Wednesday, June 29, 2011

27 Rejab Israq Mikraj



salam semua


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

•Israk dan Mikraj (27 Rejab)
•Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
•Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah 

sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.


amalan berpuasa di bulan REJAB adalah sunnat , dan berpuasa pada 27 Rejab adalah juga amalan sunnat bukanlah diharuskan @ di wajibkan .. jadi x salah kita menambah pahala dengan berpuasa pada bulan mulia disisi allah ini 

Bagi yang sudah lama beramal dengan fadilat Rejab, namun kini mungkin diyakininya hadisnya tidak sahih, jangan bersedih. Amalan baik yang dibuat insya-Allah tidak akan sia-sia. Hendaklah disedari bahawa Allah itu sifat-Nya maha pengampun. Rahmat Allah meliputi segala sesuatu. Sudah tentu hasil jerih seseorang insan beribadat sekadar kemampuan yang ada akan diganjari.

Umum firman Allah mafhumnya: Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala golongan yang berbuat baik. (Surah at-Taubah: 120). Dalam surah Aali Imran ayat 171, Allah azza wajalla tidak akan mensia-siakan pahala golongan beriman.


Sesungguhnya ilmu itu amat luas. Ilmu yang dikurniakan tidaklah banyak. Sewajarnya ilmu yang ada dicari dan dihadami, maka biarlah amalan itu berdasarkan neraca ilmu, bukan lagi ikut-ikutan, insyaallahhh 



ps : insyaallah akak dah niat nak berpuasa esok ( rabu ) .. alhamdulillah :)





Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

32 comments:

  1. akk rara nk puasa,tapiiiii.hmmm x di izinin.

    ReplyDelete
  2. huhu..akak pom xle..bestfrenz dtg sjk ari jumaat lagi..hehee

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa esok..

    ReplyDelete
  4. kak,selamat berpuasa kak.tgh2 fkir nk puasa gak je.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..kita masih diberi peluang oleh Allah utk menghayati sejarah Israk mikraj..

    insyaAllah sama2 kita puasa esok..=)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..mak saya pun pesan gini since last week lg..byk amalan sunat bulan rejab ni yg byk fadhilat nyer..:)

    ReplyDelete
  7. Moga dipermudahkan lah niat yg baik ni kan..

    ReplyDelete
  8. bestnyer kalo leh join... tapi eB x leh hu3

    ReplyDelete
  9. jom jom berpuasa! hee :)

    ReplyDelete
  10. LYA PON AMBIK KESEMPATAN UTK BPUSA PD HARI NNI

    ReplyDelete
  11. @rara pinkmafia ekekekekek :) tulah sib baik akak sempat .. :)

    ReplyDelete
  12. @sarah-najwan oww ekekke bf saya dtg dari minggu lepas .. sib baik sempat nak berpuasa hari nie kak :)

    ReplyDelete
  13. @Kalamhati alhamdulillah wan .. syukur kerana diberikan kesempatan ini :)

    ReplyDelete
  14. @zatil aah dikk sgt2 banyak kelebihannya :)

    ReplyDelete
  15. @eB ezrin tak pe dik .. insyaallah dikesempatan yg lain pula :)

    ReplyDelete
  16. ena & lya ~ thanx dik :)

    yan & Jat ~ thanx :))

    ReplyDelete
  17. thanks for sharing kak..muahhh

    ReplyDelete
  18. thanks for sharing akak...insyaallah,hari ni saya berpuasa.. :)

    ReplyDelete
  19. sy puasa hari ni kak.. tp gantilah..yg wajib kena dahulukan kan..

    ReplyDelete
  20. sha x bkesempatan nk bpose hr ni.....slmt bpose ye kak :)

    ReplyDelete
  21. niat di hati nak berpuasa.. tak pi apa kan daya... uhuhuhuhu

    ReplyDelete
  22. @MrS. F!zA ya dikk .. alhamdulillah dahulukan yg wajib itu :))

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. @sha a.s hermm x perlah sha .. nak buat mcm mana kan :)

    ReplyDelete
  25. @*∽ IZAN ∽* ekekek x per .. puasa sunnat je dik .. kalau x dpt buat tidak mendatangkan dosa :))

    ReplyDelete
  26. saya posa ganti hari ni..:p

    ReplyDelete
  27. salam israk mikraj kak =)

    ReplyDelete
  28. salam israk mikraj kak.. kt xbole pose lah.. tuttt hehe..

    ReplyDelete
  29. arrayah.info - 28 Rajab – Hari Di Mana Umat Islam Kehilangan Perisainya (KHILAFAH)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...