Friday, June 24, 2011

seloka munajjat hari JUMAAT


salam semua 

moh layan , seloka pantun utk mewarnai keindahan hari jumaat penghulu segala hari .. semoga menjadi renungan buat kita semua terutama wanita2 solehah di luar sana .. insyaallahhh :)

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Selokaku ini bukanlah jahat,
saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

sumber : perahan otak & nukilan ilmu





Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

20 comments:

  1. Salam Jumaat dear..esok dah wikend. kejap je masa berlalu

    ReplyDelete
  2. akak comel...have a great weekend.....sok ape plan?

    ReplyDelete
  3. Wah..berbakat berseloka rupanya..salah satu cara yg baik utk berdakwah ni..:)

    ReplyDelete
  4. suka baca seloka nie...ada mesej...

    ReplyDelete
  5. salam weekend kak..best akk punye seloka

    ReplyDelete
  6. Bagusnya seloka ini - ada yang tersirat di sebalik yang tersurat. Elok untuk direnungkan dan perbaiki diri mana yang perlu.

    ReplyDelete
  7. wah bakat terpendam rupanya...ni puisi yang membina ni... best.. saya suka... ingat memperingatkan...

    ReplyDelete
  8. pandai rupanya ieda berseloka, Penuh dengan message..bagus!

    ReplyDelete
  9. Salam Jumaat. very nice! :)

    ReplyDelete
  10. salam jumaat... suka bc seloka jumaat ieda... nice..

    ReplyDelete
  11. salam jumaat.. seloka yg baik & bawak pengajaran..

    ReplyDelete
  12. Akak sugoi ( kagum) .. Akak pandai seloka ye.. Sedap didengar kak

    ReplyDelete
  13. penyampain macam ni awe suka..ada unsur jenaka tapi ada ilmu :)

    ReplyDelete
  14. senyum simpul dan tazkirah di pagi jumaat yg mulia

    ReplyDelete
  15. @Juwita Jamaludin thanx dik .. oo sugui tuu kagum yaa :))

    ReplyDelete
  16. @Nur Hawa Mohd Zin thanx dik .. dan thanx SEMUA ..
    perahan otak yg dibantu dgn mengGOOGLE ekekke :)

    ReplyDelete
  17. Salam Jumaat kak :)

    pantun tu banyak maksdud yg tersirat walau lucu ;)

    hepi weken utk akk :D

    psstt kak, nnt sy balik sabah sy belikan apa yg akk kirim kan tu ya ;)

    ReplyDelete
  18. betul2!

    suami d luar sna,pimpinlah isteri2 anda

    O.o

    ReplyDelete
  19. yang baik kita jadi teladan
    yang buruk jadi sempadan

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...