Friday, September 16, 2011

Teransang mempengaruhi pertimbangan MORAL



salam semua

untuk renungan bersama

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
( Al-Isra’: Ayat 32)
Ayat “ jangan kamu menghampiri zina” ini merangkumi segala perbuatan yang boleh merangsang nafsu seksual termasuk:
1)      Sebarang imaginasi seksual
2)      Menonton bahan-bahan lucah (dari TV, internet)
3)      Membaca bahan-bahan lucah (dari majalah, internet)
4)      Berdua-duaan dengan yang bukan muhrim (dating)
5)      Melihat wanita/lelaki yang tidak menutup aurat

Agak tidak keterlaluan jika saya katakan, zaman sekarang ini sangat mencabar bagi umat Nabi Muhammad S.A.W. untuk menjaga nafsu seperti nafsu makan, nafsu ‘shopping’, nafsu tidur dan tidak terkecuali nafsu seks. Teknologi yang semakin maju bukan sahaja membantu manusia, tapi dalam masa yang sama boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan jika tidak digunakan dengan betul. Sebagai contoh, internet boleh memberikan pelbagai ilmu yang berguna, tetapi boleh juga digunakan untuk mencari gambar atau video lucah. Jadi, terpulang pada individu untuk menggunakan teknologi dengan baik. Tepuk dada, Tanya IMAN.

Sebagai muslimah, kita boleh membantu menghindarkan sebarang faktor yang boleh menjerumuskan sesiapa sahaja ke dalam zina dengan mengikuti landasan-landasan yang telah ditetapkan oleh Allah dan rasul-Nya. Diantaranya ialah:

1) Menutup aurat dengan sempurna
- menutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan
- mamakai pakaian yang longgar yang tidak mendedahkan susuk tubuh badan
- melabuhkan tudung sehingga ke paras dada
- elakkan tabarruj iaitu memakai pakaian yang cantik dan bersolek sehingga boleh menarik perhatian lelaki

2) Menjaga dan menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim. Pandangan   wanita   sangat merbahaya dan mampu menggegarkan iman lelaki.

3) Berdoa supaya diri (bagi gadis) dan anak perempuan (bagi ibu) dikurniakan suami yang soleh yang boleh memimpin ke arah syariat yang benar.

4) Mendidik anak-anak dengan syariat-syariat Islam
- mengajar anak-anak landasan dan batasan diantara lelaki dan perempuan
- melatih anak perempuan menjaga aurat sejak kecil
- menjaga pandangan dan fikiran anak-anak dengan mengawal rancangan TV yang ditontonnya
- memantau anak-anak semasa mereka melayari internet

5) Sentiasa berdoa kepada Allah agar diri dan keluarga sentiasa dijauhi daripada dosa dan maksiat.

Satu lagi cara untuk mengelakkan masyarakat kita terjerumus dalam lembah berahi ini ialah dengan mempermudahkan perkahwinan. Masyarakat kita, khususnya bangsa Melayu, suka meletakkan taraf perkahwinan yang berunsurkan wang dan material sebagai pilihan. Si gadis atau ibu bapanya cenderung meletakkan harga mahar yang agak mahal berdasarkan kelulusan akademik, status keluarga dan paras rupa si gadis. Tambahan lagi, hantaran-hantaran yang dikehendaki  juga agak mahal. Tidak menjadi sesuatu yang pelik sekarang ini apabila ‘laptop’, kamera atau telefon bimbit menjadi barang hantaran.  Rasulullah telah menyatakan,

“Sebaik-baik wanita adalah yang paling murah maharnya”

(Hadith Riwayat Ibnu Hibba, Hakim, Baihaqi, Ahmad)

Jadi, permudahkanlah sebarang urusan pernikahan/perkahwinan dengan memurahkan mahar dan kos kewangan yang terlibat supaya tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Kos perkahwinan yang tinggi hanya akan menangguhkan perkahwinan dengan tujuan mengumpul atau meminjam duit.






6 comments:

  1. hmm btul tu..dugaan akhir zaman maha hebat..

    ReplyDelete
  2. nk hindari semua tu mmg payah.. tpi x mustahil kan.. so i will try my best.. ;)


    MySuaraBlog: Bersin OK, Menguap K.O?

    ReplyDelete
  3. mahar tak mahall.. hantaran tu yg berlipat kali ganda. apa pun kena ukur baji di badan sendiri

    ReplyDelete
  4. tambah2 zmn skrg ni..semuanya d hujung jari...perlu kekuatan iman.

    ReplyDelete
  5. tp skang dh tak ramai yg menitikberatkn menda2 cmni kn kak..ramai yg menghalalkan menda yg haram..

    ReplyDelete
  6. tu la kan..

    makin canggih & moden kehidupan.. makin berleluasa pulak kes2 penzinaan.. gara2 menjaga martabat yg tinggi tp harga diri yg tergadai.. hurmmm...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...