salam semua
tu pasal akak x suke anak2 akak tgk cerita hantu2 nie .. melainkan kisah seram komedi .. semua kena tapis skrg nie .. ada benarnya kata2 Tun Dr Mahathir ini .. ye kan .. fikir sendiri lah .. minda anak2 muda mahupun yg masih kecil terdedah dengan perkara2 mcm nie ..
huhuhu, even akak sendiri tak suke tgk suke tgk cerita hantu .. entahlah mgkin kerana ada faktor2 kekerasan dlm tuu dengan adegan2 yg x masuk akal huhuh nak2 yg bunuh2 tuuu adehhhhhhh x tahan lahhhhhhhhh
Filem Hantu Racuni Minda Dan Punca Histeria – Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.
Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali. Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya.Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’. Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria.
Kemungkinan besar Tun Mahathir kecewan dengan masyarakat kita yang mudah tertipu dengan bomoh-bomoh sekaligus kerugian jutaan ringgit saban tahun.
Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh. Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan. Dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.
Buat masa ini, Majlis Fatwa Kebangsaan dilaporkan akan mengkaji fenomena filem hantu ini. Kalau diharamkan, nampaknya penerbit filem Malaysia terpaksalah beralih kepada genre lain pulak selepas ini.
Apa pulak pendapat anda? Adakah anda percaya filem hantu dapat mempengaruhi minda kita?
sumber : abang NARA
sgt2 tertarik dgn isu yg di paparkan .. semoga kita sama2 renungkan .. rasanya sebagai org tua2 banyak hal kita kena kaji kan .. nak2 bila melibatkan pendedahan kepada masyarakat .. adakalanya filem2 skrg nie x masuk di akal .. jadi kita ibu bapa yg benar2 kena menilai , adakah ia sesuai dgn minda anak2 kita .. bukankah kita yg mencorakkan mereka tuu ..
benda2 x baik dan x elok kalau kita x tegah dan kita pula yg amalkan .. macam mana kalau anak2 nanti menjadi seperti yg bukan kita harapkan .. huhuh x guna dahh nak nyesal kan ...

Sangat setuju ngn Tun Mahathir. Hantu x pernah memudaratkan dan x pasti kehadirannya tapi manusia sesama manusia selalu membuat onar.
ReplyDeletePemnuat filem hanya memikirkan keuntungan tanpa mempedulikan nilai filem yang ditayang. :(
ReplyDeletemmg skrg ni semuanya cerita hantu..tak minat nk tgk
ReplyDeletekalau ratu tgk keadaan.tp yg paling tak digalakkan anak2 tgk cerita cam kl gangster ke atau yg seumpamanya...
ReplyDeletebetul..maybe semua producer mau kejar rating tinggi..kadang ada rasa sedikit muak bila cite hantu je yang ditayangkan
ReplyDeletejat rasa terpulang pd individu 2 jgak.kalau da besar matang tp kalau terpengaruh lg xtahu nk kata apa la.huhu
ReplyDeleteyus pun tak suka tengok citer hantu....
ReplyDeletememang betul sangat, budak2 ni cepat terpengaruh kan...yus pun sama,tak beri anak2 tgk citer macam ni
x suka tgk citer hantu! jgn kata citer, iklan je pun x suka..sbb sy PENAKUT..adeh!
ReplyDeletecemuih tgk tv skang ni..asik citer seram je..huhu
ReplyDeletesaya pun tak suka la..
ReplyDeleteterlalu banyak..
bila malam jumaat je semua cenal nak tayang drama hantu..
sebab tu saya suka layan drama korea..
heheeh
dah jadi trend sekarang, filem hantu menjadi pilihan kebanyakkan penonton
ReplyDeletedah jadi trend sekarang, filem hantu menjadi pilihan kebanyakkan penonton
ReplyDeletebetul kata Tun tu...bdk2 perlu d kawal oleh parents la mn crt yg sesuai...
ReplyDeletesy pun suka gak layan crt hantu atau seram tp pilih2 la..klu yg merepek-repek tu...bye2 je le
kasar bunyinya kalau akak bercakap sapa yang buat cite hantu buduh. serius akak paling menyampah tengok cite hantu, tak bagi anak-anak tengok gak. cite hantu akak rasa tak logik langsung dalam zaman milenium ni.
ReplyDeletesalam kak ieda,
ReplyDeletebase on teori supply on demand,
permintaan mmg tinggi on this kind of film genre. sebab tuh byk citer mcm ni dibikin.
pembuat filem pun 'sambil menyelam minum air'.. kaut untung..tanpa kesah kan baik buruk nya.
nway, scientific approach dlm cara berfikir mcm yg Tun ckp tuh, agak sukar dicapai lam budaya negara kita yang masih wujud bomoh2 nih.
sana sini kat tb filem hantu kan kak..
ReplyDeletekita ok la tgk..budak2 tu....diorg cepat terpengaruh..ngeh3
sgt2 setuju@
ReplyDeletesudah2lah buat cerita seram tu...
tak memberangsangkan minda leee
terbawak2 sampai ke dunia realiti
ReplyDeletemak jemah suker tgk citer hantu tapi penakut menten.. hahahaha
btol tu,bukan memajukan negara pon.
ReplyDeletecukup muak masa hari raya hari tu..astro kerap sgt menayangkan cerita hantu dari seberang...pilihlah filem yg membuka minda ni asik disogokkan dgn citer2 tahyul semata-mata..tak membantu minda lgsg.
ReplyDelete