Monday, July 18, 2011

bawah MATA lebam @ bengkak


salam semua

akak jarang alami bawah mata hitam dan bengkak .. tapi pernah alami bawah mata hitam suatu ketika dulu .. masa tu time study .. ada kawan2 yg cakap kalau tidur lewat pun akan mengalami bengkak mata .. lepas tu lamaaaa akak jaga balik x selalu tidur lewat , bawah mata kembali ok .. sehinggalah akak dah berumur nie .. akak perasan bawah mata akak kembali lembam gitu .. tapi bukan lah hitam .. yg akak perasan kerana akak x cuci muka sebelum nak tidur .. 

hermmm tu adakalanya akak lupa .. balik kerja mandi dan x cuci muka sebelum tidur .. esoknya nampaklah bawak mata tu lebam sikit ... huhuhuh , kadang2 tu bila dah ada anak2 nie banyak kerja yg hendak di lakukan segera ..sampai x terfikir dan teringat nak cuci bagai nie .. ekkekekek x aci kan .. :)

tapi bila baca artikel penjagaan bawah mata oleh artis shasha saidin nie rasa best lakk .. dah lama x melayan dan memanjakan mata .. nak2 akak pakai cermin mata kan .. kdg2 tu jelas nampak huhuh 



"Sebagai wanita, kita sentiasa akan dipandang cantik kalau didandan. Kita juga perlu menjaga penampilan agar kelihatan kemas dan bersih. "Saya lebih pentingkan penjagaan pada bahagian mata kerana mata seseorang itu akan kelihatan lesu serta menyebabkan wujudnya lingkaran gelap bawah mata jika tidak dijaga.

"Biasanya saya menggunakan timun atau uncang teh yang telah disejukkan untuk diletakkan pada mata bagi mengatasi masalah itu. Saya juga ada menggunakan krim mata yang dibeli daripada seorang kawan dari luar negara," ceritanya panjang lebar.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga dengan Sasha yang turut mewarisi petua daripada ibunya, Siti Aishah Abdullah, 65. Kata Sasha, ibunya sangat mengambil berat tentang kecantikan.

"Emak saya semakin menitik berat tentang kecantikan apabila usianya bertambah. Kami dapat menerima hakikat bahawa setiap orang tidak akan nampak muda selama-lamanya tetapi kalau boleh saya nak sentiasa keluhatan segar walaupun sudah berusia lanjut.

"Seperti emak saya, apabila semakin berumur, dia nasihatkan saya untuk menggunakan produk tertentu dan bukannya mengambil produk sembarangan. Tetapi tidak bermakna semua produk khusus yang digunakan perlu berjenama dan mahal. Yang penting, produk itu dapat melindungi kulit daripada cahaya matahari," jelasnya.

info : mstar

mood : KE LAUT ... huhuhuh

 


Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

24 comments:

  1. letak timun ek.. hwhehe ok..nk try lA

    ReplyDelete
  2. memasing mood kelaut hari ni. hehehe






    kak, pakailah garnier... iklan fashah sendat tuh.. ^__^

    ReplyDelete
  3. saya la tu kak...penat terlampau

    ReplyDelete
  4. nak buat entry mata la jugak hari ni..
    hehheh...
    tapi mata saya pun lebam jugak kekadang..:(

    ReplyDelete
  5. saya pon ke laut jgk kak... huhuhu...

    ReplyDelete
  6. dulu ada kawan tu kata, kalau minum kopi pun lebam jugak, tapi tak tahan lah kalau tak minum hehe

    ReplyDelete
  7. bwh mata kita mmg lebam..hikhik

    ReplyDelete
  8. kak, kalau bwh mata bengkak ramai ckp brand garnier tu bagus...dorang ckp la..saya pun tak pernah try lagi...huhu...

    ReplyDelete
  9. boleh try ni kak..ema pun jarang cuci muka..uhuks

    ReplyDelete
  10. lieya takde plak kak masalah tu..sbb umur nak masuk 30 ni cepat2 cari kologen heheeheh...buat muke anjal...pastu tuk mate pun lieya adepakai krim khas....biar jgn tua sebelum waktunye...cewaaaahhhh

    ReplyDelete
  11. petua bagus..lya lak kdg2 lebam bwh mata sbb bila bsuh muka..eyeliner tu turun.. hhehee/

    nape mood k laut tu??

    ReplyDelete
  12. hurm... ada masa ke nak potong timun n letak kat mata nie... nak letak uncang teh, masz x minum lak..

    huhu..... alasan kan..

    ReplyDelete
  13. zr start gune safi rania gold, nmpak ok ler... now pun zr jrg tido lambt.. kalau study dulu 24jam x tido wakakakakakak....zaman mude leh le tahan mato .. now kul 1 dh kire lewat sgt2 dh

    ReplyDelete
  14. lebam jugak kat bawah mata ni...bagus juga ada petua2 cam ni...

    ReplyDelete
  15. Sama laa Ieda.. bawah mata nie pun kdg2 ada masa lebam jugak.. bukan tak nak tido awal tapi mata tak nak lelap.. tuh yg bila pagi rasa mata tuh ngantuk lagik..dan nampak lebam..

    ReplyDelete
  16. emm..
    hajat tu mmg nak buat uncang teh tapi penyakit M ni selalu timbul..haihhh

    ReplyDelete
  17. @wahida ermmm tu lah ramai gak cakap garnier tu molek .. nanti nak try tanye :)

    ReplyDelete
  18. @lieyalatif haa share lah crim ape pakainya dik .. risau sbb akak selalu alami bawah mata lebam lately nie huuhu

    ReplyDelete
  19. @maszmadi tulah bila fikir2 .. mana ada masa kan dik huuh

    ReplyDelete
  20. @fazilzura haaaaaaa akak memang guna pencuci muke safi nie .. ermm nanti nak try tgk utk mata kalau safi gold nie bagus kan :)

    ReplyDelete
  21. bagus la info nie..sebab sy pun tgh mgalaminye..he:) nak try letak timun la..paling senang..

    ReplyDelete
  22. akak ade prob gini kalu ieda tgk pun ieda perasan mata akak lebam..huhu..

    nati nk try la uncang teh or timun tu..ade gak buat tapi jrg2..xdisiplin..huhu

    ReplyDelete
  23. Kalo rjin amalkan...insyallah mnjadi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...