Tuesday, July 12, 2011

uikkk HARAM tu !


salam semua

hermm baru tadi baca pasal cicak nie .. akak pernah dengar kisah cicak nie yg dikatakan amat popular oleh org2 ulu .. mereka menangkap cicak ini kerana permintaan yg tinggi utk perubatan .. adoiiii akak geli sbnarnyaaaaaa haaa tub2 bila baca artikel nie lagilahhh geli huhuhuh



PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram. Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. “Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual. Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam. “Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya.


ya betul lah seperti yg akak jangka .. akak dgr pun benda yg sama .. ia di jual kerana faktor perubatan yg sgt2 popular skrg nie .. sehingga pernah terdengar perbualan hubby dengan sepupunya .. 

dia diajak oleh sepupunya utk ke hutan mencari cicak ini .. tapi masa tuu hubby x nak sbb dia dah lama x ke hutan ( sblm2 nie dia selalu ikut kawan2 berburu .. ) dan masa tuu pun akak larang sbb akak x suke .. mendengarkan perihal cicak nie punnn akak dah geli huhuhuh



sumber : mstar online



Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT


25 comments:

  1. hehe... sy baru je nak gi carik... hehe.. haram la pulak ye kak?

    ReplyDelete
  2. amy pernah dengar pasal cicak nie , memang nilai di pasaran tinggi tapi x tahu pula ianya haram..nie baru taw...

    ReplyDelete
  3. betul 2 kak,kdg2 bnd2 yg cpat kaya tp amik risiko manalah x risau kan.

    ReplyDelete
  4. fatwa baru dh kuar ye..aritu hukum dia dikatakan harus jika btul utk mengubati penyakit..wallahu a'lam

    ReplyDelete
  5. haram rupanya..tgk pun geli.klu halal pun mmg takkan guna kan sis?

    ReplyDelete
  6. baru lepas baca tadi dalam e-fatwa. :)

    ReplyDelete
  7. baru ila tahu haram pasal cicak neh..

    ila pun geliiiii kak...tengok badan dia..arghh...larikk..ehhe

    ReplyDelete
  8. cicak ni bley buat duit..hohoo...
    kan penah pemes kan

    ReplyDelete
  9. org tganu panggil pokke..haram ek? xtau la pulak..heheh

    ReplyDelete
  10. ieda..kalau dah cicak tu tetap cicak kan..memang geli..

    ReplyDelete
  11. smlah kak
    abg ipo el ritu beriya nak g tangkap cicak ni...smpi la ni diam je hahahaha...

    ReplyDelete
  12. aka tgk pun geli walau dlm gambr..huhu..real punya lom penah tgk..

    ReplyDelete
  13. sy pun geli..tp tau cicak ni punya nilai yg sgt tinggi..

    ReplyDelete
  14. selamat awe tak taksub ngan cicak tokek ni sebab ada pengalaman ngeri ngan cicak..hehe

    ReplyDelete
  15. geli nya tgk..tambah nak makan..eiii

    ReplyDelete
  16. k.ieda skang nie mmg x leh jual beli open lg dah.Tp kn kt selayang dkt ngan umh julia nie ade sorang pakcik nie mmg bela cicak tokek....pakcik nie dulu ade penyakit bile cicak nie gigit tgn dier 1st dier pengsan pas tu g hosp doc tanye dier mkn ape sbb penyakit dier dah ok.Pakcik nie mmg x nk jual cicak nie ye la nnt klu jual sakit dier dtg lg cmner lak kn hihihi

    ReplyDelete
  17. yalah, ada baca dalam paper..

    macam mana orang boleh makan benda tu..tengok pun dah loya & rasa nak lari ja..

    ReplyDelete
  18. tgk pun dah ilang selera inikan pula nak makan.. haihh!

    ReplyDelete
  19. @cik ayin aah org makan sbb kan percaya binatang nie penyembuh penyakit ..

    ReplyDelete
  20. @julia aah kebanyakannya memang bela .. dan bila bela ada pulak yg nak membelinya .. tapi bila yg beli itu bukan islam .. boleh je jual kan :)

    oh yaaa waaa bagus tuu .. pakcik tuu sure percaya .. sbb cicak nie dia ada mengeluarkan air liur yg bisa .. bisa tu penawar tuu ..

    ReplyDelete
  21. aah..psl cicak ni mmg menjadi buruan ramai org..laki den pun kunun2 sibuk gak nk menjual beli cicak ni kak..but i don't believe la yg rege dia mahal mcm tu.... n sebab bende mcm nih kn kak...ramai lelaki mengabaikan ank bini n pergi memburu bende alah ni...

    ReplyDelete
  22. cicak biasa pun geli... tambah2 tgk cicak yg berbintik2 ni... boleh lari ooo... hehe...

    ReplyDelete
  23. @noradzlina.kamdani uishhh tul ke dik ?? adoiii kalau betulll sib baik di haramkan makan .. tapi bukan diharamkan utk memburunyee huhu

    ReplyDelete
  24. ramai sgt yg dok sibuk pasal cicak ni. syukurlah kalau fatwa dah dikeluarkan...

    mmg geli geleman tgk cicak tokek nih...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...