Tuesday, September 20, 2011

hehidupan sempurna dengan IZINnya


salam semua

semalam dpt email dari kawan .. syukur semua ini adalah buat renungan kita bersama , moh baca dan yg pastinya ia amatlah baik dan semoga ia menjadi panduan kita melayari kehidupan ini .. :)


Gambaran Kehidupan Orang Yang Beriman

Hadith:
SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam".
Riwayat Ahmad dan Muslim

Huraian Hadith:

Pengajaran Hadith:
i) Kerjasama adalah kunci kejayaan dalam segala aspek kehidupan. Ia boleh mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan stabil kerana daripada kerjasama akan menerbitkan kemesraan berkomunikasi, kasih sayang serta saling bersimpati di antara satu sama lain. Bak kata pepatah cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit.

ii) Makhluk Allah adalah saling perlu memerlukan di antara satu sama lain di mana manusia tidak mungkin hidup tanpa alam persekitarannya dan alam persekitaran pula tidak akan membangun tanpa ada manusia yang mengusahakannya.

iii) Kejayaan Rasulullah s.a.w. melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dapat dijadikan contoh yang paling baik bagi mewujudkan suasana bekerjasama dalam masyarakat masa kini. Ia berpunca daripada sikap dan suasana positif yang dibentuk oleh Rasulullah menerusi pendidikan dan program motivasi yang berjalan secara berterusan sehingga wujudnya individu yang berperibadi mulia dan kukuh sehingga naluri kerjasama dan saling memerlukan itu berkembang subur menjadi satu tenaga yang mampu menggerakkan masyarakat Islam membawa perubahan besar kepada tamadun dunia.

sumber : JAKIM

ps : x tahu kenapa ada diantara blogger2 yg masuk sini kata ada malware , mcm mana ye .. akak x tahu sbb selama nie akak buka x ada masalah .. huhuh x pandai nie .. harap2 ada sesiapa yg pandai bab2 virus nie beri tunjuk ajar , apa yg harus akak lakukan .. huhu TQ 


9 comments:

  1. takzirah pagi2 ni yang buatkan idup lebih semangat

    ReplyDelete
  2. Semoga jadi panduan hidup kita yg kian mencabar..

    ReplyDelete
  3. Thx for sharing kak..
    Moga menjd panduan buat kita bersama..

    *x tau mcmana blh kena malware tu kak..tp skrg dh ok dh..dh dpt buka dh blog akak..

    ReplyDelete
  4. smoga jadik panduan buat seme...

    kakkk... cantik header baru... akak buat sdiri yer???? pandai akak... nak buat jgk, tp tak reti... huhu...

    ReplyDelete
  5. malware??
    saya buka ok je..:p

    ReplyDelete
  6. sbgai pringatn insyaAllah cuba damalkn ;D

    ok jenih, notebook sy ada antimalware

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak..

    trime kasih atas peringatan ini...

    p/s: sy bukak blog akak pun ok takde maslah....nasib baik la kan

    ReplyDelete
  8. malware tu mmg kita buka tak nampak apa2..bila org lain buka br nampak...
    salah satu cara nk buang malware ialah remove bloglist...sbb dia leh jangkit dr blog org2 lain yg kita duk buka tu....
    tu sbb g sampai skrg takde bloglist...duk terjah umah kawan2 ikut yg teringat kat kepala jek...

    tp g tak pernah lg jumpa malware kat blog k.ida ni..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...