Monday, June 13, 2011

adoi ! utk anjing BERENANG !


salam semua

alhamdulillah , anak2 dah kembali ke sek hari ini .. sungguh2 teruja .. yg teruja akak .. anak2 adehhhh lembikkk semacam je .. sib baik x der yg buat perangai ekekek :) biasalah tuu kalau ikutkan cuti 2 minggu nie x terasa sgt kan .. kejam celik dahhh naik sek .. apa2 punn life goes on .. jalani kehidupan seperti biasa , akak pula insyaallah hari ini masih berpuasa sunat .. syukur allah berikan kekuatan untuk menjalani ibadah2 sunat ini di bulan yg mulia ini .. sebenarnya x sabar rasanya nak menanti menjelmanya ramadhan yehaaaaaaaaa :)) 
ada yg berpuasa hari ini ?? selamat berpuasa ya ..........

haaaaaaa bila sampai awal pagi2 nie .. akak cepat2 skodeng balai berita online .. apa lagi info2 terkini kenalah tahu kan .. sbb dah lama x beli akhbar sejak berinternet nie :)) buka2 berita ini menarik hati dan perhatian akak .. mcm x percaya ada juga tempat mcm nie diwujudkan di malaysia selain ladang ternakan BABI .. kolam renang ANJING punn ada ! huhuhuh .. 

x kiralah negeri dibawah pemerintahan siapa , parti apa .. tapi sensitiviti rakyat yg majoritinya adalah islam perlu di titik beratkan .. berat mata akan memandang semua ini , harap ada pihak2 yg berkuasa melakukan sesuatu ..



AMPANG: “Usahkan orang Melayu, kami yang bukan Islam juga tidak senang dengan pembinaan kolam renang anjing itu.“Malah, jika kolam itu mula digunakan, pasti acara komuniti yang membabit penduduk terganggu berikutan kolam itu bersebelahan tempat riadah,” kata peniaga, Harban Singh a/l Tara Singh, 48, penduduk Beverly Height, di sini.

Menurutnya, penduduk tidak tahu apa alasan pihak berkuasa meluluskan pembinaan kolam itu sedangkan ia terletak di kawasan perumahan.
“Walaupun penduduk di sini berbilang kaum, kewujudan kolam renang anjing sesuatu yang pelik, tambahan pula didirikan di kawasan yang tidak kena lokasinya,” katanya.

Tinjauan Metroplus mendapati, kolam seluas 10 meter x 2 meter itu hampir siap sepenuhnya dan dijangka digunakan dalam masa terdekat.

Tinjauan juga mendapati kolam itu bersebelahan tempat riadah penduduk serta berdekatan kolam renang untuk orang awam.Kontraktor, Mutalib Hassan, 45, berkata jika kolam itu digunakan anjing, ia dibimbangi mengganggu aktiviti riadah penduduk terutama yang beragama Islam selain air kolam itu yang tercemar dengan najis haiwan terbabit.

“Saya bimbang air dari kolam itu melimpah ke kawasan riadah serta ke kolam renang awam terutama jika pihak terbabit mahu menukarkan kandungan airnya yang tercemar dengan najis binatang itu,” katanya.

selanjutnya : DISINI





Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

24 comments:

  1. uihhhh..
    dahsyat..anjing pun ada kolam renang..pasni tah ape pulak yg nak dibuat..

    ReplyDelete
  2. mmg xde keje betoi la..hmmm..skang ni umat Islam semakin berpecah..yg kaut keuntungan org kafir..Allahuakbar..dunia nk akhir zmn..

    slmt berpuasa kak..sy pn insyaALlah puasa sunat hr ni :)

    ReplyDelete
  3. dh ngikut barat le tu...

    ReplyDelete
  4. mak ai...lepas ni agaknye ada la jugak latihan tuk jinak kan anjing...nak tiru omputih la tu...

    ReplyDelete
  5. huhuhu..utk ape la kan..

    **kat sini bila dh start skolah,,jln dh jam

    ReplyDelete
  6. slmt bpuasa sunat kak...sha ganti pose hr ni...masih berbaki 5 hari...haihh byk pulak nk abiskan...ehehe

    ReplyDelete
  7. macam2 la skang ni.. ish..

    ReplyDelete
  8. OMG this is so ridiculous! Pool for dogs??? Something is really wrong!

    ReplyDelete
  9. UWEKKK , gelis nye bile bygkan air kolam tu kalau2 melimpah

    ReplyDelete
  10. Adoi la..pasni jadi air najis anjing la plak tuh..masalh nanti

    ReplyDelete
  11. alahai..spesel untuk anjing tu..macam2 skrg..

    karang kalu geng anjing dok mandi manda..terpercik abis air tu..huhu

    ReplyDelete
  12. aduhaiii...apa kes lah anjing plak ada tmpt nak berenang2 nih... mmg tak sensitif btollah~

    ReplyDelete
  13. apabila manusia terlampau maju skrg ni, tu yg keluar idea yg bukan² tu..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  14. dah takde keje agaknye dorang ni kan...nauzubillah...

    ReplyDelete
  15. ish ish ish..pelok bebenorrr ...mcm2 skang ni eh

    ReplyDelete
  16. erk..adei..mcm2 jer skrg ni..

    ReplyDelete
  17. selamat berpuasa sunat kak..intan juga yg belum puasa..ganti puasa pun belum..ni kan pulak puasa suna..;(

    ReplyDelete
  18. rasanye..mmg tak patut la..giler ke apa..ini malaysia..bukan us okeyyy

    ReplyDelete
  19. ya Allah.anjing kalau dh basah.kite pgg kena samak.kalau budak2 yg tak tau g masuk dlm tu cane.apa lah dorg ni.

    ReplyDelete
  20. anjing pun nak berkolam-kolam bagai.tak de keja lain tu

    ReplyDelete
  21. Isyh! pelik2..

    drpd buang duit buat kolam tuk anjing2 berenang baik selesai masalah air yg melanda tu lg bagus...huh!

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...