Tuesday, September 13, 2011

PETUA utk yang sudah BERUMAHTANGGA


salam semua

jom kita baca dan amalkan bersama2 .. dulu masa mula2 kawin akak suke baca tips2 menarik utk menjaga kesihatan dan kesegaran kita , almaklumlahh bila dah berkahwin , mengandung dan bersalin nie , x sama dgn mereka2 yg masih anak dara .. hermmm amalan2 nie ada sebahagiannya akak amalkan selalu :)
eiiii suke :))

pic : en google

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk anak dara yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. 

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

sumber : email

ps : semoga berjaya kepada anak2 yg sedang menghadapi peperiksaan UPSR , semoga mereka tenang menjawab dengan jayanya .. aminnnn .. anak akak nina x ke sek hari nie sbb budak2 darjah 3-5 direhatkan sehari dirumah utk kelancaran UPSR , hermm kena balik umah nie :)

16 comments:

  1. erk..ni untuk perempuan je kan..?

    ReplyDelete
  2. emmmg bagus petua2 ni kak kan tp tu la kdg2 'M' nk buat...mane yg simple2 n bahan mudah cari tu okla.bila tgk pelik skit ke trus gostan.hehehe...

    ReplyDelete
  3. erkk, akak..kite yg dah mak2 org ni leh ke lg amalkan petua2 tu? hehe :P

    ReplyDelete
  4. terima kasih nenek kebayan..
    wakakakkak

    ReplyDelete
  5. ena pun ada juga simpan petua ni.. tp tu la.. ada yg buat.. ada yg disimpan sajek.. adeihhhh...

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak sbb syer..ade sedikit intan xtau

    ReplyDelete
  7. akak..tq tips ni..adik copy jap lg ye..hehe

    ReplyDelete
  8. Tip yang saaaaangat berguna..

    Kak myra nak amik untuk simpanan ye.. :)

    ReplyDelete
  9. suke semua amalan ni... tq kak ieda...

    ReplyDelete
  10. wah...petu2 yg bagus..tq for sharing kak!!

    ReplyDelete
  11. best nya baca petua2 ni suma..bkn taktau tp jrg nak amal kan...tq kak sebab share dan mengingat kan...

    ReplyDelete
  12. boleh cuba lagi tak yang dah lama berumahtangga ni kak

    ReplyDelete
  13. wah bgs nie petua2 tue,
    tq for sharing:)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...