Wednesday, September 21, 2011

ISU hantu BONCENG ke LPF


salam semua

hermm dah sedar bahawa perkara2 mcm ini tidak boleh dibuat main dan bukan suatu perkara yg boleh diambil mudah .. sesungguhnya rakyat malaysia terutama orang islam masih sensitif dengan perkara2 yg melibatkan agama in.

syukur kerana perkara2 begini diambil berat oleh masyarakat kita dan orang2 yg bertanggungjawab .. soo renungkanlah yg mana baik dan yg mana buruk


Isu Hantu Bonceng: Lembaga Penapisan Anggap Tiada Isu Tapi Tak Jadi Masalah Untuk Teliti Semula 


KOTA BAHARU: Lembaga Penapisan Filem tiada masalah untuk meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.

Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .

"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.

"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama. Harakahdaily pada Selasa melaporkan, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah.

Nasrudin mendakwa, babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan". Bagaimanapun, Raja Azhar tidak menolak kemungkinan filem yang ditonton oleh pihaknya mungkin berbeza sedikit daripada apa yang kini ditayangkan di pawagam.

"Justeru kita akan meneliti sekali lagi babak yang dimaksudkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS itu," katanya. Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal, Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan.


yang peliknya pengarah filem ini menyatakan ada 4 orang alim ulama yg bersama2 dlm pra tonton filem ini dan mereka tidak pula memberikan apa2 respon terhadap filem ini ...

hermmmmmmmm takut2 mereka juga leka sewaktu menonton filem seram komidi nie sehingga tidak perasan akan dialog itu  , manusia ini banyak kelemahannya .. harap semua ini menjadi iktibar dan panduan bagi pengiat2 filem agar lebih berhati2 di masa akan datang .. 

agaknya lah kannn dengan isu ini , makin ramailah yg pergi tgk cerita ini sbbnyaaaaa nak tgk sendiri adengan yg menjadi isu ini ... wing !!


19 comments:

  1. Betul ieda sebab publisiti dah semakin hebat mesti makin tinggi rating yg nak pergi menonoton.

    pssst: kakak pun tak tengok lagi. Kena beli VCD nampak gaya...

    ReplyDelete
  2. Kakcik tunggu cd/dvd dia keluar baru nak tengok. Itu pun belum tentu sempat nak menonton dari awal sampai habis!

    ReplyDelete
  3. ooo baru tau ade isu panas filem nie.....lieya dah tgk kak...ulang2 18kali sampai muntah...donlod jek kat tenet he he he....

    ReplyDelete
  4. @Kakzakie ahahha same lah saya kak .. mana tgk layie .. tgk preview dah berpuluh kali nie .. :)

    ReplyDelete
  5. @kakcik dah kuar isu mcm nie .. sure kena tgk kak .. ekekek takut masa tgk tuu dah kena potong tak :)

    ReplyDelete
  6. @lieyalatif hermm aah dik .. akak rasa nak download internet je lahh .. save sikit kan :)

    ReplyDelete
  7. naik la jualan tiketnyer nanti kak..

    ReplyDelete
  8. X tgk lg citer ni..tgk yg preview dia jer..

    ReplyDelete
  9. belum tengok lagi citer ni tapi dah terbaca pasal ni semalam...

    lama tak dtg sini, tukar header baru ya ieda..cantik!

    ReplyDelete
  10. cite ni kuar kat astro first..terus boleh download kat internet..

    ReplyDelete
  11. tak semena-mena sy pun dah tgk smlm =P

    tp bukan di pawagam hanya donlot :")

    hmm ttg perkara itu mmg agak sensitif sbb berkaitan agama.harap2 mereka dpt lebih tegas dimasa akan dtg..

    ReplyDelete
  12. emm memang pemanas untuk naikkan lagi jualan tiket..layan cd je kat umah..jimat belanja..keh..keh...

    ReplyDelete
  13. macam2 isu skrg ni kan kak ieda.. lain org lain pendapat. kita yg baca ni just boleh baca, baca and baca.. pastu komen sndr.. ambil iktibar :D

    ReplyDelete
  14. kecoh2 gini suami saya pulak tak bagi tengok..
    hehehhe..
    katanya kalau kan kepastian tunggu je la laporan sahih nanti..

    ReplyDelete
  15. betullah kan, isu tu jadi tarikan org nak ke panggung sebenarnya

    ReplyDelete
  16. erm sy dh tgk gak..kt astro first..yg ayt shahadah tu mmg mcm penjelasan dlm paper..bukan ayat penuh..mcm dia terberhenti sekejap br dia ucap syaitan..time dia berhenti tu pn sbb kwn dia duk tegur dia..tu yg dia terberhenti pehtu br ucap syaitan..

    erm tu yg saya nampak lah..tetibe ada lak yg nk mrh sy..huhu tp bagus la dorg mtk di review semula..tkt terlepas pndg..and mmg setiap kali pratonton akn ada ustaz yg join..ermmm~

    ReplyDelete
  17. jgn panel tersebut terlelap masa tapis film nie udah la huhuhhhh

    ReplyDelete
  18. tak tengok lagi tapi cam bess jerkan..nak2 ada Zizan

    ReplyDelete
  19. xtgk lagi pun citer ni...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...