Monday, October 10, 2011

MICHAEL dlm kenangan


salam semua

selamat pagi isnin yg indah .. hari nie no monday2 blues ok .. :)
hermm pagi2 tadi baca kisah memperingati bintang pop terkenal negara kita , syahduu je .. akak nie peminat setia raja pop nie, suke ngan lagu2 dia yg menarik .. tulah bila baca tadi rasa semacam meremang bulu roma nie huhuhu .. dah besar2 anak dia kan .. hurmmm siapalah diantara mereka ber3 mengikut jejak papa mereka kan :)

Kehadiran Tiga Anak Michael Hapuskan Keraguan Terhadap Konsert Memperingati Legenda Pop Itu


CARDIFF: Kehadiran tiga orang anak mendiang Michael Jackson pada konsert "Michael Forever" pada malam Sabtu di sini bukan sahaja mengembirakan lebih 40,000 peminat yang membanjiri Stadium Millennium Cardiff tetapi sekaligus memberi pengesahan bahawa mereka menyokong penganjuran konsert tersebut walaupun ada tentangan daripada keluarga penyanyi itu sendiri.

Memang terdapat kemusykilan sama ada konsert itu pada mulanya akan dapat diteruskan selepas terdapatnya tentangan kuat daripada ahli keluarga terdekat Michael sendiri kerana konsert itu diadakan pada waktu kes Michael sedang dibicarakan di Los Angeles.

Tetapi akhirnya kehadiran Prince, 14, Paris, 13, dan Blanket, 9, telah melenyapkan segala keraguan tersebut. Malah tiga orang abang Michael iaitu Marlon, Tito dan Jackie turut sama hadir bagi meraikan konsert memperingati adik mereka. Konsert itu dihoskan oleh pelakon dan penyanyi rap, Jamie Foxx.

Mereka bersama-sama kemudiannya mendendangkan lagu "Don't Stop Til You Get Enough" sekaligus mencetuskan suasana gemuruh di stadium berkenaan. Lain-lain artis popular yang turut mengambil bahagian dalam konsert itu ialah Christina Aguilera, lagenda Motown Smokey Robinson, band British, JLS ikon lagu soul Gladys Knight manakala penyanyi R&B Beyonce membuat persembahan (menerusi satelit) dari Amerika.

Kakak Michael Jackson, La Toya turut menyatakan rasa gembiranya di atas kejayaan penganjuran konsert berkenaan.

sumber : mstar online

skrg nie nak minat lebih2 x leh jugak takut pengaruh menular ke anak2 .. anak2 akak dah mula bercakap pasal hero sinetron "NADA CINTA" , hermm sakit ati bila dgr .. last2 akak x bagi mereka tgk dah sinetron tu .. aduhhhh macam2 budak2 nie .. siap cakap tu pakwee mereka huhuhu nangis2 , subhanallahhhh


18 comments:

  1. alahai.. ank dia y nama blanket tu dh bsr.. lya ada sesetengah lgu dia mmg suka.. ada sesetengah..x suka

    ReplyDelete
  2. kak... samalah dgn anak saya kakak tuh...
    dah mabuk benor dgn sinetron nada cinta...
    kdg2 berebut remote tau, sbb saya nak tgk soffiya... hehehe....

    ReplyDelete
  3. Mp pun minat Michael J...kbnyakan lagunya sedap didengar...

    ReplyDelete
  4. lieya paling suke lagu black n white .....tgk video klip die byk kali pun tak jemu....

    ReplyDelete
  5. ehehehe...budak2 skang kak...mmg cmtu...yg ratu ni lak anak2 tau mmg gila tgk cite korea.kata adik...nanti adik cakap ngan baba ibu suke tengok citer korea lelaki muka cantik.ehehe...

    ReplyDelete
  6. assalam ieda..he he budak2 ieda..kalau maxam acik ni dah tak nak tengok sinetron dah..

    ReplyDelete
  7. wah! anak ieda yg tua sebaya anak yus yg tua juga kan?

    Dah pandai tgk sinetron ya?

    Anak yus tak pandai, tak minat pun..huhu.

    Belum lagi kot..

    ReplyDelete
  8. tak boleh minat lebih-lebih segala benda yang kita buat kena bersedehanakan. akak pun suka lagu-lagu micheal jackson.

    ReplyDelete
  9. sya tak suka cite indon tpi gile cite omputih, sama gak negatif nye kan kak...huhuu

    ReplyDelete
  10. Suka jugak ngan lagu2 MJ.. lebih2 lagik lagu2 lama dia.. :)

    Citer Indon dah lama tak layan.. :)

    ReplyDelete
  11. Amy sangat meminati kesemua lagu2 MJ.. semua sedap di dengari..

    ReplyDelete
  12. Suka dgn lagu MJ.. Humboi anak akak dah pandai cup2 bopren ni.. Hik3!!!

    ReplyDelete
  13. besaq-besaq dh anak MJ......

    hihih anak-anak akak dh chup erk bopren depa..dahsat tau depa nie..jenuh mama pusin kepala..ekekeke

    ReplyDelete
  14. akhirnya anak2 dia dah terdedah dgn dunia glamer..tak perlu sorok2 muka lg dah..huhu

    ReplyDelete
  15. suka lagu dia yang pasal kanak2 tu, ntah apa tajuk dia yerk.. huhu

    ReplyDelete
  16. @~ yus ~ ah yus sama tua .. x sangka pula :)

    ReplyDelete
  17. @-oP_ida- dikkk ngaper akak nak kerumah adik page not found huhuhu , dah lama akak x singgah nie :(

    ReplyDelete
  18. NADA CINTA....baru minggu lepas dedi amani buka..terus eida sound tukar channel lain..kekekeke

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...