Thursday, June 16, 2011

itu cara nak BERBAIK punnnn x nak ke ??


salam semua

kesian suami saida nie .. degil tul dia niekan .. kalau dah bukan jodohkan .. buat mcm mana sekalipunnn hati dah x berkenan huhuhu x jadi jugak .. adehhhh tapi tulah sekurang2nya hubby dia dah usaha kan kan kan

Saida Tolak Pelawaan Suami Tunaikan Umrah

KUALA LUMPUR: Penyanyi Saida menolak pelawaan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri untuk melakukan umrah bersama selain masih bertekad dengan keputusannya untuk bercerai. "Saya minta maaf, bukan mahu melengahkan. Saya tidak dapat menerima pelawaan suami untuk mengerjakan umrah bersama," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Dia juga memberitahu bahawa masih berniat untuk meneruskan permohonan perceraian secara baik yang difailkannya dengan menamakan Mohd Ghazali sebagai defendan. Permohonan itu difailkan pada 6 Oktober 2010. Peguam syarie Ahmad Nazib Johari juga memaklumkan mahkamah bahawa hakam yang dilantik untuk mencari jalan penyelesaian dalam masalah rumah tangga penyanyi tersebut menemui jalan buntu.

Prosiding pada Rabu, berjalan tanpa kehadiran Mohd Ghazali seorang ahli perniagaan yang pernah bergelar jurutera kaji bumi yang dikatakan masih bersedih dengan kematian ibunya pada 4 Jun lalu. Perkara itu dibawa ke pengetahuan mahkamah oleh peguam syarienya, Amli Embong.

“Saya masih menunggu surat kematian daripada anak guam. Saya ada menasihatkan Mohd Ghazali untuk hadir, namun dia masih dalam keadaan tidak stabil berikutan fikiran terganggu," katanya. Amli seterusnya memberitahu yang dia mendapat arahan daripada Mohd Ghazali, 40, agar diberi peluang untuk mengerjakan umrah bersama Saida, 35.

“Sebelum ini anak guam saya cuba dapatkan persetujuan plaintif, bagaimanapun gagal selepas dimaklumkan Saida terbabit dengan aktiviti teater yang berakhir pada 6 Jun lalu.

"Mengerjakan umrah ini adalah cubaan anak guam untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Defendan masih mahu teruskan hasrat itu. Oleh itu mohon tetapkan tarikh sebutan lain,” katanya.

Selepas mendengar permohonan tersebut, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi memerintahkan kedua-dua pihak bertemu dengan hakam yang dilantik oleh mahkamah dalam tempoh dua minggu bermula Rabu.

info : mystar


Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19,
" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"




Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

28 comments:

  1. kita tak tahu apa yang terjadi di sebalik semua yang berlaku. Apa pun usha suami dia tu memang sangat murni, demi anak2 yang ramai kan...

    Tak faham juga kenapa Saida menolak...hmmm

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ieda

    moga mereka diberi hidayah oleh Allah

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. itulah... sebaiknya..bg y dh kahwin jgn msuk dunia hiburan..byk dugaan & godaan..

    ReplyDelete
  4. bl hati dah xsuka..mcm tu la..smua xmo

    ReplyDelete
  5. erm..kita takder dalam kuarga merek kan..so kita tak tau ape puncanya..semoga semuanya berakhir dengan baik..

    ReplyDelete
  6. susah nak komen. Kita tak tau apa masalah mereka. cuma harap sangat rumahtangga mereka tidak sampai bercerai berai..entahler, bila tgk episod mcm ni, mcm sukar je nk selamatkan

    ReplyDelete
  7. hurm......semoga ade sinar dianatara mereka walaupun tidak boleh diselamatkan lagi hubungan tu...

    ReplyDelete
  8. mm..moga2 suami dia tabah dgn ujian nih..x suke pun ngan saida tuh..;p

    ReplyDelete
  9. betul tu...kita tak tahu apa punca Saida buat camtu....mungkin ada peristiwa dia tak boleh terima apa yang suami dia pernah buat sebelum ni. Mengerjakan umrah tapi takde niat ikhlas dihati nak mengerjakan umrahpun tak guna jugak.

    ReplyDelete
  10. astaghfirullahalazim..

    knp la dia pi tolak..dah baik niat somi tu..klu fikir psl anak² mesti boleh slmt lg rumah tangga dorg..wallahu'alam..smoga hati saida berubah

    ReplyDelete
  11. hati dah kat orang lain la ni...

    ReplyDelete
  12. dah takda hati la tu kot kak

    ReplyDelete
  13. tak tau nak komen sbb kita tak tau apa sebenarnya terjadi antara dorang..

    apapun, semoga boleh berbaik kembali...

    ReplyDelete
  14. semoga mrk dua mdpt keputusan yg terbaik. Lagi baik kalau berbaik kembali

    ReplyDelete
  15. haihhh..
    tak taulah ape nak jadi..
    ramai no yg cerai berai..

    ReplyDelete
  16. Ieda kalau dah tuan badan dah tak suka, buat cam mana pun tetap tak suka. Takutkan dengar berita cam ni.

    ReplyDelete
  17. bila cinta dah xda kat hati kan....

    ReplyDelete
  18. napaknya somi dia betul2 sayangkan dia, tp yer lahh bila hati dah terluka, susah mau pujuk lagi..hanya mereka ber2 jer yg tau masalah sbenarnya

    ReplyDelete
  19. kesian kat suami dia sbb nmpak istri berdating dgn jantan lain, pastu kesian kat anak2 terganggu sekolah dan pelajaran mereka...huhu...
    bila hati tak sayang...semua jadi pahit kan...

    ReplyDelete
  20. mcm² hal..takot pulak..hehehe

    ReplyDelete
  21. Bila dah glamer & kenal ramai org mula la xkenai sapa yg jd tulang belakang dulu, kesian suami & anak2 dia...

    Gosip mengatakan Saida dah ada teman lelaki lain..huhu

    ReplyDelete
  22. tak tau la nk kata ape kan
    org da mmg tak syg nk buat lagu mana
    haaihhh nnt da tua2 sok tau la dia nyesal

    ReplyDelete
  23. mesti ada sebab tersendiri tu..hanya saida yg tahu..

    ReplyDelete
  24. kesain kat anak2...saida korbankanlah kepentingan sendiri..

    ReplyDelete
  25. emmmm macam pernah baca dia da ada orang lain..jodoh da takde kan kak..

    ReplyDelete
  26. kesian hubby diakan..
    pernah dgr citer yg saida ni dh ada org lain..hmmm...

    ReplyDelete
  27. ssh nk komen..mgkin xde jodoh..sian ngan anak2 nya tu...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...