Friday, July 8, 2011

nasib tidak dibunuhnya ! ...


salam semua

alhamdulillah bayi yg dijumpai kali ini masih hidupppp .. kalau lah akak dekat nak je akak amik dan jadikan anak angkat huhuhuuh .. syukur bila baca berita pagi2 nie bayi perempuan yg dibuang di taman permainan masih hidup dan sihat ... ok lah kannn dari di buang dan dicampak kan di dalam mana2 .. zalim .. kasihann ! dan x der perikemanusiaan .. sekurang2nyaaa bayi ini masih hidup dan berpeluang menjalani kehidupan di muka bumi ini ... 

Bayi Perempuan Dijumpai Di Taman Permainan

TAWAU: Seorang bayi perempuan dipercayai baru berumur sehari dan masih bertali pusat, dijumpai di taman permainan Taman Gaya, Jalan Kuhara, dekat sini Selasa lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Keong Ho Eng berkata bayi itu yang dibungkus menggunakan plastik merah, dijumpai seorang budak lelaki yang mendengar tangisan bayi itu ketika dia sedang bermain di taman berkenaan kira-kira jam 5.10 petang.

Keong berkata sepasukan anggota polis terus dihantar ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan tentang penemuan bayi berkenaan dan segera menghantarnya ke Hospital Tawau untuk diberi rawatan.

"Bayi itu masih di Hospital Tawau dan dilaporkan stabil dan sihat. Kita juga sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sekiranya tiada tuntutan, bayi akan diserahkan kepada JKM Kota Kinabalu," katanya.

Keong berkata polis mengesyaki bayi berkenaan dibawa dari luar taman itu sebelum ditinggalkan di situ dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan kanak-kanak di bawah 12 tahun dengan niat hendak membuangnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan diminta supaya segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut. - Mstar

** dunia skrg nie dah semakin teruk , sana sini jenayah berleluasa , bunuh , kezaliman dan mcm x der pedoman aje .. semoga kita semua dilindungi allah dan jgn lah kita lupakan amal ibadat kepadanya kerana dengan itu sahajalah kita sentiasa di lindungi oleh nya .. insyaallahhhh

 

Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

30 comments:

  1. sekarang ni macam2 hal lah kak..

    serammmm..

    semoga dijauhkan dari berlaku pada anak2 dan keturunan kita

    ReplyDelete
  2. Astagfirullah al azim..kenapa masih ada lagi yang tergamak buat macam ni

    ReplyDelete
  3. Kuching pun sanggup tunggu mayat anaknya! :(

    ReplyDelete
  4. sedih baca & dgr kes2 buang baby nie... :-(

    ReplyDelete
  5. sangat sedey tiap kali baca pasal kes pembuangan bayi.....

    ReplyDelete
  6. aduhai..mujur masih hidup...

    ReplyDelete
  7. tak patot betol buang baby ni..org lain nak sgt anak,die pulak suke je buang2.ish3

    ReplyDelete
  8. sedih baca berita camni..harap yang melakukan dapat hidayahNya.

    ReplyDelete
  9. dunia makin tonggang tebalik skrg ni kn...

    ReplyDelete
  10. akak kalu bab buang bayi ni..mmg akak xbaca ieda..meruntun hati nurani..huhu

    tergamak sapa yg buang tu..mmg xde perasaan...

    ReplyDelete
  11. eiii geram nya.. tiap kali ada story buang baby saya sedih la.. gatal la sangat depa tu ... buat2 dapat baby main buang2 ja... kalau dapat sapa yg buang tu .. tau la..

    ReplyDelete
  12. Kesian baby tu...nasib tak apa².

    ReplyDelete
  13. sanggup ibu buang anak yg penat dikandung dan penah duduk dalam rahim 9 bulan..sedih la

    ReplyDelete
  14. nauzubillah..kesian anak tu di buang lak..anak lak yg kena tggung akibat kesalahan mak bapaknya..

    ReplyDelete
  15. gerun tgk berita malam tadi
    bagus pon dha mati kena tembak
    sebab dia pernah tikam & ketuk kepala budak2 kes yg sama juga last year

    ReplyDelete
  16. sedihnya....

    semoga Allah melindungi bayi tersebut....

    ReplyDelete
  17. kesiannya baby ni..knp la ada manusia mcm ni???

    ReplyDelete
  18. bile ade bab2 buang bayi ni mmg sebak dibuatnye..sanggup manusia yg ade akal fikiran buat camni kan kak....ape nak jadi ngan dunia skrang nie.......sedeh lah...

    ReplyDelete
  19. kalaulah yana yg jumpa kan best...tkpelah semoga bayi itu membesar dgn sempurna walau di tgn org lain krn mk bapak sendiri tergamak buat mcm tu...

    ReplyDelete
  20. teruk la sekarang nih. anak dibuang-buang je.

    Latest Entri :
    Bomoh Penipu

    ReplyDelete
  21. btol tu kak,nauzubillah lah jd kt kite dan org2 keliling kite..

    ReplyDelete
  22. subhanallah..
    tah ape nak jadilah agaknye..haihhh

    ReplyDelete
  23. stp kali baca berita ttg pembungan bayi, mesti hati zana jadi sedih sgt2.. sebab zana terlalu nak dapat anak, tp org lain senang jer buang anak..

    ReplyDelete
  24. apa kena la dibuang2 gitu
    tak de perasaan ke..

    ReplyDelete
  25. Ya Allah...nasib baik masih hidup baby tu.... kenapalah masih ada manusia yg bersifat mcm tu...

    ReplyDelete
  26. sedih, baby patut disayang. disambut kewujudannya dalam dunia ni dgn pnuh gembira dan rasa bersyukur...

    ReplyDelete
  27. @aDieyZa huhuhuh tu lah dik sedih kan .. org yg nak anak beria2 usaha .. selalu mengecewakan .. ini yg mudah2 dpt senang2 nak bunuh dan campak suke2 hati .. ingat brg x bernyawa agaknya huhuhu

    ReplyDelete
  28. org kalau da buat salah,dia x fikir apa da kak.awal2 da di hasut syaitan pemikiran diorg.

    ReplyDelete
  29. rmai sgt org jahat dan kejam zmn skrang..haihh

    ReplyDelete
  30. napa lah ada manusia yg sanggup buang2 anak ni kan... seb baik bby tu masih hidup...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...