Monday, June 13, 2011

kalau kita makan ikut ZAMAN BATU !

salam semua
dah lama x cerita pasal diet kan .. huhuh nak buat entry pun x sempat .. tapi yg ini autopublish juga .. :) jgn mareeeeee .. ok2 .. last week dan this week insyaallah akak puasa sunat bulan rejab .. kalau nak tahu since berpuasa sunat nie .. ada loose sana dan sini sikit tau ! .. kg x lah timbang tapi ada rasa sikit penurunan .. suke ! .. 

amalan akak semasa sahur pun adalah shake HERBALIFE , F1 cappucino .. dan x lupe segelas besar mineral water .. syukur , org cakap mgkin salah satu sebab nya adalah niat puasa itu .. bila minum herbalife shake setiap kali bersahur akak x rasa lapar pun , not even testy .. tu yg happy .. syukur sgt2 herbalife shake sgt2 membantu ! .. 

dan kebetulan akak terbaca artikel ini .. moh akak share sedikit info pasal pemakanan org zaman dulu2 ..






SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.

Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.

Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus.

Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik.

Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:

# Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa

# Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa

# Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa

Secara umumnya, jenis jenis makanan yang mengandungi karbohidrat sihat adalah buah-buahan, kekacang, sayur sayuran.

Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.

Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak. Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. Saya memberi contoh kentang, nasi dan ubi yang tidak boleh dimakan mentah. Ikan dan daging lebih cepat masak berbanding nasi. Cuba anda fikirkan yang manakah yang lebih selamat dimakan. Di zaman batu (paleolithic) manusia sangat kuat tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak. Diet paleolithic menjadi satu isu yang menarik untuk dikaji.

** bagi yg ingin bertanya berkenaan harga herbalife .. leh lah ym akak .. nak cerita dlm nie payah sikit dik , kalau ikutkan salah sbb harga hanya boleh di display bila dah jadi ahli :) soo utk kawan2 yg nak tahu info harga akak boleh cerita kan serba sedikit terma2 nya .. jgn malu2 ya .. ym lah akak ye :))

 

Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

23 comments:

  1. yang penting cara pengambilan makanan kita kan?

    ReplyDelete
  2. gud info la sis...tp tu la..amalan kita ni lari jauh dr apa yg diamalkan di vietnam...tp x slh klu kite nk tuka balik corak pemakanan kita mgikut mana yg bersesuaian...

    ReplyDelete
  3. setujuu..thats y org vietnam slim2..huhu..kite..adehh

    ReplyDelete
  4. best kak..nampaknya kite kena hongges sayo je laa pasni erk..uhuhuuu..say no tu kepsi..

    ReplyDelete
  5. kalo nak tambah berat badan camne pulak kak? kene ambik protein ek? ehEhe xreti sgt la pasal pemakanan ni.. heHe

    ReplyDelete
  6. @Sofya ya dikk yg penting corak pemakanan kita .. amalkan minum air masak juge :)

    ReplyDelete
  7. @sha a.s aah sha ... kena tukar ikut kesesuaian yg penting apa yg kita ambil tuu tidak berat kandungan kalori dia .. nak idup lama dik .. kalau x usaha x tahu kan huhuh :))

    ReplyDelete
  8. @mama_umar_maryam ekekke u are welcome dear .. akak pun x tahu kenapa org sana slim2 .. bila baca artikel nie baru akak tahu :)

    ReplyDelete
  9. awe pemakan sayur dan penghirup sup tegar..hehe..awe suka makanan bersup, di rebus dan dibakar...

    ReplyDelete
  10. macam mane nak berubah akak..dah gian plak makan nasi lemak, roti canai pagi2,,lepas tu plak klu masak smbal mesti nak lame2..bru terasa sedapnya..habis makan toxin~

    ReplyDelete
  11. patutlah org vietnam ni slim2..rupa2nye begitu erk pemakanan diorg.. ;)

    ReplyDelete
  12. kalau izan la kak,sarapan semngkuk ulam tu dgn sup bihun je,mau ketar2 nk smpai tghari kekeke..

    ReplyDelete
  13. betul2, setuju dgn entri ni.. better mkn benda yg semulajadi.. lg byk khasiat

    err dulu penah la minum herbalife ni.. suke cappucino blend campur kurma. mmg sedap pun, tp xmampu nk mengulang nye.. mahal kot, gaji x byk mane pun.. heheheh

    ReplyDelete
  14. patut la diorang slim melim jek kan kak..kan bagus kalu kt sini pun camtu, jdi kite pun tak tergoda..bile tak tergoda, kite pun tak makan..bile tak makan, takde la kite gemuk..huhu

    ReplyDelete
  15. hehe..sy pn amik herbalife..tp amik for my own usage..

    ReplyDelete
  16. huhu diet yang baik.. semoga kekal sehat..

    p/s: saya blum mulakan puasa ganti ni..huhu..

    ReplyDelete
  17. yg penting kita kene tahu cara dietry kita..dan amalkan gaya hidup sihat..

    sb tu jugak org zmn dahulu..nenek moyang tok kita..sihat ajo..gigi masih kuat..xde penyakit..kerana mereka mkn mentah2 ulam..mkn rebus2..xdenyer mkn mcm org zmn skrg..yg byk guna bhn perasalah..minyak etc..

    ReplyDelete
  18. kene lebihkan sayuran dan kekacang serta buah-buahan ni sis...tu la kan...ckp berkobar..balik kang tengok mak masak sambal ikan..kari daging...ayam masak merah...pulunnn jugakkk...hrmmmmm....

    ReplyDelete
  19. amy pemakan sayur kalau x de memang x leh makan la...memang setiap kali masakan mesti ada sayur.

    p/s: kak amy nak tanya macam amne ye nak buat link macam kat atas tue , link kak zia tue...

    ReplyDelete
  20. info yg sngt menarik...
    kak ina, sy dlu penggemar herbalife...

    disebabkan susah nak dapat, sy stop dah...

    laa ni ade jual difarmasi yg diluluskan kerajaan...

    tau2 je laa harganya, ikut pasaran laaa

    ReplyDelete
  21. Waahhh
    Blum msk bulan Ramadhan akak dah gigih berdiet yer. Cayalah. Hehehe. Dah brape kila dh turun ni kak? Bg la kak saya skit sebarang 2-3 kg. Penat la klu asyk kurus je nih. Dh lama nak berisi.

    Byk info pasal mkn kat entry akak ni. Dari mihun sampailah popia. Ngeehh. Thank utk info tu yer..

    ReplyDelete
  22. sy mmg nk tanya pasal herbalife kat akak tp bila siang opis blocked internet semua...nnti sy akan tanya akak yer...

    ReplyDelete
  23. bunga suka makan sayur..hahaha..tapi tetap ada penyakit gak..hehehe..tapi itulah tangda kebesaran-NYA..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...