Thursday, September 22, 2011

tewas namun KHAIRUL FAHMI tetap KEBANGGAAN


salam semua

memang bermati2an si APEX nie semalam .. pasukan malaysia memang terbaik .. akak tgk punn rasa nak terkucil pun ada .. fuh ! walau pun tewas tapi skuad malaya kita tidak kalah teruk , yaaaaa kalau ikutkan banyak lagi lolosan bola boleh dilakukan oleh pihak JEPUN , tetapi memang kecekapan APEX x disangkal2 lagi .. letih tgk hero akak mlm tadi .. berhempas pulas .... tertongeng2 hahhahaha 

cayalahhhhhh !! walaupun tewas , kita x tewas teruk kannn .. teruskan mara HARIMAU MALAYA !!! .. ( adehhh dah mcm pengulas sukan lak niee ekekek )


Skuad Olimpik Malaysia Tewas 0-2 Kepada Jepun

PASUKAN Olimpik Malaysia gagal menyaingi kepantasan skuad Olimpik Jepun apabila tunduk 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Jepun pada Rabu.

Gol pertama skuad Samurai Biru itu dihasilkan oleh Higashi Keigo pada minit ke-9 perlawanan. Bagaimanapun kecekapan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pasukan tuan rumah itu memberi sedikit kelegaan kepada barisan negara untuk bangkit pada separuh masa kedua.

Ternyata hantaran tepat dan kepantasan yang dipamerkan skuad muda Jepun ini telah membuatkan benteng pertahanan negara terpaksa bekerja keras. Sepanjang 45 minit pertama, skuad Jepun berjaya melakukan lebih kurang sebelas percubaan, manakala tidak ada percubaan ke arah gol oleh pasukan Malaysia.

 pic : hmetro
Minit ke-40 juga menyaksikan pemain Malaysia Wan Zack Haikal Wan Nor diusung keluar kerana mengalami kecederaan dan digantikan oleh Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. Sementara itu, babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan kendalian Ong Kim Swee ini belum cukup kuat untuk menembusi kubu pertahanan Jepun dan hanya satu percubaan dilakukan sepanjang perlawanan ini.

Pada minit ke-75, pasukan yang dilatih oleh Suzikuza Takashi ini sekali lagi merobek gawang Malaysia menerusi jaringan kemas oleh Yamazaki Ryohei. Sehingga tamat permainan, skuad Malaysia gagal meraih sebarang gol. Skuad Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan bertemu Syria pada 23 November ini.

sumber : mstar

ps : pagi nie ada jamuan raya program UPM .. hermm x sabar nak joint nie .. esok jamuan raya KEKAS pula .. kosongkan perut cukup2 nie ekekekke :) - mcm lah ada org jemput utk joint makan adehhhhhhhhhhhhhh


15 comments:

  1. tgk bola ke tgk khairul fahmi kak?? hehe

    ReplyDelete
  2. x tgk pun mlm td, tgk shrek nye psl :D

    ReplyDelete
  3. apex mmg terbaekkkk lar kak ieda mlm td

    ReplyDelete
  4. xpela..adat btanding..
    y penting skuad kt dh lakukan y terbaik..
    yesss.. malaysia HEBAT!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. apa2 pun, tahniah jugakla kat pasukan Malaysia sbb dah bg persembahan yg terbaik.. ;)


    MySuaraBlog: Tips Jadi Bapak

    ReplyDelete
  6. @axie ahhahah dua2 pun kena tgk dikk ! .. ada yg x tgk ke ??

    ReplyDelete
  7. @Lina yes semangat juang tuu memang saluute sgt2 :)

    ReplyDelete
  8. KFCM mmg terbaik..! klo keeper lain rasenye dh bape bijik gol dh disumbat jepun!

    ReplyDelete
  9. x sempat layan bole mlm td... anak2 men ps2...huhu...

    ReplyDelete
  10. tu laa kesian K.Fahmi, dia paling byk pegang bola mlm td...kalau x bijak memang berpuluh gol jepun kan..
    tahniah juga untuk pertahanan...

    ReplyDelete
  11. hebat KF walaupun dilanda gosip perlbagai kan..

    ReplyDelete
  12. sy tgk mlm tadi... mmg power rangers aaa Apek....
    apa2 pun harimau malaya pun ok gakkk ...hihihi

    ReplyDelete
  13. memang kehebatan apek
    tak boleh di pertikaikan lagi

    cuba bahagian penyerang tu
    kenalah berlatih gigih lagi

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum ieda..
    singgah melepaskan rindu.
    alhamdullilah.. virus dah tak ada..

    bab si khairul tu..
    moga dia sentiasa dirahmati Allah..amin

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...