Tuesday, September 13, 2011

ALFATIHAH buat anakanda kepada SAFURA


salam semua

terperanjat dgn berita kematian anak perempuan pelakon dan penyanyi kegemaran akak SAFURA ini .. takziah buat dia dan suaminya .. akak memang minat habis dengan safura & shahrom nie .. sedih bila dia terpaksa redho dengan kehilangan anak perempuannya yg berusia 3 tahun , sama usia dengan zahrien huhuhuh

harap sgt2 safura dan suami tabah dlm hadapi situasi begini dan semoga arwah adik MARIAM dicucuri rahmat oleh allah yg maha esa , relakan persemadiannya dengan tenang .. aminnnn

al fatihah

KENANGAN...Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri) dan Yusoff Firdaus menjayakan satu program televisyen sempena Aidilfitri Ogos lalu. Foto: Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu.

Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon. Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.

“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.

“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.

“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.


“Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak. Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.


Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.

Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan.


sumber : metro online



yang menyakitkan & menyedihkan hati akak , DR punn x dpt nak detect sakit apa arwah ini , bagi ubat sahaja , x der pemeriksaan susulan dan demam arwah panas berterusan selama 3 hari .. kalau akak panas seharian punn dah risau, tuhan sahaja yg tahu .. tapi itulah .. dah ajal dia begitu , tapiii kita kena ingat walau kematian itu ketentuan allah , kita sebagai hambanya kena berusaha dlm segala macam hal , bukan hanya berserah semata2 , tidaklah nanti perkara2 mcm ini diambil mudah oleh orang2 yang bertanggungjawab . 
( sikit emooo bila baca pasal budak2 kecik nie huhuh sowiii ya )



36 comments:

  1. terkejut jgk nih kak...
    yerlah x pnah dgr anak dia sakit sblom nih...
    apepon hrp safura dan suami tabah...
    smoga roh arwah dicucuri rahmat..
    Al-Fatihah....

    ReplyDelete
  2. mmg emo kak kalo dh jadi mcm ni...

    al-fatihah..

    ReplyDelete
  3. al-fatihah
    sedihnya
    demam berpanjangan memang merisaukan semua ibu

    ReplyDelete
  4. al fatihah..sayu dgr..semoga safura dan suami tabah menghadapinya..

    takut gak dgrnya..demam je mula2 tu..huhu

    ReplyDelete
  5. al fatihah...

    is takut kan sis, demam jek puncanye....dah bawak spital pun sebelum ni....kene hati2 la kan kalo anak demam...jgn amik enteng jek...bagi ubat pastu dah....pengajaran jugak ni buat parents.....harap safura tabah...bidadari syurga dah menanti die kat sane...

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah...semoga safura & suami tabah dgn ujian Allah ni kan, yelah cuaca skrg ni pun xmenentu...tu salah satu faktor jugak tu...dgn jerebunya lagi, udara pun dah tak bersih :(

    ReplyDelete
  7. al fatihah..terkejut & baru tahu bila baca kat sini..
    semoga safura & family tabah..
    demam nie memang tak leh bawak main..arwah adik ayu dulu pun meninggal sbb demam panas

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah

    Ya Allah..memang pedih utk terima kenyataan ini..moga safura tabah...

    betul tu kak,kalau suhu anak naik cukup risau :(

    ReplyDelete
  9. dapat pun baca berita ni kat sini.. jgn main2 kalo anak demam kan.. al-fatihah..

    ReplyDelete
  10. sedihkan.. semoga ini semua jadi pengajaran buat kita semua..
    al-fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  11. Al-fatihah...Syurga Tempatnya yg Hakiki....

    ReplyDelete
  12. bila bercerita bab kematian anak , akak terkedu, sebab dah lihat cam mana arwah mak cam hilang arah, jatuh sakit, setahun kemudian meninggal dunia selepas kematian abang. akak rasa semua ibu dalam dunia tak sanggup kehilangan anak. Semoga Allah SWT memberi kekuatan tuk safura menghadapi dugaan yang berat ni.

    ReplyDelete
  13. pagi tadi pow ai update status pasal ni kat fb...moga safura tabah kehilangan anak secara tertiba ni

    ReplyDelete
  14. Al-Fatihah utk arwah..semoga dicucuri rahmatNya..

    ReplyDelete
  15. terkejut juga kak.. tantang anak2 memang sensitif.. moga safura tabah..

    ReplyDelete
  16. terkejut saya dgr citer ni kak..alfatihah buat arwah mariam...

    dah la saya tgh risau gak ni, anak saya si adik tu pun tgh demam gak tu..huhu...nauzubillah...

    ReplyDelete
  17. al-fatihah...dariNYA kita datang..kepadaNYA kita kembali..ya allah beratnya dugaan bila kehilangan anak kan..huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. ya allah..risau jugak kalau budak demam lama2..harap keluarga safura tabah la..mesti pahit untuk ditelan..

    ReplyDelete
  19. Bila berkaitan anak anak kecik ni..memang kita akan sedikit emo. Terkejut dengan berita ni...al-fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  20. ish mmg kesian la..3 thun baru..bahaya demam panas ni..tu pasal jgn take for granted..sy klu aQeel demam je mmg risau giler...xkisah la klu org ckp over ke ape..janji ank slmt..

    ReplyDelete
  21. Al-Fatihah

    tak dapat nak rasa..bila hilang secara mengejut beginikan kak

    ReplyDelete
  22. alfatihah.. yg pasti syurga menanti.. semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan dariNya..

    ReplyDelete
  23. alfatihah.. yg pasti syurga menanti.. semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan dariNya..

    ReplyDelete
  24. Al-fatihah..

    tu la kak.. dah la comei sungguh anaknya tu.. secantik namanya jugak..

    teringat anak2 sendiri.. harap2 mereka tak demam lg la hari ni.. memg tak boleh tido ena bila teringatkan anak2 yg tak sihat.. melekat je la ngan dorang..

    ReplyDelete
  25. @Ena aah kan ena .. ena tuu anak2 x sihat kan , x per dik kita doakan sama2 ..
    ibu manalahh yg x sayangkan anak ..

    lebih sayangkan anak dari nyawa sendiri kan huhuhu

    ReplyDelete
  26. Innalillahiwainalillahirojiun..

    minat jugak ngan safura ni.. tekejut dengar cerita nie... sedey jugak coz masz pon ada anak kecik kan..

    al-fatihah

    ReplyDelete
  27. al-fatihah
    kesian anak dia
    sbg mak mmg geram la sbb doc xdpt detect ape sakit anak dia
    gitu la doc, kalo malas nk check details dia kabo demam biasa jek

    ReplyDelete
  28. sedihnya saya rasa...
    anak yang mengisi hari2 kita tetiba tak de..
    alahai..
    saya tak kuat nak tempuh gini..

    Al-fatihah..
    Allah lebih sayang kan dia...

    ReplyDelete
  29. allahuakbar... sedihnya kak... tgh keletah ni kan..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...