Friday, September 30, 2011

TIDAK Sayangkah kita kepada SUAMI KITA ??


salam semua

salam jumaat penghulu segala hari , alhamdulillah pagi2 lagi dah boleh tersenyum seindah suria .. bersolat , menyiapkan sarapan anak2 , menghantar mereka ke sekolah .. dlm pada itu memandang akan ibu2 yg menghantar anak2 mereka .. mcm2 perangai dan rupa .. teringat akan email yg baru dihantar oleh seorang teman sepejabat buat renungan kita bersama .. insyaallahhhh :)

 Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram

a. Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. 

b. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. 

c. Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. ( x takutkah kita suami kita di hentam , di bakar , di salai nanti disana huhuhu ngeriii bila membayangkannya )

d. Namun begitu, dibolehkan lelaki untuk melihat perempuan dalam beberapa keadaan tertentu dengan peraturan-peraturan tertentu seperti :

i- Untuk keperluan perubatan.Ia diharuskan kerana pengharamannya membawa kepada kesulitan.Bagi doktor dibenarkan untuk menyentuh bahagian-bahagian yang perlu dirawat dengan syarat wanita itu ditemani suaminya atau mahramnya. Para fuqaha’ menjelaskan lagi bahawa syarat keharusan ini hanya terpakai apabila ketiadaan doktor wanita. Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

“Jabir r.a. menceritakan bahawa Ummu Salamah meminta izin daripada Nabi untuk berbekam. Nabi memerintahkan Abu Tibah melakukannya.”

( Riwayat Muslim hadis No. 2206)

ii- Untuk penyaksian samada ketika menjadi saksi atau ketika memberi keterangan kerana penyaksian tidak sempurna tanpa melihat kepada tertuduh dan pendakwa.

iii- Ketika pembelajaran. Iaitu belajar dan mengajar perkara-perkara yang wajib atau sunat dipelajari kerana ilmu itu berfaedah dari sudut syarak.

iv- Ketika berjual-beli. Iaitu apabila ada keperluan untuk mengenali wanita tersebut dan dia tidak dapat dikenali melainkan dengan dilihat.

pic : google


Menjaga Aurat Dan Kehormatan

Berpakaian sopan menurut syarak, iaitu tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit,  tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan tudung dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berfesyen asalkan menepati standard piawaian pakaian Islam. Elakkan daripada memakai pakaian yang tidak menggambarkan identiti kita sebagai seorang Islam. Hadith Nabi s.a.w menyebutkan :

“Barangsiapa yang memakai pakaian menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak..”

(Riwayat Ahmad, Abu Dawud, An-Nasai dan Ibnu Majah)


ps : pagi2 lagi zahrien dah tanye ibu , kita nak naik kapal terbang esok ke ibu ?? aikkkk mana dpt idea tuuu hahahhaha .. anak ... oh anakkkk :)

20 comments:

  1. assalammualaikum kak.. lame tak BW umh akak :)

    ReplyDelete
  2. teringat suami ku. kena sentiasa beringat ni.

    ReplyDelete
  3. izan pun pilih doktor pompuan bila ada pilihan.ari tu kat KSH,ramai kata doktor lelaki tu bg diskaun byk sikit masa caeser tp izan tetap pilih yg pompuan tu. rasa malu la biarpun nak kena bedah bkn meneran huhu...masa bersalin kat HTAA pun dpt doktor pompuan =)

    ReplyDelete
  4. selamat hari jummat akak...
    sama2 la kita sayangi suami kita yer akak...

    ReplyDelete
  5. kesian kat hubby kita kan kak... insyaAllah... saya cuba berubah perlahan lahan.. header blog saya pun nak kena ubah dah tu...

    ReplyDelete
  6. @NM02 ya dikkk , sama2 kita sayangi mereka dan faham apa yg bakal mereka terima akibat dari perbuatan kita .. insyaallah dik :)
    aah tukar .. kasi lebih fresh ekekek :)) memandai je akak nie kannn

    ReplyDelete
  7. @~izan~ dlm perubatan kalau terdesak x menjadi haram dan masalah .. itu dah di beritahu .. insyaallah semua atas niat dik .. kita kena fikir sendiri kerana kita dah dewasa utk menilainya :)

    ReplyDelete
  8. @:: Mrs.Eady :: aah lah dikk .. adik x sihat kan lately nie :)

    ReplyDelete
  9. sy syg suami saya.. weeee....

    ReplyDelete
  10. yg paling kite leh kontrol iyelah aurat sndiri...
    jgn cari nahas nak seksi meksi kannn

    yg lain tu kadang luar kawalan sket..

    ReplyDelete
  11. good sharing kak..

    yg dah kawin, kalau tak jaga aurat kesian kat suami kena tanggung

    kalau macam amani ni pula, kesiannya kat ayah, abang, adik lelaki kalau amani tak tutup aurat.. jangan sebab kita yg salah, kaki mereka sebalah di syurga dan sebelah di neraka..

    ReplyDelete
  12. Sebab itulah tanggung-jawab suami utk mendalami agama bagi mendidik para isteri yg dinikahi. Memilih wanita yg baik. Kalau asyik pandang harta saja hm...jangan kata aurat isteri, diri sendiri pun buat tak tahu je...

    zahrein nak ke mana sayang. oversea honeymoon ke?

    ReplyDelete
  13. insyaallah.. wlpun tak diluahkan ngan kata2.. tp tetap sedaya upaya menjaga kehormatan diri utk suami..:)

    ReplyDelete
  14. insyallah harap suami dijauhkan balasan yang berat2 camtu,...

    pssstt kak, nak gi mana naik kapal terbang? hehe...

    ReplyDelete
  15. Terkdg kebenaran yg kita sudah tahu seperi diambil sepi.....Ampunkan dosa2 kami Ya-Allah...

    ReplyDelete
  16. Thx 4 sharing k.ieda...

    tetiba tingat my hubby...huhu

    ReplyDelete
  17. insyaallah, semoga kita akan menjadi muslimah sejati =D

    ReplyDelete
  18. iye esok kita naik kapal terbang hehehehhe...
    isteri solehah perhiasan terindah dunia..;)

    ReplyDelete
  19. bf jat dr awal2 kenal lg mmg jg apa jat pakai.huhu.cubalah pakai jarang2 skit kuar date siap kena balik rumah semula tkar baju.huhu.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...