Tuesday, July 26, 2011

bila HATI berkata-kata


salam semua

bila akak sendirian selalu teringatkan kata2 yg memang amat bermakna dlm diri kita .. adakalanya kita alpa dan lupa .. bila merenung anak2 , sedih dan pilu mula terasa .. bila anak2 tersenyum memandang akak , sejuk dan luluh segala masalah yg melanda jiwa .. adakalanya fikiran ini selalu melayang bertanyakan pada hati .. apa yg membuatkan hati sedih dan berkata2 .. hanya mampu di telan dan di renung lama2 .. x mampu nak diluahkan .. 

bila memandang anak2 .. semua masalah seperti jatuh dan luruh satu persatu .. demi anak2 kita mampu tersenyum walau dlm duka yg amat dalam .. syukur kerana punya anak2 .. wajah yg mulus mengambarkan seribu satu kebahagiaan yg pada mereka x perlukan apa2 melainkan kasih sayang kita ..



bila tersedar barulah hati berkata2 ...

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. Namun manusia tetap manusia , sentiasa lemah disisinya dan memerlukan seribu kemaafan

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.  Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

semoga hati dan jiwa ini sentiasa dilindungi olehnya .. aminnn

 

Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

29 comments:

  1. aminnnnn moga kite lembut hati selalu kak.

    ReplyDelete
  2. betul tu kak,keras lawan keras memang tak jadi apa...mcm perempuan la,org kata hati macam kerak nasi huhu..

    seronok entry akak ni,byk kata2 azimat!

    ReplyDelete
  3. mohon jugak dikuatkan hati supaya sentiasa tabah dngn dugaan Allah~amin...

    ReplyDelete
  4. Amin. Moga kita sama2 beroleh kebahagiaan dunia akhiraty. Dlm rumahtangga selain jujur, tolak ansur dan hormat menghormati itu yang penting..

    ReplyDelete
  5. aminn...setuju dengan setiap yg ieda coretkan..

    wajah anak2 terutama ketika mereka tidur, mmg buat hati kita sayu kan. Tp kalau tengah nakal tu, geram juga...hehe

    ReplyDelete
  6. amin....

    semoga jiwa akn selalu tenang & redha menghadapi rentak dunia y penuh tanda tanya.

    ReplyDelete
  7. amin..

    betul tu kak..setuju dgn kata2 akak ni..Nice N3..Moga jiwa kita sentiasa dilindungiNYA..

    ReplyDelete
  8. betul kak..setuju sgt...mudah mudahan kan ramadhan tahun ni jugak bukan yg terakhir utk kite semua...

    ReplyDelete
  9. sejuk ati tgk pic org tersayang kan kak......

    mudah-mudahan kite semua sentiasa dlm kerahmatan Allah taala....amin

    ReplyDelete
  10. wajah anak adalah penenang di kala hati tengah gundah gulana.....semoga ramadhan kali nie memberi kita seribu keberkatan..amin..insya-allah...

    ReplyDelete
  11. Indah bait2 kata sis..mempunyai nilai kesedaran dan mensyukuri nikmat kehidupan...

    ReplyDelete
  12. Cantik N3 ini. Kakak suka. Benar biarlah kalau berjaya pun dgn kemuliaan bukan meraih kejayaan dgn kehinaan...

    ReplyDelete
  13. betul tu kak amy setuju dengan kata2 akak..Semoga kita semua sentiasa di lindungNya..

    ReplyDelete
  14. betul sgt tu, macammana sedih pun hati ni, bila pandang wajah anak2, hati jadik tenang.

    ReplyDelete
  15. setuju dengan akak.insyaAllah.doa seorg ibu itu dimakbul oleh Allah. :)

    ReplyDelete
  16. apb hati mula berkata2 bibir pasti membisu... ia tidak akan dpt berfungsi serentak...

    hati itu menjaga tutur laku..

    ReplyDelete
  17. indahnya entry ini.. semoga hati2 kita sentiasa terjaga hendaknya..

    ReplyDelete
  18. amin...




    sha suke n3 ni kak :)

    ReplyDelete
  19. amin....

    kdng2 kite x perasan pe yg berlaku dpn kite .. mmg tenang jiwa kalau tgk muke anak2 kan

    ReplyDelete
  20. As Salam,kak...maaf kak..dh lama saya tak datang kemari

    Saya suka entri ni.Kalau rasa tekanan,pandanglah ank2...rasa tenang jiwa

    ReplyDelete
  21. betul tu kak, tu kadang2 tensen kat opis, tengok muka anak time balik keja terus hilang tensen tu...
    InsyaAllah sama2 kita jaga amanah Allah ni sebaik mungkin:)

    ReplyDelete
  22. sungguh puitis n3 ieda kali ini
    ada yang meruntun hati dan jiwa ka?

    xpelah..tak kisahlah apa2 sahaja..semoga ieda diberi kekuatan utk semua itu...

    anak2 mmg permata berlian hati kita..

    ReplyDelete
  23. syukur akak masih ada anak2 sbg penguat semangat..jgn jadi mcm g...yg kehilangan anak...semata2 krg tak tahan dgn deraan emosi.......hurmm...takde untungnya pun bila terlepas dr deraan emosi tapi terlepas juaa...darah daging yg satu tu....... :(

    ReplyDelete
  24. moga jiwa kita sentiasa tenang kan kak walau ada masalah mcm mana pun...take care kak..!

    ReplyDelete
  25. @Mama Gee aloor G .. jgn mcm tuu dikk G kena kuat ya .. kuatkan hatimuu dik .. akak doakan G cepat2 dpt bb pengubat jiwa G yg sunyi tuu .. insyaallah dik ... banyakkan layi berdoa ..

    ReplyDelete
  26. @sarah-najwan huhuhu adakalanya emosi tergangu kak .. tapi insyaallah ieda selalu berdoa agar diberikan kekuatan utk teruskan apa yg sedang ieda lakukan :)

    ReplyDelete
  27. betul kak anak2 lah pelembut hati kita..tgh kusut2 kalu tgk anak lerai semua msalah....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...