salam semua
Dua beradik lemas bersama
KUANTAN: Kegembiraan dua beradik yang sedang bercuti bersama keluarga bertukar tragedi apabila ditemui lemas di dasar kolam sebuah resort di Beserah, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, mangsa, Mohd Firdaus Samsol, 7, dan adiknya, Mohd Ridzuan Hakim, 5, dikatakan bermain dalam kolam renang tanpa menyedari memasuki kawasan dewasa yang agak dalam.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama keluarga mendaftar masuk ke resort berkenaan jam 12.25 tengah hari.
Menurutnya, bapa mangsa kemudian keluar membeli minuman manakala mangsa ditemani ibunya yang berada dalam bilik sambil menyusukan adik bongsu mangsa berusia setahun.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa disedari hilang selepas bapanya pulang dari kedai sebelum bergegas mencari sekitar resort berkenaan. “Selepas hampir lima minit mencari, lelaki terbabit menemui dua anaknya dalam dasar kolam sebelum memanggil pengurusan pusat peranginan itu untuk membawa mangsa keluar.
“Dua beradik itu diberikan bantuan oleh Pembantu Perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat HTAA untuk dibedah siasat dan polis sudah mengambil keterangan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa.
Katanya, siasatan awal mengesahkan kejadian itu tidak mempunyai unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau berkata, jenazah dua beradik terbabit dibawa pulang ke Felda Kemayan, Bera untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemayan, kira-kira jam 8.10 malam kelmarin.
sumber : hmetro
rasanya lah akak tahu resort nie .. cuma x diberitahu secara terperinci .. apa2 punn semoga roh kanak2 nie tenang disana , dan bagi semua ibu bapa sekalian .. silalahhh pantau anak2 anda .. bagaimana boleh anda biarkan sahaja anak2 anda bermain di kolam air sendirian tanpa pengawasan dari anda ?? semua ini harus dijadikan ikhtibar .. kalau akak lah kannn , anak2 x akan akak biarkan ke kolam renang tuu kalau akak atau ayahnya x der bersama2 mereka , hermmmmmm inilah dinamakan ajal dan nak dijadikan cerita ..
semoga kedua ibu bapa kanak2 ini redha atas pemergian 2 orang anak mereka .. huhuhuhuhu x dpt akak bayangkan 2 orang sekali tuu ...

hmm mcm tahu jugak sbb mmg ada kolam yg dia cetek di tepi tp ke tgh makin dlm..bahaya mcm ni.kalau asingkan betul2 kolam dewasa n kanak2 senang sket huhu.
ReplyDeletemandi kolam ke,mana2 ke semua kena hati2..teringat plak tragedi ulu bendul..air oh air..
Al-Fatihah...
InsyaAllah, roh anak2 itu berbahagia di Jannah.
ReplyDeleteanak-anak itu akan menarik ibubapanya ke syurga..insyaAllah...
ReplyDeletesiannye..takziah utk keluarga mangsa..ank2 syurga..;)
ReplyDeleteKanak2 dan air...mereka sgt teruja...sudah ketentuan..tiada siapa harus dipersalahkan...semoga jd kan ini satu pengajaran agar kita lebih WASPADA memantau anak2 seumur begini bila pegi bercuti-cuti....
ReplyDeletebahaya tu kalau tak pantau, akak kalau bawak firdaus memang suruh akak ngan abang dia pantau.budak-budak kalau dapat air tak henggat. sama-samalah kita beringatkan.takziah pada family mangsa.
ReplyDeletemgm bahaya..anak2 ni kena pantau gak...malang tak berbau
ReplyDeletetu le kan kak...takut dengar citer2 mcm ni.....sekelip mate kehilangan anak...nak besarkan nak lahirkan bukan senang...tup2 ilang mcm tu...
ReplyDeletesebab tu laa lieya ni mulut bising jek marah mia mija kalo gi bercuti tempat2 yg ade pool ni sebab dieorg suke main air....biar lee mulut bising n kecoh dari menangis menyesal tak sudah....
Allahuakbar....sedihnya.plan nak bercuti, nak happy2..sekali..mcm nie plak..nak buat mcm mana..ni dah tersurat dlm qada' & qadar..kita sebagai hambaNya..kena la redha
ReplyDeletetapi ye la..tak kena kat kita,s enang ckp...apa pun al fatihah kpd 2 beradik tu, semoga rohnya dicucuri rahmat..kpd keluarga, harap bersabar ye..
kpd kita..ambil iktibar & jadikan pengajaran.
Ayu pun, kalu kat pool tu, memang tak lepas mata memandang..biar la jerit2..biarla diaorg nangis sbb nak mandi lagi..risau perkara2 mcm nie la..
sbb tulah *key words sy adalah "jangan!! kt anak
ReplyDeletebukan nak mengongkong tp nak yg TERBAIK utk anak..
apapun moga Allah cucuri roh kanak2 tersebut Al Fatihah ....
Al-Fatihah...
ReplyDeletesedih bila baca berita macam ni.... 2 anak sekaligus pergi... semoga jadi pengajaran buat kita semua