Tuesday, October 18, 2011

adakah DIRASUK SYAITAN ! ~ pelajar kelar anak luar nikah


salam semua

ya allahhh kenapalahhh kau turunkan semua ini .. semua kejadian ini ?? apakah yg merasuk minda ummat mu skrg ini ?? huhuhu sedih ya allahhh .. kawan2 .. kenapa anak yg x berdosa selalu menjadi mangsa ! ... x sanggup nak berkata2 lagi ..


MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya.

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek. “Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

sumber : metro

apalahh yg difikir oleh budak2 zaman sekarang ini .. agaknya budak nie di RASUK SYAITAN kuut huhuhuh .. kut ya punn x nak .. jgn dibunuhhh ! .. lahirkan , letak je dimana2 tmpt yg pastinya bayi itu akan dpt sinar kehidupan .. bukan dengan cara begini ... sesungguhnya dimana sifat kasih , sayang dan simpati !!!




43 comments:

  1. MMG sedih y amat.. msa buat x igt seme ni..syok sgt.. bla dh dpt hasil dr pbuatan tu.. bru tau..x sanggup nk terima...

    ntah mcmana blh tgamak kelar baby y xde dosa lgsung..sedih sgt2..

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullahal'azimm... Ieda kakak tak dapat nak kata apa dah. Nampak benar bila agama selalu dijadikan no. 2 inilah jadinya

    ReplyDelete
  3. ya allah...tak sanggup nak dengar..

    ReplyDelete
  4. Dunia akhir zaman kak.. Hingga tiba saatnya nnt yg tggl di bumi ni yg jahat2 saja.. Sbb nak dibagi rasa mcm mana seksanya bila kiamat tu tiba.. subahanallah!!! Moga kita& keluarga kita di bawah pelindungan allah swt kak.. Bodoh!!!! Ina yg sakit ni nk sgt branak lg kenapalah x dibagi deme2 tu je penyakit kak.. Kenapa dibagi kesihatan yg baik pd deme.. Emo!! Emo sggh!!!!!!

    ReplyDelete
  5. ya allah, sedihnya lah, dunia dah tenat sekarang ni, tergamak budak tu buat mcm tu

    ReplyDelete
  6. Tak terkata dah.. fikiran dah dirasuk syaitan gini laa.. tindakannya..

    ReplyDelete
  7. dia la setan..
    bukan dirasuk2 dah tu...

    ReplyDelete
  8. sebak... xkn la x der timbul skit pn raser ksh tuh... sob3

    ReplyDelete
  9. hurm entahlah kan....dunia akhir zaman...

    ReplyDelete
  10. sadis la tak sanggup nak baca...ke manalah perginya hati perut dia sampai sanggup kelar anak yg dikandung selama nie???

    ReplyDelete
  11. dah gila agaknya tu kak

    ReplyDelete
  12. Astaghfirullahal'azimm. Sangat menyedihkan..........




    BINATANG pun tak buat benda seKEJAMMMM ni.

    ReplyDelete
  13. Entah apalah nak jadi dengan generasi kita di masa akan datang andai masalah begini tidak dibendung dengan sesungguhnya. :(

    ReplyDelete
  14. Ya Allah...semalam dengar berita ni kak, tak sampai hati nak baca....dpt rasa sakitnya, kita yg terkena hirisan pisau kat jari pun sakit, ini kan pulak baby...kalau tak suka, bagi je kat orang...ramai lagi yang nak anak...dan boleh jaga..

    ReplyDelete
  15. masyaallah!!!!
    da buat dosa tambah dosa lag..ape nak jadi dunia nie skang...

    ReplyDelete
  16. @Salina@IbuAqil ya dunia dah diakhir dah .. sedih bila manusia dah x ada pertimbangannya layie
    kita sama2 doa dikk semoga kita dan keluarga kita dilindungi allah hendaknyaaa uhuh

    ReplyDelete
  17. @Fiza Z. Abidin ya dikkk tulahhh sedih kan .. ramai lagi org kat luar tuu
    masalahnya dia bagai dirasuk syaitan ..
    dia kelar depan , belakang , leher dan perut budak tuu .. mcm x kenal itu manusia lahh huhuh
    sedihhhhhhhhhhh sgt2 .. kalau diberi peluang nak sgt2 jumpa budak2 tuu , nak tgk mcm mana huhuh

    ReplyDelete
  18. tu pasal la lieya takut nak bace paper or tgk tv kak...tak sanggup nak bace citer2 mcm ni la kak.....dah le beranak sendiri, pastu sanggup plak bunuh anak tu.....aduuuhh...dunia...dunia...

    ReplyDelete
  19. tunggu jelah azab di kubur dan neraka nanti!

    ReplyDelete
  20. huhuhu, mlm td tgk tv rase meremang bulu roma..
    dasat sungguh manusia zmn skrg kan..
    mintak dijauhkan kaum kuarga kite..

    ReplyDelete
  21. ada baca gak pagi tadi, mmg dah tak siuman agaknya, kelar anak sendiri yang masih bernyawa...

    ReplyDelete
  22. otak letak kat lututt. tu yg jadi kes2 cam ni..

    apapun.. perempuan jugak kena tanggung.. lelaki sedapp je larii.. cessssssss

    ReplyDelete
  23. tergamak mengelar bayi sendiri, nauzubillah

    ReplyDelete
  24. sentap jiwa raga dengar berit ni smlm

    dia cuak terus meroyan kot ek

    kesiam baby tu

    bagi ai pun tak pe

    ReplyDelete
  25. x tau nak ckp apa...berita2 mcm ni dah terlalu melampau dah skrg...x taulah otak2 diorang tu digunakan utk apa...disebabkan x guna otaklah jd gini

    ReplyDelete
  26. akal pendek.tu je yg boleh dikatakan.

    ReplyDelete
  27. adui.. macam2 skrg ni
    iskk.. takut tgk perangai budak2 skrg

    ReplyDelete
  28. Aduhhh sedihnya..

    Napela diorang kejam buat macam ni..

    ReplyDelete
  29. tak tau nk ckp apa dah
    gile

    ReplyDelete
  30. ya Allah..menangis sy bc kisah ni.napelah tak berhati perut sunnguh

    ReplyDelete
  31. Sedih bila lihat manusia sekarang dah tak ubah macam binatang...binatang pun tahu sayangkan anak...mane la pergi perasaan dorang ye..

    ReplyDelete
  32. Ya Allah...Baca entry jeks dah buat kita nak nangis...Semalam kelaur kat berita..Lagi satu yg budak 2 tahun kena langgar tu..

    ReplyDelete
  33. budak2 skrg makin berani lah kak.... takut kita dibuatnya

    ReplyDelete
  34. subhannalah...takutnya...mintak di jauhkan perkara2 macam nie pada keturunan kita kan kak..menakutkan..

    ReplyDelete
  35. ya Allah..tekanan perasaan budak ni agaknya..

    ReplyDelete
  36. kejamnyer bayi tak berdosa jd mngsa

    ReplyDelete
  37. dasat manusia zaman skrg ni =_=

    ReplyDelete
  38. mmg dah kena rasuk... sampai 7 kelaran.. rasanya perempuan normal tak tergamak wat camtu..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...