Thursday, September 15, 2011

PULAK dah !!! - watie KELIRU


salam semua

pulakk dahhhh .. mcm mana nie .. huhuhuu banyak kan bersabar ya watie .. dugaan allah nie .. cuba tenangkan diri dan buat sembahyang istiqharah .. minta petunjuk allah .. kalau awak benar , insyaallahhh allah berikan petunjuk .. dan setiap manusia itu buat silap dan x akan lari dari kesilapan .. dan kesilapan tidak mengenal kita itu siapa , orang biasa @ artis ..

Watie (Elite) Keliru Mahu Kahwin Joey

ihsan : utusan msia

KUALA LUMPUR: Pelakon Watie (Elite) mengakui sedang keliru sama ada ingin meneruskan hasrat untuk berumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Joey ataupun tidak kerana tertekan dengan tohmahan sesetengah pihak terhadapnya.

Watie turut mengakui amat kecewa dengan tuduhan orang yang mengaitkannya sebagai dalang kepada keretakan rumah tangga Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daudwalaupun kes penceraian pelakon itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir sudah selesai.

"Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya sedang buntu dan keliru sama ada ingin meneruskan hubungan dengan dia (Joey) ataupun tidak. "Joey tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi kebuntuan ini datang daripada diri saya sendiri mengenangkan tohmahan orang sekeliling yang turut membuatkan saya berfikir kembali sama ada ingin meneruskan hubungan atau tidak," ujarnya.

Watie ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 13 episod lakonannya berjudul "Cuak" untuk siaran Astro Ceria di sini, Selasa. Watie berkata Joey mengetahui tekanan yang dialaminya dan tidak pernah memaksa dia untuk membuat sebarang keputusan berkahwin dalam waktu terdekat.
"Saya sebenarnya bertuah kerana Joey seorang lelaki yang baik dan memahami keadaan saya walaupun ketika ini saya belenggu tentang hubungan kami tetapi dia tetap memberi sokongan kepada saya," katanya.

Dalam pada itu, Watie memberitahu dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai segala tuduhan dilemparkan kepadanya kerana sudi lali dilanda pelbagai kontroversi.


hidup tidak selalunya indah .. allah berikan dugaan silih berganti untuk menguji kekuatan diri mengharungi kehidupan yg hanya sementara ini .. kita lalui dengan kuat dan tabah hati sambil berdoa agar allah memberikan kita kekuatan untuk terus hadapi dan tidak rebah 


20 comments:

  1. kalau dah berjodoh tak kan ke mana

    ReplyDelete
  2. Rajin ieda menulis berita terkini

    ReplyDelete
  3. huhu tangguh jela dulu kan...

    ReplyDelete
  4. laa.. pulak dah...erm macam2 kan..

    ReplyDelete
  5. Dugaan x akan putus slagi kita idup.. Kan kak?!

    ReplyDelete
  6. itu dier sebagai public figure..tp dugaan kita org biasa pun banyak cuma dah namanya org biasa kan.. so kita sendiri je la rasa.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. yg tukang baca ni pun keliru dgn depa~

    ReplyDelete
  8. camtu plak dah...watie mmg dari dulu penoh kontroversi huhuhu...

    ReplyDelete
  9. tu la kan..jgn libatkan diri dgn kontrovesi....diri sendiri juga yg susah....byk sgt la pasal watie ni..dulu jap kata tak mau seksi..tak mau dah rosak kan umah tangga org...hanya dia yg tahu apa alasannya....

    ReplyDelete
  10. artiss.. macam2 la kisah derang ni. tapi nak wat camne.. kadang org lain yg suka gembar gemburkan.. benda baik pun kadang jadik tak baik.. isk isk isk

    kak.. blog akak ni tadi nak masuk keluar error 'malware detected' lahhh huhu

    ReplyDelete
  11. ada malware masa nak masuk sini. :)

    ReplyDelete
  12. Sia-sia men"ceraikan" mereka tup-tup kelain plak cerita. Dia dah free, kawen jelah. Selama ni pun bukan ko ambil pot org sekeliling bercerita :-)

    ReplyDelete
  13. suh dia nyanyi lagu keliru la...

    ReplyDelete
  14. orang tu dah bercerai berai baru nak rasa keliru??
    macam2 dia ni..

    ReplyDelete
  15. @*∽ IZAN ∽* oh ya ke ?? huhuhu nak buat mcm mana erkk .. x tahu nie ..

    ReplyDelete
  16. @KAMIHIDUP nak buat mcm mana kalau ada malware nie .. huhuh

    ReplyDelete
  17. peminat lagi keliru dengan diorang...

    ReplyDelete
  18. @diana hermm tu lah dah bercerai baru nak rasa keliru dan bersalah .. mcm2 hal .. x tahu mereka nie fikir mcm mana kan D :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...