Friday, September 9, 2011

Emosi anak TERGANGGU - AC oh AC


salam semua

alahaiii kasihan .. sedih bila baca .. inilah dunia artis , dan mgkin utk kita juga masyarakat luar yg akan alami bila penceraian terjadi .. cuma mgkin kita org2 biasa nie x kesah sgt pasal nafkah ini bila mana kita tahu kedudukan bekas suami mcm mana kan ..

tapi bagi syafnie ini , bekas isteri Ac mizal , sedih pula membaca bila tuntutan penceraian mereka yang melibatkan emosi anak2 yg sudah semakin membesar .. agaknya kalau akak jadi dia .. adakah akak akan lakukan perkara yg sama bila kita tahu bekas suami kita memang mampu dan senang lenang sekarang ... entah lahhh hanya allah yg tahu , pada akak kalau perkara ini melibatkan anak , sebagai ibu bapa x bolehkah diselesaikan dengan cara yg lebih baik .. utamakanlah anak2 yg sedang membesar itu ..

x takutkah kalau anak2 mula MEMBENCI @ tidak menghargai kita suatu hari nanti akibat kecuaian kita membesarkan mereka ..


Untuk pengetahuan anda, AC Mizal kini memberikan nafkah sebanyak RM300 sebulan kepada Shafnie untuk menyara anak mereka berdua. Shafnie ingin mengubahnya kepada RM3,770. Baca entri ini sepenuhnya untuk artikel sepenuhnya.

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Bekas ibu mertua pengacara dan pelakon, AC Mizal mendakwa anak perempuannya, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripadanya semata-mata untuk menampung perbelanjaan dua cucu lelakinya.

Rafiah Ab. Talib, 62, menerusi afidavit keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini, hari ini memberitahu anak perempuannya turut terpaksa menjual pelbagai barangan kepada rakan-rakannya bagi tujuan tersebut.

Menurut pesara itu, Shafnie terpaksa berpindah dari rumah yang disewa di Kota Damansara ke rumahnya di Kajang kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pembantu rumah.

Berhubung penghantaran anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 15, ke Sekolah Menengah Islam al-Amin, Bangi iaitu sebuah sekolah swasta yang berteraskan Pendidikan Islam, Rafiah dalam afidavitnya menyatakan: ”Muhammad Shafiq tidak mendapat bimbingan agama daripada ayahnya sejak kecil lagi, oleh sebab itu dia dihantar ke sekolah tersebut,” jelasnya.

Rafiah juga mendakwa, emosi dua cucunya akan terganggu apabila melihat laporan media yang menyatakan AC Mizal hidup senang-lenang kerana mempunyai sebuah syarikat menjual gelang tangan selain membintangi filem serta mengacara rancangan di televisyen.

”Muhammad Shafiq pernah mempertikaikan apabila melihat ayahnya memakai sepasang kasut berjenama ketika remaja itu hadir bersama ibunya ke prosiding mahkamah tahun lalu sedangkan dia hidup sederhana,” jelas Rafiah.

Rafiah dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berhubung kes tuntutan pengubahan nafkah anak yang dikemukakan oleh Shafnie, 35, selaku plaintif terhadap bekas suaminya, AC Mizal, 39.

Ketika sesi soal balas oleh peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal selaku defendan, saksi kedua plaintif itu menafikan isu tuntutan pengubahan nafkah anak terbabit difailkan selepas Shafnie bercerai menerusi perkahwinan keduanya.

Jelas ibu Shafnie, anak perempuannya itu pernah berkahwin dengan lelaki lain selepas bercerai dengan AC Mizal, namun beliau tidak mengingati bila tarikh pernikahan tersebut berlangsung.

lagi sepenuhnya DISINI



mengapa berlakunya penceraian .. sedangkan ia boleh dielakkan .. 

kerana jodoh  ?? 
kerana jodoh yg tidak berpanjangan ??
kerana takdir dari allah ?? 

kenapa setiap kali berlakunya penceraian ALLAH yg dipersalahkan ?? x paham lahh .. kerana allah memberikan kita akal dan fikiran utk kita berfikir secara tenang , selesaikan segala masalah dengan baik , ambil kira kepentingan anak2 dalam segala hal .. 

bukannya gaduh 2-3 bulan , kuar rumah tanpa izin suami , buat kenyataan dah x sehaluan sebulan lepas tuu buat tuntutan penceraian .. TERLALU MUDAH ! 2-3 bulan lepas ituuu KAWIN lain ... adeehhhhh !



25 comments:

  1. aduh sedihnyer... hmmm
    ps: akak nk order header baru? okeh.. emel eB eh?

    ReplyDelete
  2. tak patut betul ac bagi byk tu je nafkah, skrg perbelanjaan tinggi

    ReplyDelete
  3. 300 mmg xpatut..tp tulah,kite hanya tau citer luaran je kan..wallahualam

    ReplyDelete
  4. Kita hanya tahu dari cerita2 di akhbar - kisah sebenarnya hanya mereka dan Allah juga yang tahu.

    ReplyDelete
  5. susah nak cakap benda cam ni, satu je kalau jaga anak biar ikhlas, setahu akak ina perempuan tu bukan orang susah. belanjalah ngan berhemahkan.harta segunug pun tak cukup kalau hidup bermewah-mewah.

    ReplyDelete
  6. hmmm..ntah la kak...susah nak ckp..smoga kite2 kat sini amik iktibar ngan masalah dorang

    ReplyDelete
  7. - AC bli umah juta2 tau...xkan nafkah anak bagi RM300 je...tunggu je lah penghakiman di akhirat nanti...

    ReplyDelete
  8. kesian kat anak2 syafnie ni kan

    ReplyDelete
  9. Anak juga yg jadi mangsnya. Kesian dgn anak-anaknya...

    ReplyDelete
  10. biarkanlah makhamah yang selesaikan.

    ReplyDelete
  11. sgt kesian dgn anak2 dia hmm

    ReplyDelete
  12. kita tak tau apa sebenarnya terjadi dlm rumhtgga seseorang tu.. org boleh bg kenyataan apa sahaja...tp mereka yg tau hal sebenar..

    nak komen byk pun tak tau...sbb ai pun termasuk dlm kategori org yg pernah bercerai....


    tapi betullah tu apa yg diperkatakan.....seboleh bolehnya cubalah elakkan perceraian tu dr terjadi...

    ReplyDelete
  13. bila dah jadi macam ni anak2la yang jadi mangsa. kesian

    ReplyDelete
  14. apa pun cerita sebenar depa ni..
    memang tanggungjawab ayah untuk
    bagi nafkah pada anak2...
    tak kira la bercerai sebab apa pun..

    masa buat anak masing2 rasa seronok..
    tak kan dah bercerai anak terus dilupakan..
    ingat...kaya raya dan kemewahan itu pun satu ujian Allah..

    tak semestinya..
    bila Allah limpahkan kekayaan
    pada kita itu bermakna kita orang yang baik..
    sebenarnya Allah nak uji kita saja...

    adakah kita orang yang suka bersedekah..
    adakah kita jalan kan tanggungjawab kita dengan kemewahan yang Dia bagi..

    saya komen gini sebab saya pernah dengar dari mulut AC katanya "kalau saya ni bersalah kenapa Allah masih kurniakan rezeki yang melimpah pada saya.."
    pelik nya sebab dia ingat darjat dan kemuliaan diri di nilai dari harta yang melimpah..

    ReplyDelete
  15. sy kalau tya bab cerai berai nih mmg x der komen..hya mereka yg lalui shj yg tahu..

    ReplyDelete
  16. keluarga ema pun berpisah juga kak. ma dan abah masing2 dah ada keluarga sendiri

    ReplyDelete
  17. nk komen lebih2x kang bahaya...dunai artis...semoga dijauhkan penceraian

    ReplyDelete
  18. @diana setuju D .. semoga dia sedar dan ambil tindakan sewajarnya .. kita sama2 doakan dan jadikan semua ini iktibar buat kita ..

    ReplyDelete
  19. anak2 selalu menjadi mangsa pengceraian...tapi kalo bijak bertoleransi selepas bercerai....anak2 tidak rasa terganggu emosi....sian anak2.....

    bila dah ada anak2 ni mula sensitif bila fikir anak2 terabai oleh sikap org tuanye...

    ReplyDelete
  20. anak2 selalu menjadi mangsa pengceraian...tapi kalo bijak bertoleransi selepas bercerai....anak2 tidak rasa terganggu emosi....sian anak2.....

    bila dah ada anak2 ni mula sensitif bila fikir anak2 terabai oleh sikap org tuanye...

    ReplyDelete
  21. lama dah kan kak kes mereka ni..harap2 ada la jln penyelesaian nnt...

    ReplyDelete
  22. aiyooo makin lawa la shafni nih..tp tudung plak makin x cukup kain hihihi

    igtkan kes ni dh habis..x setel² jgk..mungkin 3k+ tu AC rs byk gile kot..tp rm300 tu terlalu ciput la AC..nk byr yuran sekolah al-amin pun x cukup tu..adoii lah..org laki mmg la, mostly mcm tu.dh ada bini baru, lupa anak bini yg lama huhuhu

    ReplyDelete
  23. anak2 yg jadi mangsa keadaan...kesian kan..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...