Thursday, July 7, 2011

Jangan Lah MEMALUKAN jabatan ..


salam semua

tahulah mereka bersalah ! .. sedar mereka patut dihukum ! .. tapi come on lahhhh x kan kerana mereka bersalah kita pula pandai2 nak menghukum dengan sendirinya .. tolonglahhh jgn jatuhkan maruah POLIS ok .. akak geram sgt nie sbb mereka buat perkara yg x patut pada pesalah nie ! ..

akak ingat layie masa ayah akak masih menjadi pegawai polis .. perbuatan yg melampau batas sesetengah polis2 bawahan ini selalu mencemarkan nama baik mereka .. erghhhhhhhhhhhhhh even ayah akak pernah cakap .. kdg2 polis nie mengikut kan rasa hati dan amarah konon .. padahal mereka hanya diarahkan utk menyiasat ! bukan mendera @ membuli ! ..

Pembunuhan Banting: Suspek Dakwa Didera Polis

SHAH ALAM: Dua pekerja ladang yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mengadu di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, bahawa mereka telah menerima layanan yang tidak sepatutnya daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam Gurbachan Singh berkata, anak guamnya, T. Thailayangan, 20, dan tertuduh ketiga, R. Matan, 21, mendakwa mereka diarahkan untuk berbogel kerana dituduh menyorokkan pemetik api selepas pulang ke Penjara Kajang apabila perbicaraan tamat pada Selasa.

''Anak guam saya juga memberitahu bahawa dia dan Matan diarahkan untuk memasukan jari ke dubur atau akan dipukul jika enggan. Kedua-dua tertuduh tidak mahu melakukannya,'' kata Gurbachan. Beliau seterusnya menambah, Thailayangan juga diarahkan untuk melakukan tekan tubi sehingga buku limanya cedera.

Menurut Gurbachan, pihaknya memohon perhatian daripada Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir kerana perkara itu menyakitkan tertuduh.
Ketika disoal jika tertuduh boleh mengecam pegawai polis yang melakukan perbuatan itu, Gurbachan menjawab, terdapat beberapa anggota terlibat dan salah seorangnya bernama 'Azeli'.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Matan pula berkata, anak guamnya tidak seharusnya diperlakukan sedemikian. Akhtar kemudiannya meminta agar pegawai polis itu jika telah dikenal pasti dibawa ke mahkamah untuk disoalnya bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut. ''Saya memandang serius perkara ini dan pihak pendakwaan, tolong beri bantuan dalam mengenal pasti siapa yang terlibat,'' katanya.



** haaaaaa amik .. skrg nie mereka yg terlibat telah diarahkan mengadap mahkamah utk beri keterangan .. ha ! kan dah susah .. kalau akak berhentikan aje manusia mcm nie .. selalu melakukan penindasan dan berlagak PANDAI ! .. 



 

Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

27 comments:

  1. sis, org dulu yg jd polis sgt2 amanah sis... manusia2 zaman now ni dok pandang duit je

    ReplyDelete
  2. alamak.. tak pasal2 plak dah kena mengadap kalu bersalah

    dorang geram sangat la tu kak dengan pesalah...

    ReplyDelete
  3. tu kes biase kak....dorg beranggapan kuasa veto kt tgn depa...hurmm

    ReplyDelete
  4. patutnya biar mahkamah yang tetapkan hukuman kan :(

    ReplyDelete
  5. erm..geram punye pasal lah tue..

    ReplyDelete
  6. teruknya..patutnya kenala rofesional mjlnkan tgas..kalo ikut mrh..smua rkyat malaysia marah... tp siapalah kita nk menghukum manusia sesuka hati..apa2 pon, biar undang2 tentukan..walaupun pembunuh..dia ttp manusia y ptt dilayan sprti manusia...walaupun rsa geram & marah mguasai diri...

    ReplyDelete
  7. ini memang memalukan..
    nie la yg dikatakan..sebab nila setitik, rosak susu sebelanga...memang kena hukum siapa yg terlibat tu...mana leh nak hukum org bersalah tu sesuka hati...

    ReplyDelete
  8. entah la..macam2 sekarang nie..

    ReplyDelete
  9. depa ingat kuasa kat tangan depa la tu..sebab tu makin ramai orang tak respek polis.

    ReplyDelete
  10. ishh...suspen jer...

    sepupu kita bekas ketua balai
    di banting dulu

    ReplyDelete
  11. tekanan kerja jadikan org mcm tu kot kak... penjahat ramai noo kot zaman ni...kena kaunseling diorang ni...

    ReplyDelete
  12. mmg tak patut kalau dah nama polis buat sesuhati camtu. camna org nak respek kan..

    ReplyDelete
  13. ish mencemarkan nama baik polis jer....nyampah!!

    ReplyDelete
  14. BETUL2..paling mencik bila kuasa disalahgunakan..huhu

    ReplyDelete
  15. huhu,tak kan polis kita nk jd cam askar amerika 2 plak kot?

    ReplyDelete
  16. ntah lah..kita harap pihak yg terlibat melaksanakan peraturan yg ditetapkan..

    ReplyDelete
  17. tp kan mcm pernah dgr kalu masuk pnjara ke atau kene soal siasat ngan polis mmg dornag akan kene belasah..mcm puluk2 mcm tulah...

    ReplyDelete
  18. X patutlah mcm tu kan..mencemarkan nama baik jer..

    ReplyDelete
  19. @Ati Masrif hermm tu lah sbb ayah ieda pun seorang pegawai , bekas penolong persuruhjaya bhg siasatan jenayah dadah kebangsaan di JB dulu .. ayah dah lama berkhidmat huhuh

    ReplyDelete
  20. @fazilzura ya zura .. kerana mereka2 nielah jabatan polis dah hilang kepercayaan dari org ramai ! .. huhuh

    ReplyDelete
  21. @LYAfrina ya lya .. kita x der hak .. hukuman itu semua hukumand ari dunia dan mahkamah sahaja .. hukuman dari allah pun akan ada .. memang kita x berhak nak mencampuri .. kita lihat utk jadi pengajaran bagi kita dan sentiasa berhati2 tuu je ! .. huhu

    ReplyDelete
  22. @Rozita walau penjahat dah ramai .. tapi itu tanggungjawab mereka kan .. so mereka kena lalui dan seharusnya mereka kena ada sesi kaunceling dan motivasi bagi menguatkan semangat mereka dari hari kehari ..

    ReplyDelete
  23. @zati embong huhuhuh minta dijauhkan JAT sbb polis amarica no mercy huhuhuh

    ReplyDelete
  24. @Softtouch [Hanim] semua tu salah dik .. setakat pukul sikit2 utk mengertak tu dah normal sbb mereka persalah tapi jaganlah mendera @ pernderaaan seks nie .. diluar tabiii manusia huhuhu

    ReplyDelete
  25. aduss kenapalah buat mcm tu..kan dh rosak nama...nnti org yg takde kena mengena pun terkena palitannya..malusss

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...