Monday, August 1, 2011

akhirnya BERPISAH jua ...


salam semua

pernah terdetik di hati akak perkara begini akan terjadi sewaktu membuat entry mengenai Nora Danish mengucapkan terima kasih buat APEX .. ingat lagi tak ??

hermmmm betullah apa yg terdetik di hati akak berkenaan hubungan mereka .. sewaktu itu mulut hanya boleh mengatakan agar mereka berdua dapat mencari jalan penyelesaian yg baik .. 

namun semua itu tidak menjadi kerana APEX akhirnya mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah pun memutuskan pertunangan dengan ELIA aka jejari runcing ini ... hermmm teringat dengan sesi perbualan akak , mummy harraz dan balqis petang gather2 kami di taman gelora kelmarin petang .. hermmm silap hb mereka putus tunang .. terkejut bila baca berita pagi2 nie .. hermm sah sudah mereka putus ! ...



petikan dari kenyataan 

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.” – MyMetro




TINGGAL KENANGAN...Elia (kiri) hanya mengetahui kisah putus tunang menerusi kenyataan Khairul dalam Metro Ahad, semalam.


hakikatnya APEX memang x nak terikat dengan mana2 wanita .. sah2 dia dah cakap dia nak tumpukan pada kerjaya .. hermmm mcm2 hal kan .. 

ini lah dia manusia .. bertindak sebelum berfikir .. dan kemungkinan juga keputusan bertunang dengan elia itu dibuat demi menjaga nama baik keluarga kedua pihak .. dan x mahu dikatakan melupakan asal usul @ sebagainya .. tapi bila perkara ini terjadi dan tiadanya kesabaran dari ELIA sendiri , pastinya ia tidak disenangi oleh APEX almaklumlahhh org tgh naik skrg nie .. 

sepatutnya elia x mudah melatah dan membuat kenyataan yg boleh menguris hati APEX .. just relaxxxx dan slow down dulu .. kebetulan APEX tgh sibuk dengan operasi yg amat2 getir sewaktu itu .. x sepatutnya ELIA mengeruhkan lagi keadaan dan keserabutan APEX specially kenyataan dlm FB .. ramai wooo boleh baca , pastinya peminat APEX x suke kan huhuhu... 
( sorry ini adalah pandangan peribadi akak .. )


23 comments:

  1. hubungan mereka tertulis hanya sebagai bekas tunang....better dari divorce nanty...apa2 pow both tabah..

    ReplyDelete
  2. ye la kak, saya pun rasa mcm tu. mungkin apex terasa ape yang elia cakap dlm fb. mesti la apex sentap.. kesian jugak kat memasing.. takpelah, ada jodoh.. bertemulah semula.

    ReplyDelete
  3. komen saya cuma satu kak...kalu takut dilanda ombak...jangan berumah di tepi pantai...

    ReplyDelete
  4. setuju tuh kak... saya pon x stuju bila elia hebohkan dkt fb... ramai yg blh baca kan??? sepatutnya berbincang dgn tertutup...
    dan elia jgn cpt melatah sbb apex tuh ramai peminat...
    apepon mgkn bkn jodoh diaorg..
    mgkin masing2 akan dpt pasangan yg lebih baik pasnih...

    ReplyDelete
  5. LA...X DAPAT DISELAMATKAN LAGI????alamak NM02 apa yg elia cakap kat fb tuh....eiiii nyibuk jer I nih....apapun ...harap yang terbaek untuk mereka berdua...jika ini lebih baik mereka berdua berpisah....erm...berpisah jua...apapun APEK..U memang MATURED la...walaupun masih muda...Jadilah superman Gawang paling cool. ok...

    ReplyDelete
  6. bagi Ayu dua2 muda lagi la kak..
    Apex baru nak mula kan karier dia, Elia plak maybe ter over jelaous..ntah la...bukan jodoh kot...
    ataupu kalu ada jodoh, nanti ok balik..

    ReplyDelete
  7. betul tu....Elia patut bersabar....belum kahwin dah dedah sana sini memberontak kat facebook....hmm tapi baik putus sekarang daripda putus bila dah kawin kan?...

    ReplyDelete
  8. itu namanya tiada jodoh antara mereka,
    kalau dah x der jodoh tue,
    mcm2 lah yg akn berlaku...
    tapi andai mmg tertulis itu jodoh mereka,
    walau 10 thn,
    mereka akn disatukan semula...

    apapun doakan yg terbaik jugak utk mereka:)

    ReplyDelete
  9. wpun tu penamatnye, tp kite doakan jela yg tbaik utk masing² kn...

    ReplyDelete
  10. mmg dh agak dorg putus bukan sbb org ketiga..tp sbb statement elia kt fb..tp ye lah org kata manusia mana yg xlepas dr buat silap kn..mebi time tu elia tgh mrh sgt, and lupa diri dia diperhatikn sbb tgh glemer..hope mende ni jd pengajaran buat dia and sume org kt luar sana..jgn duk emo emo kt laman sosial sgt..=)

    apa² pon kita doakan yg terbaik utk dorg..mana tau apek still nk kawen dgn elia..amin~ =)

    ReplyDelete
  11. tak pe..
    muda lagi..
    perjalanann masih panjang,..
    jadikan pengajaran..

    ReplyDelete
  12. tu la, sedih jugak kalo duk tempat elia..
    masa susah dgn kite, senang lupa diri..
    apepun, semoga masing2 dpt pengganti yg lebih baik, ada hikmah disebaliknya.. =)

    ReplyDelete
  13. hmm hanya Allah yg mengetahui kebenarannya kan kak =)

    selamat berpuasa kak.

    ReplyDelete
  14. kalo ada jdoh..insyallah akn btaut kembali.. cuma buat msa skarang biarlah dia fokus pd kerjaya...

    ermmm... tp kan.... fain jd suami lya msa umur dia 22 thn..sama dgn KF ni... smuanya bgntung pd diri..

    ReplyDelete
  15. klu dh mcm tu skali elia buat statment kt fb...yg ble dbaca oleh semua org, sbgai lelaki..meme fahmi perlu bertindak...n mbe ini kptsn terbaekk buat mereka...

    ReplyDelete
  16. tuela kan kak.. farah pn ada juga cerita2 dengan kawan2 kot2 drg ni putus tunang, sekali betul laa.. kalau ada jodoh tak kemana kan?

    ReplyDelete
  17. dh tak ada jodoh..
    drpd bercerai berai bila dah kawin nnti..biarlah putus tunang.

    ReplyDelete
  18. ieda..
    ayu baca blog elia.. dia mmg tabah..
    dia lagsung buat tak tau jer.

    lihat gambar pertunangan mereka ala2 arabiah..
    sedih pulak...
    moga itu keputusan y terbaik,,

    ReplyDelete
  19. @exora yang menanggung akibatnya .. hermm si elia nie lahh ..
    menyesal x perlu sudah kan ..

    ReplyDelete
  20. baru kite gosip2 hari tu kak kan..biar la andai itu jalan terbaik..

    ReplyDelete
  21. betul tu..
    fb bukan tempat luahkan perasaan..
    public tu..semua org baca..

    apa-apa pun kena duduk berbincang..
    tak boleh lawan tunding jari..
    mesti ada salah faham sebenarnya :)
    wallahualam.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...