Friday, September 23, 2011

KESAL dengan KELEMAHAN diri - MAMAT sepah


salam semua

hermmmmmmm x mo cakap banyak .. fikir sendiri .. sendiri boleh menilai , semoga ini semua boleh dijadikan pengajaran dannnn yg paling penting menutup aurat adalah WAJIB , bukan hanyalah untuk berFESYEN ! ye dokkkk ... huhuhuhu


Mamat (Sepah) Mengaku Salah 'Dedah' Rambut Fida



PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

Mamat berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa. Mamat diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasih tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.



Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu. "Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.

"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelasnya. Rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, Mamat berkata dia berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida kerana gadis itu tidak bersalah dalam hal tersebut.

"Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.
Ditanya adakah dia ada berbincang dengan Fida mengenai perkara berkenaan, Mamat memberitahu Fida tidak mengetahui dia memuat naik gambar tersebut.

"Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa anda menemu bual saya ini, dia sendiri masih tidak mengetahui mengenai apa yang sedang terjadi. Saya belum bercakap dengannya tentang hal itu," katanya.


huhuhuuh bahayanya , FIDA x tahu lagi ?? ye ke ?? 



41 comments:

  1. mcm takde jantan lain je dlm dunia ni, getiksss

    ReplyDelete
  2. tak pakai cermin mata pun tak kan tak boleh bezakan rambut ataupun tidak... cari la alasan lain yg ok sket... hehe

    ReplyDelete
  3. btol tu..alasan x logik..yg fida plak,bertudung cuma depan peminat.depan bf dedah sume..fida sgt berbeza dgn mse mula2 dia muncul dulu.skrg tudung singkat,sanggul makin tinggi.

    ReplyDelete
  4. @adarnadzmie ya dik setuju tuu .. akak yg rabun punn boleh bezakan .. bukan nye jauh sgt dia amik gamboo punn ..
    alasan yg bodo .. ingat peminat semua x leh nilai .. adehhh MAMATTT oh MAMATTT !

    ReplyDelete
  5. @tiEra ye ... skrg dia sgt2 berbeza .. dari dulu dia belajar lagilah lain .. tapi masa belajar pun dia on & off .. soo akak x hairan sgt bila dia mcm nie diluar ngan mamat ..

    cuma terkilan sbb ingatkan dia makin terkenal dia makin elok :)

    ReplyDelete
  6. Sebelum ambil gambar tu takkan tak tahu Fida bertudung ke tak waktu bersiar2. :(

    ReplyDelete
  7. mcm2 la...fida ni pkai tdg bukan btol pon

    ReplyDelete
  8. Fida ni semakin femes, semakin banyak plak isu kontroversi.. HUHU


    MySuaraBlog: Cinta Jarak Dekat ke Cinta Jarak Jauh?

    ReplyDelete
  9. macam2 cite bila dah jadi artis ni..huhuhu

    ReplyDelete
  10. kalau betul dia kisah pasal aurat dia.. why in the first place dia pakai mcm tu dpn mamat? belum kawen kan?

    ReplyDelete
  11. nasib baik ai bukan retis

    muahahahahaha

    ReplyDelete
  12. malas nk komen kak..emm dgn boyfren tk pakai tudung pulak...hmm malas la nk citer

    ReplyDelete
  13. @h4ni3 haah , nampak sgt kan .. sendiri menilai lahh huhuh

    ReplyDelete
  14. @NM02 ahhahah awwwwwwwwwwwwww u ! :)

    ReplyDelete
  15. @Maya Mayana yelah .. akak nie pun malas nak citer tapi sekurang2nya biar dia tahu dan sedar apa yg dia buat selama nie x betul ! ...

    ReplyDelete
  16. Emmm..ya ka tu..mcm tak logik ja...Tapi..apa2 pun..apasal la Fida tu pakai mcm tu ya...

    ReplyDelete
  17. fida dah mula nak berubah imej kot, sebab tgk ada lagi gambar dia masa fesyen show, pakai baju off shoulder, nampak leher, tutup rambut je

    tak tau nak ckp, bukannya tak tau pasal hukum tapi entahlah

    ReplyDelete
  18. kuar jalan2 tak pkai tdung lak. ada jgak eh camtu? sigh~

    ReplyDelete
  19. Menyampah la dengan depa berdua ni .. gila publisiti ni ... alasan dh la bodoh..

    ReplyDelete
  20. seorang lelaki yg baik x kan sengaja nk dedahkan gmbr kekasih di FB nye.melainkan dgn izin kekasihnya sendiri

    ReplyDelete
  21. erm..... no komen lah.. jawapan selamat ala2 artis kan.. hehe

    ReplyDelete
  22. semoga jadi pengajaran buat depa berdua

    ReplyDelete
  23. cari la lelaki yang elok sikit..
    alahi fida oi...

    ReplyDelete
  24. ada-ada jer artis sekarang niey,..=)

    ReplyDelete
  25. nak muntah rasanya

    fida pun sama..

    bukan ke mamat tu bukan
    muhrin dia???

    ReplyDelete
  26. dah menagaku kesilapan itu adalah yg terbaik...kena lebih berhati-hati lain kali...kamu adalah selebriti...Kamu sering diperhati..

    ReplyDelete
  27. kak cuba pergi fb fida tu?

    ReplyDelete
  28. napa ntah nyampeah beno dgn mamat ni...


    huhuhuuuu

    ReplyDelete
  29. ye ke xtahu kak.ayat cover je 2.

    ReplyDelete
  30. alasan sgt tak munasabah atau munasarawak heehe

    ReplyDelete
  31. terkejut fida jadi gitu .. ingat betul2 menutup aurat.. moga kita berada dlam golongan yang tidak dibolak balikkan hati InsyaAllah

    ReplyDelete
  32. Ye ke fida tak tahu? tak kan ye tak baca paper ngan nengok internet. loyakan baca gosip dorang ni.

    ReplyDelete
  33. alasan yg xberapa bijak dr mamat...fida, tlglah cr org lain....

    ReplyDelete
  34. alasan tak logiknyaa...
    huhu camni ke calon suami yg baguss...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...