Monday, September 12, 2011

bila BAYI jadi barang dagangan !


salam semua

ya allahhh kalau x nak bagilah pada org !!! ramai kawan2 , adik2 , kakak2 dan wanita2 di luar sana yg memerlukan anak peneman hidup , yg belum mampu untuk mempunyai anak .. sedih lah mcm nie .. apalahhh dosa budak2 nie .. kenapa nak jual !! dah teruk sgt dan kesusahan sgt ke ?? huhuhuh apalah dosa kanak2 secomel Iman dan Abang ini .. 

sedih dan mengalir air mata akak ..
kalau uols nak tahu boleh dikatakan bersusun borang2 untuk mengambil anak angkat di mana2 pusat jagaan anak2 yatim di seluruh malaysia , semua mereka menanti penuh sabar untuk mendapat giliran mendapatkan kelulusan utk mengambil anak angkat . 

 Sebagai ibulah kann naluri akak x sampai hati nak memperdagangkan anak2 darah daging sendiri .. melihat wajah mereka meruntun jiwa akak ... tapi tulah walau dlm apa jua keadaan sekalipun kalau x berupaya usahalah untuk cari kerja, jgnlah jual anak !!!


Iman dan Abang diselamatkan daripada dijual dalam Operasi (Ops) Cinta Sayang yang dijalankan oleh Unit Anti-pemerdagangan Orang Bukit Aman dibantu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam satu serbuan tahun lalu.

Selain itu, Polis turut merampas sijil lahir Iman dan wang tunai RM21,000 dipercayai dibayar oleh pasangan suami isteri yang ingin membeli bayi berkenaan. Kasihan pada Iman apabila hampir menjadi mangsa sindiket penjualan bayi di klinik tersebut yang dipercayai menjalankan kegiatan itu lebih sedekad lalu.

Dengan nilai RM21,000, Iman seolah-olah dijadikan barang dagangan. Kemungkinan Abang yang turut berada di klinik yang sama dalam serbuan tersebut pastinya bakal dijual pada harga yang sama, kurang sedikit atau mungkin lebih daripada jumlah itu.
Difahamkan, bayi yang dijual di pasaran gelap memberikan pulangan begitu lumayan berikutan permintaannya yang tinggi. Di Malaysia sahaja, bayi dijual pada harga serendah RM10,000 sehingga mencecah RM20,000 seorang.

Sama ada ibu bapa Iman dan Abang atau pihak klinik itu, kesemuanya tidak berhati perut, bersikap zalim kerana mahu memperdagangkan bayi-bayi yang tidak berdosa.

info : mstart online


22 comments:

  1. sesnsitif ngan isu2 gini :(

    ReplyDelete
  2. ya allah!! giler ke apa depa ni? org setengah nyawa nak kan anak.. yg sakit ni pun kalo boleh dibagi peluang nak lg beranak.. ini deme.. main jual2 anak.. kenapalah Allah bg deme ni sihat senang je nak beranak.. yg kita ni diduga dgn sakit yg macam2 menghadkan kita nak beranak lg.. uwawawawawa ina sangat2 teremosi.. dah le mood tak berapa nak strait ptg2 ni.. ;(

    ReplyDelete
  3. bodoh punyer manusia kan kak

    tak nak, kasi kat kite

    kite punyer tak berenti berdoa moga dapat zuriat... dorg senang nak jual

    ReplyDelete
  4. ya allah...
    sedihnya.... ank tu kan anugerah allah utk dijaga... kalo x dpt tunaikan anugerah tu...knp gatal nk beranak???

    tgk la..lya sntiasa mgharapkan keajaiban utk bpluang menjaga anugerah allah.. tp mrk y dpt pluang tu,.. xhargainya...

    ReplyDelete
  5. ada anak pi buang..
    ada anak pi jual..
    giler ke apa orang2 sekarang ni..
    ??

    ReplyDelete
  6. tu la masalahnye kak..kalau takde yg nak beli takkan ada la yg nak menjual n vice versa..masalahnye manusia skrg iman makin luntur, jiwa makin kotor..nauzubillah

    ReplyDelete
  7. binatang lebih syangkan anak

    ReplyDelete
  8. memang tak tau nak ckp lagi tentang isu nie..kesian..kanak2 yg jadi mangsa keadaan....

    ReplyDelete
  9. iskiskisk, x baiknyer kan..... sian anak2 x bersalah jadi mangsa.....

    ReplyDelete
  10. teringat cita kasih alia...huhuhuhu diorang nie senang sangat gamaknya nak bersalin kan...

    ReplyDelete
  11. mak ayh mmg dah sah sah mental..yg pihak2 len tlg mudahkan keje dorg ni lagiiiiii mental..hehh! bila duit jadi taruhan..hati jd buta sumenye..grr~ =.=

    ReplyDelete
  12. apa punya org la.. hati kotor

    ReplyDelete
  13. sekarang buletin utama pun tengah siarkan isu perdagangan manusia... sedih plak bila tengok...

    ReplyDelete
  14. sebab tu ramai je skang ni diorang dok buat anak..huh

    ReplyDelete
  15. aduh! manusia zaman skrg suka2 hati aje -.-'

    ReplyDelete
  16. itulah yg terjadi apabila manusia meletakkan duit sbg 'berhala' ( yang mereka sembah) mereka..

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. manusia dah menghargai duit lebih dari nyawa. sanggup ibubapa budak tu jual anak kerana nak dapatkan duit. manalah pegi kasih sayang seorang ibu.

    ReplyDelete
  19. tak suka bace isu ni..sensitif dan emosi...sebab naluri ibu tersentuh :(

    ReplyDelete
  20. walaupun nk sgt anak..
    tp tak sampai ati nk beli
    anak!

    ReplyDelete
  21. dorg buat anak mmg untuk jual kot.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...