Wednesday, September 28, 2011

alhamdulillah capai kata SEPAKAT ~ HANTU BONCENG OH bonceng


salam semua

haa mcm tuu lah .. ini yg seronok dgr kan .. apa yg di baca jadikan renungan bersama .. hal2 mcm nie kalau di bawa berbincang duduk bersama kan bagus .. senang ati bila baca .. x gaduh2 dah kan .. kita masyarakat yg tgk punnn x teragak2kan .. :) ok lah tuuu suke cara ahmad idham nie .. beri penjelasan mcm nie .. 

harap2 lepas nie x ada isu lagi dan peringatan juga buat semua producer2 dan pengarah2 , lepas ini semua ini tidak boleh diambil mudah dan kena make sure ustaz2 @ alim2 ulamak yg pergi pra tonton tuu betul2 lihat .. takut2 mereka ketawa x hinggat dunia .. ekkekek sbb mereka punnn manusia biasa .. adakalanya TERLEPAS PANDANG ! ye takkk :))


Isu 'Hantu Bonceng' Selesai, Pemuda PAS Puas Hati


PETALING JAYA: Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.
“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.
“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.
Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.
Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".
Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan 

Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Idham turut berkesempatan memberi penerangan kepada DPP berkaitan senario industri perfileman tempatan. 
Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana ia sudah diselesaikan dalam pertemuan berkenaan.

sumber : hmetro

ps : petang nie nak buat roti totilia ... harap2 menjadilahhh .. x sabar nak balik umah .. lalallalala

10 comments:

  1. Buang yg keruh ambil yg jernih.. Alhamdulillah!! ;)

    ReplyDelete
  2. sedap je bunyik roti totilia tu kak ieda..nanti post entry ye :)

    ReplyDelete
  3. roti totilia tu ape kak????

    ReplyDelete
  4. jat pun nak balik awal,tp xdpt ag nk blik ni kak.

    kak,x g ke era gemilang buat open house?

    ReplyDelete
  5. skrg ni buat filem kena hati2...semua aspek orng akan cari kesalahannya, demi untuk memartabatkan filem tu jgk kannn..
    ok la tu

    ReplyDelete
  6. @zati embong gi dik .. dlm kul 4.30 tadi akak gi .. ingat jumpe jat kat situ :)

    ReplyDelete
  7. @exora tul tuu kena hati2 .. harap2 industri kita lebih peka leps nie :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..seglanya dh baik

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...