Thursday, September 8, 2011

kandungan GULA yg tinggi


salam semua

dah lama akak x share info2 kesihatan dlm pengambilan makanan harian kita kan :) kalau ambil dan consume HERBALIFE , semua ini kena ambil berat .. secara x langsung mulut kita akan sentiasa mengigatkan kita dlm pengambilan makanan harian yg lebih sihat .. akak dan anak2 memang sukaaa makan buah .. tapi kami memang kurang makan mangga @ mempelam dan pisang .. sbb utama .. mangga payah nak dpt .. dan pisang , hermm anak2 dan akak memang x suke dari dulu :) 

dan satu lagi buah yg tinggi kandungan gula dan kolestrolnya adalah DURIAN .. soooo sama2 kita beringat ok ..
jom akak share sikit info ini yg akak dpt dari email ...


Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang.


Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione.

Peningkatan gula yang tinggi akan merangsang penghasilan hormon insulin di mana insulin akan menukar gula kepada lemak di dalam badan.


Lemak yang dikandung badan akan digunakan semula sebagai tenaga. Proses penukaran lemak kepada tenaga berlaku di mitokondria iaitu kilang tenaga dalam badan. Bagi membolehkan proses ini berlaku, kita memerlukan sistem hormon yang baik. Hormon metabolik perlu berinteraksi dengan enzim bagi membolehkan protein menjana tenaga daripada lemak.

Hormon adalah molekul aktif terbina daripada protein yang dikeluarkan oleh kilang-kilang hormon di seluruh tubuh kita. Otak kita mengeluarkan banyak jenis hormon yang mengawal metabolisme, pembesaran, daya ingatan dan jantung. Malah tidur juga dipengaruhi oleh hormon. Ini bermakna gejala insomnia juga disebabkan hormon yang tidak cukup.

Masalah hormon tidak cukup menjadi persoalan yang amat menarik. Besar kemungkinan faktor makanan kita yang sering ditambah agen pengawet menyebabkan kerosakan pada sistem hormon kita.

Kadar peningkatan gejala diabetes dan jantung membuktikan kepada kita bahawa kerosakan hormon merupakan fenomena moden yang perlu ditangani segera. Begitu juga peningkatan kadar obesiti yang merupakan masalah seluruh dunia. Mereka yang obes bukanlah seratus peratus disebabkan makan banyak. Masalah ini berpunca daripada kerosakan hormon dan menjadi kitaran obesiti yang menakutkan. Kita harus mengkaji amalan pemakanan di negara yang belum tercemar dengan budaya pemakanan dari barat. Kita harus mencontohi cara pemakanan yang sebegitu.

Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.

ps : mlm nie tadi tgk zahrien mata mcm bengkak , ada taik mata lagi  .. hermmm mcm nak sakit mata .. risaunyaaa :(


27 comments:

  1. kecor tgk mangga tu kak oiii

    ReplyDelete
  2. huhuhu..tq for sharing this kak :)

    ReplyDelete
  3. sedap pulak tgok mangga tuh hihihi.


    http://lalalahidop.blogspot.com/2011/09/minta-tolong.html

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Biasanya saya makan pisang waktu berjogging...

    ReplyDelete
  5. tp mangga n pisang sedap kak.hehehe

    ReplyDelete
  6. tulah..makan buah ni keje berjaga-jaga jugak. tak boleh main taram jek. especially tuk org ada diabetes... memang kena berpantang pisang, ubi,keledek,durian segala..

    ReplyDelete
  7. makn buah ni pom...ada sukatannya jgk..

    apa2 pom..tenkiu ieda sb tips ini..

    ***kat kg ieda ada jambu batu kg tak?

    ReplyDelete
  8. ooo..begitu..baru tau kak..tq

    ReplyDelete
  9. tq kak ieda... info yg baik...

    ReplyDelete
  10. sebab itew ramai orang preggy yang kena kencing manis sebab selalu sgt makan local fruit...so be careful

    ReplyDelete
  11. paling suka mangga..hehe
    nice info sis:)

    ReplyDelete
  12. alaaaaaa, tapi saya suka mkn mangga...

    ReplyDelete
  13. ada pisang ema suka buat cekodok sebab anak suka

    ReplyDelete
  14. alaahhhh
    lapar lah plak! perut da berkokok ni!

    ReplyDelete
  15. @sarah-najwan alooor kak , kat kg saya payah nak dpt nie .. huhuh sori kak

    ReplyDelete
  16. zana suka mangga, so lepas ni x boleh la makan mangga selalu.. kena lebih berhati.. thanks sebab sudi kongsi info ni kak..

    ReplyDelete
  17. mia pun jarang beli mangga,durian & pisang..hanya sesekali menjamah..selalu beli dragon fruit, tembikai, betik.

    ReplyDelete
  18. sedap pulak tgk mangga tu..slrrppppp

    ReplyDelete
  19. ohhh mangga pun kandungan gulanya tinggi yer tp sodapppppppp

    ReplyDelete
  20. mangga kalo buat jus mmg sedap...tp kandungan gula tinggi ye..nak2 ditambah lagi gula dlm jus minuman tu kan...

    ReplyDelete
  21. adehhh ... durian ngan pisanglah peberet sy kak ^_^

    ReplyDelete
  22. Alamak! sy ni suka benor mkn mangga/mpelam & anak2 pulak amat suka pisang, terutama pisang emas...kn kurangkan sikit la pasni...huhu

    ReplyDelete
  23. saya pun tak minat pisang sebab melekit..
    mangga pulak,suka yang muda je..
    yang masak tak suka...
    leceh nak makan melekit2 gitu..
    hhahahah

    ReplyDelete
  24. aritu amani cek darah, 6.5 kandungn gula... errmmm...

    ReplyDelete
  25. buah kuning memang tak baik makan selalu. :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...