Wednesday, July 27, 2011

RISIKO gemuk utk HAMIL !


salam semua

sana sini org menyatakan fungsi utk kurus adalah banyak .. terutama nak cantik , sihat dan leh pakai baju macm2 jenis kan , kalau gemuk tuuu segan pun ada .. macam2 perasaan lah .. nak pakai baju tuu x kena .. baju nie x kena .. kang nampak terlalu seksiss lah pulakkk ouchhh ! yg penting nak elakkan dari pelbagai penyakit yg sah2 dtgnya dari pelbagai jenis pemakanan kita kan .. huhu sedih sebenarnya ..

hari2 memotivasikan diri agar tidak terjerumus dengan pemakanan yg tidak sihat dan tidak seimbang , mcm badan akak nie .. cepat naik wooooooooo kalau x jaga2 :))

hermmm meh akak nak share satu artikel berkenaan risiko tidak hamil jika kegemukan .. sekurang2nya kita boleh perbaiki mana yg x betulkan .. sama2 dpt faedahnya :))


Masalah obesiti boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang kerana ia mengganggu perjalanan atau kitaran haid. Ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan obesiti dan risiko hamil.

Risiko pertama, diabetes dan darah tinggi semasa mengandung. Diabetes ketika mengandung sukar dipastikan kecuali ujian darah dilakukan. Selain berat badan, sejarah keluarga yang mempunyai risiko diabetes, umur melebihi 35 tahun adalah di antara beberapa ciri-ciri yang kami cari untuk ujian darah.
Ujian darah ini paling sesuai dilakukan ketika usia kandungan mencecah 26 hingga 28 minggu. Ujian ini membabitkan pengambilan darah selepas berpuasa semalaman dan selepas pengambilan air glukos.

Darah tinggi juga mempunyai risiko bagi yang obes ketika mengandung. Semasa lawatan atau pemeriksaan antenatal, tekanan darah ibu atau bakal ibu itu akan diperiksa. Darah tinggi ketika hamil ada banyak risiko jika tidak dikawal. Ini termasuk boleh menyebabkan sawan dan menyebabkan pertumbuhan terbantut.

Selain itu, ibu-ibu yang obes juga mempunyai risiko melahirkan bayi besar. Bayi yang terlalu besar mungkin memerlukan pembedahan caesarean dan kalau lahir secara biasa mempunyai risiko bahu bayi tersangkut atau ‘shoulder dystocia.’

Sekiranya ibu yang obes memerlukan suntikan epidural semasa bersalin atau caesarean, ia sebaliknya menjadi agak sukar disebabkan masalah obesiti.

sumber : google

amalkan lah pemakanan yg sihat .. jgn risau kalau kita nak usaha , insyallahh akan ada jayanya .. jgn menjerumuskan diri kepada keadaan yg tidak sihat .. kalau kurus sgt punn x elok kan .. x elok pada pandangan mata ..janji x sakit kan  .. sentiasa sihat tuu penting .. bila dah jaga semuanya tapi still sakitt itu semua ketentuan allah .. kena pergi pula pada keredhaan ilahi .. :)) 

bulan ramadhan akan menjelang x lama lagi .. sama2 diet utk kelihatan lebih menarik di syawal nanti .. hermm sape2 nak amik HERBALIFE boleh sgt2 .. meh calling2 akak @ ym akak tau :)) jgn malu2 ...


entry selok nak pose dan x sabar nak rayeeeee muhahahhaha




Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT


10 comments:

  1. saya pun tgh mengembang ni kak...huhu...

    asyik la mkn cheese la, mayonis la...mana tak naik badan?

    ReplyDelete
  2. wahida ~ ekkekek x per .. lepas nie pose slim melim lah balik :))

    ReplyDelete
  3. bestnya klu dpt mengembang heheheheee

    ReplyDelete
  4. akak dah stop dah dapat dua perempuan dua lelaki. Insyaallah cukup dah. akak masa pregnant tak de masalah naik badan, naik pun tak banyak, la ni je bagai dipam-pam.

    ReplyDelete
  5. ala kak..saya ni rasanya tak pernah pun mengandung tak gemuk.mesti gemuk la

    ReplyDelete
  6. minta2 pose ni dpt lah krgkan seinci dua..hehehehee...

    alasan xleh diet sbb masih nyusukan anak..hehehehehe

    ReplyDelete
  7. @Cik Ina Do do Cheng ekekek same lah ngan saya kak .. stop dah sbb operate .. kalau x operate nak jugak dpt 4 org :))

    ermm skrg nie saya dah puas gemuk sblm bersalin kak .. skrg dah insaf .. konon2 nak slim balas dendam dulu x dpt pakai baju lawoo2 ekekek :)

    ReplyDelete
  8. @Lydia Miza(Aidyl Azim) mu gemuk ngandung lain dik .. ekkeke nie cerita gemuk sblm dan selepas ngandung .. aduhh mcm akak nie payah bebenoor ekeke :))

    ReplyDelete
  9. @Softtouch [Hanim] ekekek ok2 alasan di terima .. :))
    harap2 pose nie leh lahh kurangkan sikit kan dik .. kena ada azam tuuu :))

    ReplyDelete
  10. mmg betul tu kak, gemuk leh jadi masalah utama kan...

    wlupun balik pada rezeki Allah tpi kita ttp kena usaha...

    sya ni makin lama makin lebooo... huwaaaa

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...