Thursday, September 15, 2011

Hukum Menggabungkan Puasa Qadha dan Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal.


salam semua

umum pasti tertanya2 dan memerlukan penjelasan dan bantuan2 dari kawan2 untuk mengetahui secara lanjut dan terperinci kan , so akak ambil sedikit petikan dari blog rakan blogger kita ini , dan kepada yg ingin terus membaca bolehlah ke link yg akak berikan nanti



Bicara ini hanyalah lanjutan hujah daripada beberapa orang tokoh agama Tanah Air, saya sekadar melebarluaskan pandangan mereka dengan menggunakan bahasa dan pendekatan tersendiri. Untuk memudahkan sahabat melakukan rujukan, akan saya sertakan link mereka nanti. Antara mereka yang saya maksudkan ialah Prof Dr Mahmud Zuhdi,seorang Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, juga penulis Tafsir Pimpinan Muttaqin, Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan (KIAS) dan juga Musyrif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan., Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri , bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM, dan sekarang ini diamanahkan sebagai Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat. 

Terus kepada tajuk, mengenai hal ini, ulama sebenarnya berbeza pendapat. Ada yang berpendapat, Ia boleh dilakukan dan ada juga ulama yang berpandangan sebaliknya, iaitu tidak boleh digabungkan antara puasa sunat syawal dengan puasa qadha. 

Tentang pandangan ulama yang mengharuskan, sahabat boleh langsung merujuk artikel yang ditulis oleh Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor( klik SINI). Cuma, secara ringkas, ulama yang berpandangan sebegini merumuskan, apa sahaja puasa yang dilakukan dalam bulan syawal(sama ada qadha, nazar atau apa sahaja), dianggap memenuhi kehendak puasa enam hari di bulan tersebut. Jadi pahala puasa sunat syawal akan diperolehi secara automatik apabila seseorang melakukan puasa qadha dalam bulan syawal, sama ada dia niat atau tidak diniatkan puasa sunat itu. 

Tentang persoalan niat pula, mereka berhujah bersandarkan dalil yang umum tentang niat, iaitu “ Amalan-amalan itu hanyalah berdasarkan niat-niat. Dan setiap orang mendapat hanya apa yang diniatkan.” (Hadis riwayat Bukhari no1 dan Muslim no 3530) 


terus membaca DISINI utk keterangan dan penjelasan lebih lanjut .. semoga kita sama2 dapat membuat penilaian yg mana terbaik ... dan terima kasih buat en shameel iskandar atas kupasan yg sgt2 menyeluruh


19 comments:

  1. akak pernah buat sekali tak?

    ReplyDelete
  2. hurmm...info yang menarik kak...

    ReplyDelete
  3. niat sahaja utk sunat isnin, sunat syawal dan qadha ramadhan..perkara baik...teruskan aje..kemudian serah pada Allah untuk menilainya...

    ReplyDelete
  4. @NM02 yes dik .. akak buat sekali .. dan itu akak minta pandangan dari ustazah2 yg akak kenali :)

    ReplyDelete
  5. @mami ya .. perkara baik yg menilai adalah allah , teruskan janji pada landasan yg benar :)

    ReplyDelete
  6. Saya pun tiap2 tahun kompius. Tapi saya berpuasa ikhlas kerana nak dekatkan diri kepada Allah :-)

    ## Confius, confius ni selalunya mainan Syaitan yg cuba nak sesatkan kita.

    ReplyDelete
  7. Salam alaik.

    Terima kasih krb sudi melebarluaskan entry saya. Mudah-mudahan,dapat mengambil manfaat darinya. Jalan terbaik tentang perkara ini ialah dgn memilih jalan selamat, iaitu dibuat secara berasingan meskipun ada ulama mengharuskan diniatkan serentak.

    ReplyDelete
  8. gud info kak
    sbb smp skrg ni mmg mcm kelam2 jek pasal benda ni

    ReplyDelete
  9. ;)..sye tgh ganti puasa kak..hehhehe..

    ReplyDelete
  10. Myra pun ada post entry pasal nie, untuk sunat syawal ada kesitimewaan sikit bila kita boleh gabungkan qada dan sunat.

    Bulan lain tak boleh..

    ReplyDelete
  11. banyak kemusyikilan pasal posa 6 serentak dengan posa ganti nie kan kak.....


    pssttt: kak..blog akak nie detect virus la..dari "iedaimmi.blogspot.com contains content from cutechubby82.blogspot.com, a site known to distribute malware. Your computer might catch a virus if you visit this site."

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah..terjawab sudah segala persoalan...

    ReplyDelete
  13. sya selalu gak bertekak dgn ofismate pasal ni...ramai suke gabungkan je...memandai amik jln mudah...

    baik la buat asing kan...
    lebih byk pahala nya..

    ReplyDelete
  14. @Myra Jay aah dik sama2 kita bantu membantu mana yg keliru kan :)

    ReplyDelete
  15. @Pepel BoNda AmaNi eh ye ke dikk .. huhuh mcm mana nak buat tuu .. akak bukak ok je nie ...

    ReplyDelete
  16. @mamaNoriz kita kena yakin dgn apa yg kita lakukan .. dosa atau pahala allah yg tentukan janji kita berada di landasan yg betul , sekurang2nya kita tidak jatuh sekadar tergelincir sahaja .. :)

    ReplyDelete
  17. aah kak sejak dari semalam lagi detect virus malware ke apa ntah tadi...

    ReplyDelete
  18. mmg kalau niat qadha dapat pahala niat posa sunat syawal..
    tapi baru ni plak dengar ada org niat posa 6 ja.. xniat qadha.. patut tu yg wajib dulu lah kan..

    ReplyDelete
  19. tq kak sbb share info ni :')

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...