Thursday, June 30, 2011

kalaulah dpt makan hari2 .. hurmmm


salam semua

eii sakit ati tul dgn blogspot nie .. dari tgh ari tadi akak x leh nak log in .. huhuh x dpt nak publish entry2 :(

hermm bila jalan2 umah blogger2 lain mcm tu jugak , sedih tul lah dgn blogspot sejak akhir2 nie .. kenapa erkk .. adakah wajar kalau kita tukar je ke domain lain .. hermmm nak ajak MTD & munna lahh sbb mereka ada jugak singgah cakap x leh login .. akak x leh komen layie dikk
sib baik balik mlm nie dah ok .. hermmm nie semua pic2 menu berbuka akak semalam .. sepatutnya akak publish tadi tgh ari .. tapi gagal sbb kan blog yg meragam huhuhu 

soo layan jelahhh menu2 nie .. huhuhuh

nasi kukus pemberian kawan ofiice .. rejeki berbuka nie :)

mee hun sop yg sempat akak buat utk anak2 .. mana cukup nasi kukus satu je kan ekekek  ** alamak salah tulis lahh mee hun tomyam nie ekekek sib baik yus & adik Gee tegur .. hahahah sudah nyanyukkkkk waaaaaaa :))

close up sikit .. konon2 nak seksakan jiwa uols siang tadi .. sekali x jadi maaaaaaaa hahahhaha akak lak yg sakit ati ! ekekekkeke

oklah .. akak nak pi hantar anak2 tuisyen jap .. sat2 layie akak sambung dgn BW .. balas dendam siang tadi .. ekkekeke ok bye !





Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

“ Jom Terjah Blogger Terbaik Bersama Sharifdez “


salam semua

alhamdulillah pagi2 lagi lepas hantar anak2 ke sek , akak sampai office seawal 7.45 pagi .. :) ceria semua , syukur sbb insyaallah akak still berpuasa .. puasa sunat khamis di bulan mulia REJAB ini .. 

ok bila sampai office perkara pertama buka adalah BLOG hahahah adehh kata tegar kan .. so sure lahhh :) tgk shoutbox ada msg dari adik sharifdez nie .. siapa dia ?? adakah blogger popular ?? artis popular ??
ekekek tidak lahhh dia adalah salah seorang blogger newbie yg sgt xtive dlm usaha memperkenalkan blog dia , meramaikan kenalan dlm dunia maya ini dan salah seorang blogger yg mempunyai banyak intipati didalam lamannya ..

haaaaaaaaaaa akak di jemput ke rumahnya kerana akak sudah terpilih untuk memasuki list2 BLOGGER TERBAIK didalam blog dia .. dari amatan dia lah kannn .. sgt2 terharu dan TERIMA KASIH dik ! .. :)



cer teka .. cer teka .. dimana akak didalam senarai diatas ??
hahhaha akak didalam senarai ke 19 tuuuuuu

dan dalam blog dia juga ada banyak blog2 yg tersenarai didalam blog2 terbaik pilihan dia .. apa kata anda jalan2 disana dan tgk adakah blog anda tersenarai .. sambil2 tu bolehlah meramaikan lagi kenalan dan memanjangkan lagi ukwah sesama kita .. ianya indah tau ! :)

ok .. jgn lupa ramai2 TERJAH rumah blogger dan list2 blogger yg lain :)


 


Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

1st GA BDAY RIENA & IBU


STICKY POST

~ entry baru dibawah ya ~


DENGAN RASMINYA DITUTUP 

TERIMA KASIH KEPADA YG JOINT IN , HARAP SABAR MENANTI KEPUTUSAN 
DAN GUD LUCK !




Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

Wednesday, June 29, 2011

adoiii ! LETIH !


salam semua
aduh x dpt akak nak fikir bila jumpa org mcm nie huhuhu , dah lah baru balik meeting nie .. haaaaaaaa sekali dpt email nie .. sakit perut dibuatnya .. budak nie senggal lahhh huwaaaaaaaaaaaaa
jom kita baca :))



Dapat dari email, Sampul surat dihantar 
oleh LHDN......

Seorang pekerja swasta telah membuat panggilan ke LHDN dan bertanyakan 'Form 'B'. Salah seorang kerani LHDN telah menjawab panggilan tersebut dan bertanyakan alamat bagi membolehkan borang tersebut dihantar dan berikut adalah perbualan mereka :-

Kerani LHDN : Boleh bagi alamat encik?

Pekerja Swasta : Ok, hantar ke Ranhill Worley di opis saya.

Kerani LHDN : Apa Ranhill? ...... eja macam mana?

Pekerja Swasta : R.A.N.H.I.L.L eja dia camni : 'R'.. untuk Rumah... 'A' untuk Ayam .. 'N' untuk Nangka... 'H' untuk Holland ... 'I' untuk itik..'L.L' untuk lain- lain....'

Kerani LHDN : Ok.. nanti kami hantar ke alamat itu

Selepas seminggu, borang tersebut pun sampai - jom tengok alamat di sampul surat !!!


Kalau memang betullah cerita di atas memang tak layak nak minta bonus kerani tu ! uhuhuhuh

SELAMAT BERBUKA PUASA BUAT YG BERPUASA ..!



Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

RED in lil fasya & arissa bday


salam semua

alhamdulillah , sukee sgt2 sbb dpt ke bday celebration lil princess of mummy chacca aka izan nie .. princess fasya & arissa .. akak , kak zia dan zue dpt menghadirkan diri .. best sbb tema bday celebration adalah merah hitam .. salah satu warna kegemaran akak wehhh :) sib baik lahh leh ikut tema .. cuma lari sikit2 lah .. 

kami bertiga berjanji nak gi sama .. sib baik akak pun dah biasa dengan kawasan gambang nie :) x lah risau sgt .. cuma akak x pernah sampai umah izan lagi , tu yg mengfolo kak zia dan zue .. kebetulan pula zue naik dngan kak zia .. hermm lagi senang .. sampai2 aje dah ramai org .. kami ingat kami yg lewat rupanya lepas potong kek punn still ada lagi jiran2 dan sedara mara izan yg baru sampai .. apa2punn majlis berjalan dengan jayanya .. nak2 bila tgk bday kek yg sgt2 GORGEOUS uuuu !

rumah izan sgt2 cantik .. suke deco yg simple mcm nie :)


tgk lah kek nya .. aduhhhhhhhhhhh kelam kabut sekali bila anak2 akak , kak zia dan zue melihat kek nie .. termasuk lah kami , perasaa mcm punn ada .. rasa syokkk tgk kek nie .. takut nak makan punn ada .. x sangka izan leh buat kek yg sgt2 menarik mcm nie .. hermmmmm next time akak leh tempah erkkk tapi please ! kasi diskauunnnn lah erkkk :))


the beauty of izan & her family .. hubby yg pemalu , bila tgk dah lebih kurang hubby akak je :)


kami2 yg hadir .. 

anak dara ku dan anak dara zue memang xcited bila tgk kek tuu .. mata x berkelip2 tauuu :) susah ati huhuhuh

nie part 1 tau .. tunggu part 2 .. banyak layie pic .. :))

uols lunch apa ?? akak x lunch , nak BW puas2 .. sbb akak pose ..
soo SELAMAT MENJAMU SELERA ..





Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

ku suka MERAH ini - alhamdulillah menang GA


salam semua

alhamdulillah .. semalam akhirnya sampai jua hadiah akak menang GA buat kali yg ke 6 ahhahah banyak tuu ekekekke syokk sendiri lah pula .. :) ok lah kan .. tahun nie adalah juga rejeki GA berbanding tahun lepas :) maklumlahhh tahun nie barulah bermulanya minat nak xtive join in GA & Contest nie .. syukurrrrrrr .. 

dan ini adalah hadiah dari akak menang GA dari kak azatie sayang GA " Anakbuah Azatie"  .. sebenarnya akak x tahu yg akak menang .. tahu bila penganjur iaitu kak atie btahu je .. pasti akak x ingat akak join GA yg mana .. ekkeek kelakor kan akak nie .. ampunnn ya kak tie .. anyway suke .. suke .. suke sgt2 ngan adiah nie ...:)


mcm tahu2 je akak suke warna merah .. suke ! thanxxxxx again kak :) kebetulan juga kak .. saya memang nak tukar purse .. sbb purse saya yg sedia ada dah bocor sana sini .. ekekke maklumlahh saya nie selagi x lusuh selagi sedap pakai .. :) amalan berjimat cermat lah katakannn ecehhh ! ...



thanx again ya kak ..
oh ya GA akak pun dah nak sampai ke penghujung , insyaallah mlm esok akak akan senaraikan peserta2 GA akak tuu .. dan insyaallah juga keputusan akan kuar minggu depan ..kepada yg nak joint still ada masa tu :) dan kepada yg dah joint , terima kasih sekali lagi dan tunggulah keputusannya dengan penuh sabar :))






Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

27 Rejab Israq Mikraj



salam semua


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

•Israk dan Mikraj (27 Rejab)
•Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
•Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah 

sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.


amalan berpuasa di bulan REJAB adalah sunnat , dan berpuasa pada 27 Rejab adalah juga amalan sunnat bukanlah diharuskan @ di wajibkan .. jadi x salah kita menambah pahala dengan berpuasa pada bulan mulia disisi allah ini 

Bagi yang sudah lama beramal dengan fadilat Rejab, namun kini mungkin diyakininya hadisnya tidak sahih, jangan bersedih. Amalan baik yang dibuat insya-Allah tidak akan sia-sia. Hendaklah disedari bahawa Allah itu sifat-Nya maha pengampun. Rahmat Allah meliputi segala sesuatu. Sudah tentu hasil jerih seseorang insan beribadat sekadar kemampuan yang ada akan diganjari.

Umum firman Allah mafhumnya: Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala golongan yang berbuat baik. (Surah at-Taubah: 120). Dalam surah Aali Imran ayat 171, Allah azza wajalla tidak akan mensia-siakan pahala golongan beriman.


Sesungguhnya ilmu itu amat luas. Ilmu yang dikurniakan tidaklah banyak. Sewajarnya ilmu yang ada dicari dan dihadami, maka biarlah amalan itu berdasarkan neraca ilmu, bukan lagi ikut-ikutan, insyaallahhh 



ps : insyaallah akak dah niat nak berpuasa esok ( rabu ) .. alhamdulillah :)





Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

Tuesday, June 28, 2011

macam2 DUNIA !


salam semua
apa yg dapat anda semua katakan :)















Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

x sangka boleh JUMPE TMP - part II


salam semua

hahahahha kisah last 2 week .. kesinambungan program polo berkuda di padang polo club di raja pahang .. hermmm mcm biasa , yg turut serta adalah nenek tersayang yg x pernah kami tinggalkan .. selagi dia terdaya kami bawa dia kemana sahaja .. kebetulan nenek akak nie memang suke jalan .. kalau kami x ajak , dia yg nak ikut beria .. :) sooo oh layan pic2 nie

cer teka umur dia berapa .. ?? haaaaaaaaa dah menjangkau 86 tahun tau !

mcm biasa .. pic2 poyo akak dan hubby .. pic taken by nina

oh yaaaaaa petang tuuu akak x sangka sebenarnya leh jumpa empat mata dengan Tengku Mahkota Pahang nie .. sebelum2 nie kami tgk dari jauh je .. kali nie dia lalu betul2 depan akak .. akak mcm terperanjat dan terkasima kejap sbb siap leh nampak dia senyum @ tidak .. tapi mcm biasa .. TMP nie bermuka masam petang tuu , kata mak akak dia anak beranak samee je wajah masam .. x tahu lahh dah keturunan kuut .. payah nak tgk mereka nie senyum .. hahahhaha :)


Takutkan APA sebenarnya !



salam semua

akak baru jelas baru2 nie pasal isu ini .. yg pelik perhimpunan nie dikatakan adalah utk menyuarakan suara rakyat .. kenapa pula nak disekat ! .. dimana letak nya hak asasi rakyat .. kata rakyat didahulukan ..
pada pandangan akak tidak wajarlah jika perhimpunan ini hendak sekat .. akak sokong dan berdoa agar apa yg cuba mereka lakukan tidak di provokasikan oleh mana2 pihak yg berkepentingan .. dan tidak dijadikan landasan utk melakukan sebarang situasi kucar kacir , insyaallahhh
 

PERHIMPUNAN BERSIH - mendapat tentangan
pelbagai pihak


Pemuda UMNO dikatakan akan mengadakan perhimpunan dan berarak pada tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan SPR. 

Sementara itu, di IPOH, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tujuan pembangkang mengadakan demonstrasi jalanan haram itu adalah untuk  mencetus suasana huru-hara.  - APA PULAK ! 

dan bagaimana pula dengan kenyataan ini .. 

 Suhakam: Perhimpunan Aman Tidak Seharusnya Disekat 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, perhimpunan aman tidak harus disekat daripada diadakan kerana ia adalah hak asasi awam untuk berbuat demikian.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam berpendirian bahawa perhimpunan jalanan yang ingin dianjurkan oleh Bersih, perhimpunan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Gerak Aman pada 9 Julai ini harus dibenarkan selagi ia diadakan dalam suasana yang aman dan tenteram.


info : mstar

haaaaaaaa tgk .. dah jelas dah disitu :)





Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

Monday, June 27, 2011

aduhhhh serba salah NI !


salam semua

aduhhhh lari jauh2 lahhh kalau ada dikalangan kita yg berbau bdannya kan kan .. huhuuh ini yg adakalanya membuat akak rasa bersalah .. ada dikalangan teman2 kita yg x sampai petang lagi , bdn mereka berbau .. adakah mereka perasan atau mereka x perasan badan mereka berbau .. ada tuu bau peluh yg sgt2 ketara sehingga membuatkan kita tidak selesa .. huhuhuh uols selalu tak alami perkara2 mcm nie .. 

adakalanya akak ingin beritahu si pulan2 nie .. tapi akak serba salah dan risau takut dia x boleh menerima .. tapi sgt2 lah ketara bila sipolan2 nie berada bersama2 kita sebenarnya .. sampai ada ketika diantara mereka nie dah buat muka x selesa .. huhuuh 



Apa pun bagi akak penjagaan dalaman dan luaran adalah penting. Bawang putih pun ada sedikit memainkan peranan bau badan tapi tak lah 100%. Kebersihan pakaian dalam adalah amat penting untuk menggelakkan bau badan dari berlaku. 
 
Ketika mandi tolong gosok dan sabunkan di bahagian ketiak anda. Akak tidak menggalakkan anda untuk memakai bedak , ini kerana jika amalan berterusan ketiak akan berwarna hitam. Tak cantik kan...
 
Minum banyak air putih amatlah digalakkan supaya ianya boleh menghilangkan toksik dalam badan ,dan menggelakkan nafas berbau. Ini semua adalah berkait rapat diantara satu sama lain.
 
Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, rebus hingga mendidih, Kemudian campurkan dengan air mandian, Mandilah setiap pagi dan petang selam seminggu.


ps : ada masa2 tu rasa x nak jumpa org mcm nie .. ada rasa semacam .. mcmmm " eiii aduhhh dia nie lagi .. huhuh x tahan bauuu huuh " haaaaaaaa uols ada rasa mcm tuu tak ??

 

Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

Lil Zahrah Shanley


salam semua

alhamdulillah lil zahrah selamat dilahirkan ..
nak tahu anak siapa .. jom baca lagi ! :)


Gambar di atas ialah Zahrah Shanley. Zahrah Shanley telah dilahirkan dengan berat 2.2 kilogram di hari Jumaat lepas di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
Jimmy Shanley nampaknya memang benar-benar menghargai dan menanti kehadiran anak sulungnya. Jelas dapat dibaca kegembiraan Jimmy daripada kata-katanya di bawah ini:-
Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani
Zahrah sungguh bertuah mendapat seorang ayah yang sangat prihati dan mencintai dia. Semoga dengan kehadiran Zahrah akan menyatukan kembali ikatan ibu dan ayahnnya. Sama-samalah kita doakan.

sumber : abang NARA

tahniah buat jimmy .. sungguh terharu bila baca kata2 jimmy nie .. harap2 dengan kehadiran anak yg sgt2 cumei ini memberikan sinar baru buat kehidupan jimmy dan isterinya dan jgnlahhh mereka gado2 layie ... huhuhu ciannnnnnnnnn kat bb tu !  huhuhu awat hari nie malas rasanya nak menaip ?? letih lesuuu je badan nie .. lapoor pun ya jugak ! huwaaaaaaaaa




Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...