Wednesday, June 1, 2011

memang itu yg TERBAIK


salam semua

Sekarang ini jarang2 kita dgr kan , artis2 yg mentingkan agama dlm mendidik anak2 .. haa kali nie jelas dan nyata diakui oleh artis itu sendiri .. alhamdulillah .. ermm mgkin artis nie bercerita .. dan yg lain2 tuu x der niat nak ceritakan dalam media koot .. @ kebetulan dah di tanye oleh reporter kan ..x kan x nak jawab , betul tak ?? :))

Tekankan Agama Didik Anak

isteri sgt2 sweet ... dan sepadannn je kan :))

PETALING JAYA: Pelakon kacak Aaron Aziz mengakui masih menggunakan cara lama dan pendekatan agama dalam mendidik tiga anaknya. Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu mengongkong dan mengatur cara hidup anaknya seperti yang biasa dilakukan ibu bapa masa kini.

"Saya mengaku terlalu konservatif dalam hal mendidik anak-anak terutamanya dalam soal agama. Kalau boleh saya nak bagi yang terbaik kepada mereka. "Walaupun sesibuk mana bekerja saya tetap akan luangkan masa bersama anak-anak. Saya tidak mahu mereka rasa saya tiada di sisi mereka," katanya ketika ditemui di Majlis Hari Bapa Oreo Bersama Aaron Aziz di sini, Selasa.

Bapa kepada Danish Anaqi, 7, Dwi Arinna, 5, dan Dahlia Arissa, 1, ini juga mengaku sering mendedahkan anak-anaknya kepada bidang seni agar mereka lebih memahami dunia yang diceburinya itu. "Jika ada iklan yang memerlukan saya dan anak-anak saya bawa mereka sekali. Saya rasa tidak salah untuk dedahkan mereka tentang kerjaya saya.

"Dengan cara itu, mereka lebih memahami dan senang untuk jelaskan bila mereka bertanya ke mana saya pergi," katanya. Bercerita tentang bapanya, Aaron memberitahu dia sudah kehilangan ayah kandung sejak berumur dua tahun.

"Saya tidak banyak pengalaman semasa kecil bersama ayah kandung. Mungkin disebabkan itu saya mahu anak-anak saya rasa kasih sayang seorang bapa yang secukupnya.

selanjutnya : DISINI


pada akak lah .. x kira kita nie artis atau tidak , didikan agama buat anak2 amatlah penting , kerana apa yg dicorakkan kita skrg akan mencerminkan keperibadian dia kelak .. insyaallah kalau cantik , baiklahhh jadinya , kalau sebaliknya .. cubalah perbaiki .. :))

** oh ya akak akan mula bercuti dari hari khamis (esok ) sehingga isnin minggu depan , balik kg laahhh , yeay ! .. insyaallah kalau boleh online dari kg , akak akan update entry ok .. sooo sila winduu akak ketat2 .. ecehhhh !! 

selamat berhujung minggu buat uols dan selamat bercuti utk akak !! :))

 



Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT


37 comments:

  1. betui tu sis, but rs nye lebih molek kalau somi tu didik isteri nye jgk

    ReplyDelete
  2. u r absolutely right sweetie....

    ReplyDelete
  3. betul. tengok la anak2 zaman sekrang yg rosak akhlaknya. ni sbb tak diterapkan ilmu agama yg secukupnya.

    ReplyDelete
  4. dulu masa dia br2 jadi artis...minat giler kak ngan dia nie...hensem..

    ReplyDelete
  5. betul kak..lg2 zaman skrang nih..mcm2 hal

    ReplyDelete
  6. aaron aziz.... kacaknye.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. pendidikan dunia dan akhirat harus seimbang supaya anak2 tahu bahawa alam dunia ni hanya sementara sbb ada alam yg kekal abadi....

    ReplyDelete
  8. auwww..ade seth tan pulak kat sini akak..tetibe saya rasa jelessssssssssss...waaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. dh la hensem,swett.pandai didik anak lah.haih~ sukenya.

    ReplyDelete
  10. bestnye tgk badan bini dia kak...anak 3 dah tu...maintain je (ngah berangan2 ni bila la tercapai niat nk jd bdn cmtu ye...)

    ReplyDelete
  11. boleh dijadikan contoh kan, bukan sbb didikan agama je, tpi juga sbb camana dia melayan anak isteri dgn baik dan menghargai mereka...hot papa tu :)

    ReplyDelete
  12. baguslah ada artis yg mcm aaron ni...akak pun minat sgt dgn dia ni...jadi jahat jahat sungguh, bila jadi baik..aduhai..cair dibuatnya...

    ReplyDelete
  13. sejahat mana pun mak ayah di muka bumi ni, tetap nak anak2 diorang jadi baik.. ejulz penah jumpa kawan sekolah bapak dia gengster.. tp tetap hantar anak g sekolah agama.. :)

    ReplyDelete
  14. anak2 sekarang kalau tak de didikan agama memang hanyut la jawab nya...

    ReplyDelete
  15. suka tengok Aaron Aziz dengan isterinya ni....:)

    ReplyDelete
  16. kapel ni mmg sepadan sgt..

    akak suka ngan lakonan aaron ni..pelakon yg berbakat sgt..xde kontroversi pulak tu..imej bersih ajo kan..semoga dia terus success dlm dunia lakonan..

    elok sgt terapkan agama dlm hidup..agama boleh jadi panduan hidup..

    ReplyDelete
  17. kak.. hensemnya dia kak hehe..

    insya allah.. same2 lah kita beringat.. tq for info ;)

    ReplyDelete
  18. selamat bercuti kak ieda....bestnya balik kg...

    ReplyDelete
  19. itu yang terbaik buat anak2 kita kan...
    bekalan ilmu agama adalah penting buat anak2 kita

    ReplyDelete
  20. bercuti rupanya akak hehe..slmt bercuti kak!~

    ReplyDelete
  21. Selamat bercuti Ieda.. waah bestnyaa balik kampung yer.. :)

    ReplyDelete
  22. akak!! saya dah rindu akak dah pun!!

    ReplyDelete
  23. jika pegangan agama kukuh..campak manapun anak kan selamat..

    selamat balik kampong ya...hati2 drive..moga selamat semuanya...

    ReplyDelete
  24. betull..agamalah yang segala yang mampu membentuk jiwa dan akhlak..

    ReplyDelete
  25. betul tu..agama letak no 1..itu yg akan tentukan cara hidup anak2 kita cemana..

    taknak rindu ketat2..nak rindu berat2!hahaha

    ReplyDelete
  26. didikan agama sangat penting bermulanya anak masih baby....

    wah, akak balik kampung erkh..ema pun nak balik juga malam ini (2/6/11)..sampai hari isnin...ahaks...

    ReplyDelete
  27. Di zaman yg serba moden skrg ni pendidikan agama adalah yg terbaik utk anak2, tekankan nilai2 murni dlm diri anak2 supaya mereka pandai menilai baik buruk utk mereka..

    wow! sweet couple aaroz aziz & wife..

    ReplyDelete
  28. skang ni kekadang yg dtg dari kuarga yg baik pun leh wat hal ni pulak kalu takde serapan benda2 camni kan..

    baik2 kak balik kg tu ye..

    ReplyDelete
  29. nape menyenyap hari ni ieda?????
    kebizian melanda kew??

    awk ditagged deh:

    http://sarah-najwan.blogspot.com/2011/06/mesin-masa.html

    ReplyDelete
  30. a ahhla.sgt sweet gile wife dia.sepadan je.

    ReplyDelete
  31. bagus la macma tu..sama macam rizalman pereka fesyen terkenal..dia hantar anak dia pergi sek agama antarabangsa

    ReplyDelete
  32. didik isteri skali..sbb nnt isteri tu akan heret masuk neraka skali ;)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...