Friday, August 12, 2011

ketenangan PENGHULU SEGALA HARI di rasai


salam semua

suka utk akak share info nie .. akak google pagi2 nie .. alhamdulillah sekurang2nya dpt memberikan sedikit panduan dan rujukan kita bersama ... kita semua adalah insan yg lemah , selagi kita bernyawa kita akan sentiasa buat salah , belajar dari kesilapan mengajar kita erti kedewasaan , aminn semoga allah memberkati kita dan memberikan kita petunjuk dan sabar dengan dugaan darinya dan didlm menghadapi segala rintangan ini .

Tekanan Dan Pekerjaan

TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.
Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

PUNCA-PUNCA TEKANAN DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan
Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya 
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja


7 LANGKAH MENANGANINYA 

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
  • Bersikap positif semasa melakukan anda
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
  • Merasa seronok bekerja
Rancang Kerja Anda
  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting
  • Jangan bertangguh
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
  • Mengagihkan kerja dengan baik
Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
  • Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
  • Ambil tindakan secara wajar
Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur
Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda
Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Tanda kita sebagai hambaAllah di uji macam-macam kerana Allah S.W.T kasih akan kita. Insan Allah,Masa Senang Selalu ingatkan Allah,Semasa Insan Allah Di kala susah kita selalu ingat Allah.Masa senang kita syukur kepada Allah,Masa susah,kita sabar dan Redha dengan Allah .
 Ucapkan Masa kita terkena Musibah("Ina-Lill-llah Wa ina ilahi rajiun"!).

Solatku,hidupku,Matiku Hanya kerana Allah!.

Allah SWT menguji kita di dunia supaya kita di ampunkan dosa-dosa besar kita,Menambah lagi pahala-pahala
yang tak terhingga,dan menaikkan martabat derajat kita di Sisi Allah.



15 comments:

  1. saye ada jugak konflik kak ngn member opis.tp lelaki,bengang sbb dye selfish giler.

    ReplyDelete
  2. Assalam Dik Ieda, Nikmati ketenangan ini Dik...& Syukuri rahmatnya...Amin!

    ReplyDelete
  3. kat opis mmg mcm2 kak,izan pernah rasa..politik opis paling byk huhu

    ReplyDelete
  4. cantek ar umah baru akak... :)
    ps: betol tuh, kalo tmpt keje x best, x der keje pn stress jerk jan? hu2

    ReplyDelete
  5. semoga akak tenang-tenang selalu :)

    ReplyDelete
  6. ema punya kerja rileks saja..tp kalau jenis yg bagi kerja last minit..mulalah nak angin satu badan...

    ReplyDelete
  7. beselah kt stress kt tmpat keje..
    dan paling tak suker ader jenis bodek kt opis...
    menciiii....

    ReplyDelete
  8. Konflik sesaman opis mate....tak suka opis mate yg berkira bila bekerja...mahu ditolong tp tak mahu menolong...haihhh...

    ReplyDelete
  9. keje ai senang

    kalu stress pun hanya seketika

    hilangkan stress dengan BW

    hehehe

    ReplyDelete
  10. kerja jat xpernah xde tekanan kak.huhu.sehari msuk kerja xpernah rasa aman tau.

    sobsob sedih.

    ReplyDelete
  11. mana2 pun ada cabaran kan kak. byk org byk ragam..redha je lah..huhu..

    ReplyDelete
  12. so far lieya kat tempat keje okey lagi kak....tensen pun pasal org..bukan kerje eekekeekek.....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Ieda

    info yg menarik

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    ReplyDelete
  14. ado lg tu yg tertingal kak ..

    TERDAPAT PONTIANAk aka PUAKA kt opis2..

    emm tu salah 1 punca tekanan kt opis yg ku alami now, but akan berakhir insyallah lepas pose ni

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...