnya sy cakap ade jenis lelaki yang tak suka pompuan berpayudara besar..jangan ikutkan sgt artis2 hollywood tu..hehehe..

Regards,
-Strider-

ieda said...

@::FAIZ FARISH:: huhuhuh tulah D tu memang ! :))

ieda said...

@diana ekekekek mengong D ! ...

ieda said...

@Azlan Hasan yelah besarkan tuu ada risiko yg sgt2 mengerunkan .. lebih baik biarkan aje .. nanti dah kawin besoor lahh kan ekekek :)

ratusiput said...

yela dah kawin sok kena belai2 besarla kan kak...takyah risau2.apa nak malu.kalau org tu taknak kite smata2 mende tu kecik hah boleh belahhhh!cari je yg lain.pssttt lupa nak ucap time kasih sbb akak dah timbangkan berat blog ratu :)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

saya juga hadapi masalah yg ke-2..
hihiihi..
tp kwn2 ckp ok wat, ringan nak bawak.. ;-p

Kalamhati said...

hehe btul tu beb!kahwin tu satu ibadah..sunnah Nabi..bkn utk tuntutan nafsu saja..kena faham

Softtouch [Hanim] said...

kecik besar bkn masalah..tp betul nnti lepas kawin besor lah tu..hehehe

Cik Ina Do Do Cheng said...

Kecik besar bukan masalah pada akak, yang penting tegang. makan pil cam mana pun tak akan besar, itu dah disahkan oleh doktor yang size payudara mengikut genetik . kena rajin urut tu je.

kalau buh silikon tu dah kategori lain.

Mia-Ina said...

ayat penutup akak tu betul..berkahwinlah krn psgn itu seadanya krn allah jua.bkn nafsu & kepuasan semata2x

Mama Gee said...

hurmm malu lak nk komen..gee dulu masa study siap nangis2 dlm bilik bila kawan2 duk mempersendakan saiz yg tak berapa nk mekar..hehee...tp skrg dh tak rs rendah diri sgt....asalkan jgn flat terus mcm lelaki sudalah...

suami pun tak komplen....bersyukurrr je dgn kurniaan Allah pd kita...cuma kadang2 bila jadi bahan sendaan tu yg buat hati jadi rapuh...

Labels

Suke (845) Makan - makan (410) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (272) anak-anakku (236) Dunia (218) artis (203) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...