Tuesday, September 27, 2011

di jerut leher - APA NAK JADI


salam semua

ya allah sedihnya dgn berita pagi2 nie .. akak tahu jugak pasal budak syafiqa nie .. dia hilang since 16 september lalu .. mcm dah agak2 je akak nie .. rasanya budak nie x selamat .. huhuh betul jangkaan akak ..
 
x sangka mangsa mati dlm keadaan di jerut di leher .. sedih dengan kejadian ini .. billahh semua ini akan berakhir kan .. anak2 skrg dah selamat terutama bila berada di luar ..


KUALA KANGSAR: Kanak-kanak berusia 11 tahun, Nur Shafiqa Ismail, yang dilaporkan hilang pada 16 September lalu, dijumpai mati dibunuh di kawasan ladang sawit Kampung Langkor, Kati, Kuala Kangsar, di sini, pagi tadi. Mayat kanak-kanak itu ditemui pada jam 10.30 pagi oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit itu yang kemudian memaklumkan kepada majikannya sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad, berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan jerutan di leher. “Ibu mangsa mengesahkan mayat itu ialah Nur Syafiqa ketika membuat pengecaman di tempat penemuan mayat itu di ladang berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat Nur Syafiqa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. Pemilik ladang kelapa sawit berkenaan yang enggan identitinya disiarkan berkata, mayat itu ditemui seorang pekerjanya ketika mahu membersihkan ladang.
Ketika ditemui, katanya, mayat berkenaan berada di bawah tebing tanah berbukit di ladang itu dengan ditimbus daun kelapa sawit kering.

“Pekerja itu memberitahu perkara terbabit kepada saya sebelum kami melaporkan kepada polis,” katanya. Nur Shafiqa yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar sejak awal Januari lalu selepas ibu bapanya berpisah.


ps : sehari dua berakhirlah syawal .. huhuhu terasa mcm sekejap sahaja kan .. semoga kita dpt lagi berjumpa di syawal akan dtg .. insyaallahh .. pagi2 nie akak ada lawatan dari program DDR UTM .. soo selepas nie baru dpt nak BW ... winduu kat uolsss :)


33 comments:

  1. uwaaaaa takutnyer
    mesia dah x safe la
    dulu leh main kat luar tanpa takut now nak kasi anak main pow dah seriau....sori kaka lama x terjah sini since blog akak kena virus malware tue...nasib baik akak dah remove sebab selalu terjah x leh masuk bc n3 :(

    ReplyDelete
  2. aduh...sian budak tu...terseksa care mati die...alfatihah....semoga pembunuh dpt balasan yg setimpal...

    ReplyDelete
  3. skrg ni kes bunuh kat malaysia dah makin menjadi2..hurmm..

    ReplyDelete
  4. dh agak budak tu kena bunuh..pe la nk jd gdn dunia ni..huhu

    ReplyDelete
  5. tu la kan kak skang ni macam2....sebab tu ratu rase puas hati bila benti keje n bg spenuh perhatian pd anak2 terutama pegi n amik skolah.mmg tak pernah lepas dorang naik van ke apa.risauuuu...

    ReplyDelete
  6. kesian.. sapa pulak yg nak jerut2 budak tu kan.. ke org tu ada niat lain...

    ReplyDelete
  7. sedih dengan manusia sekarang nie......x berperikemanusiaan langsung.....huuhuuu

    ReplyDelete
  8. ya allah..kalau dengar cerita mcm ni..teringat anak saya..risaukan kak..

    ReplyDelete
  9. ni kj org yg t.de iman btuhankn setan smata2

    geram!

    smalam t.smpat nk tngok brita spnuhnya kes sorang bdk llaki univsiti mn ntah bunuh sorang plaja dlm cubaan mrogol

    ya Allah apa nk jadi dgn llaki skrg nih

    ReplyDelete
  10. Kesiannyaa.. sapa laa yg durjana tuh..sanggup..bunuh budak tuh..geram laa jugak..budak kecik tak besalah tuh jadi mangsa.. Moga menjadi iktibar pada ibubapa yang lain.. jugakk

    ReplyDelete
  11. dunia dah tunggang terbalik...manusia lebih hina dari binatang....

    ReplyDelete
  12. dengar jugak berita kat radio tadi...semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya

    ReplyDelete
  13. bahaya keadaan dunia skrg..peringatan utk kita-kita..x kirala kecik atau besar,laki atau pompuan kan kak.. :)

    ReplyDelete
  14. siannye..
    kes bunuh semakin menjadi..hari2 dgr berita..ada jer kes bunuh..takut..

    ReplyDelete
  15. zaman skrg ni dah x slmt utk budak2...ingat lg ms sy kecik2 dulu berjalan kaki atau naik basikal sorg2 ke sekolah x heran pun xde sape nak kaco tp skrg ni anak2 main dpn rumah pun dah risau sbb sekelip mata jer mcm2 bole terjadi...alFatihah buat arwah nur shafiqa

    ReplyDelete
  16. masya-allah..skrang nie macam2 perkara buruk yang berlaku kan..malaysia semakin terancam...menakutkan...

    ReplyDelete
  17. sedihnya kak... dah sebaya dgn anak saya tuh...
    makin tak selamat skrg nih..
    sbb tuh saya skrg mmg x bg anak saya pi kedai atau mana2 sorg2...
    takut....

    Al-Fatihah buat arwah dan takziah pd kluarga mangsa...

    ReplyDelete
  18. Allah..sampainya hatiiiiiii :(

    Al-Fatihah..,moga roh mu di cucuri rahmat Allah swt.

    ReplyDelete
  19. takuttt dgr berita mcm ni kan akak... skrg ni mcm2 hal boleh trjadi... moga di jauhi perkara tak baik mcm ni... aminn...

    alfatihah buat dik syafiqa yang tak berdosa tu...

    semoga orang jahat tu dapat ditangkap dgn segera...

    ReplyDelete
  20. syurga buat adik syafiqa

    ReplyDelete
  21. sedihnya..
    alfatihah buat adik ni..
    moga pembunuh adik ni cepat ditangkap..

    ReplyDelete
  22. Al-Fatihah utk arwah. Sedihnya baca. Macam² kes lah skang nih. Apalah motif budak sebesar tu di bunuh. Smoga anak² kita sentiasa di bawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
  23. saya ada jugak dengar tadi , semoga keluarga mangsa tabah menghadapi semua ini...

    ReplyDelete
  24. al-fatihah....

    risau kan dgn ank2 kita skg ni...nak main2 kat luar pun dah jadi risau kan...

    ReplyDelete
  25. nauzubillah..semoga dijauhkan drp perkara tak elok terkena pada kita dan family...amin...

    ReplyDelete
  26. kak, mintak email...saya nak send no fon saya...

    ReplyDelete
  27. nauzubillah..semoga negara kita senantiasa berada di bawah lindungan NYA

    ReplyDelete
  28. ya allah..sedihnyer...
    mnusia kejam di dunia ni bleluasa...
    smoga bidadari syurga ini tenang di sana..amin

    ReplyDelete
  29. ya allah!!! kenapalah makin banyak binatang2 berwajah manusia zaman skrg ni kak.. Peliharalah anak2 kita dr perkara2 tak elok mcm ni.. Nauzubillah!!!!

    ReplyDelete
  30. psl aper eh? aper la slh si comei tuh... nauzubillah

    ReplyDelete
  31. mana la pegi kemanusiaan skang ni.. ish..

    ReplyDelete
  32. skrg ni di mana2 pun bahaya...riso la anak2 duk main2...kita takde...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...