Tuesday, May 31, 2011

Kalau KENCING malam


salam semua

bukan nak cerita pasal anak akak yg kencing malam tapi tertarik dgn topik yang dibincangkan disini .. masalah kencing malam nie , boleh dikatakan ramai ibu2 yg mengalaminya .. specially bila anak2 yg dah free dypers kan .. termasuk akak , tapi akak still x berani nak free dypers utk zahrien sewaktu dia nak tidur , walaupun dia x minum susu sblm tidur .. 

ermm entahlah .. mgkin sbb x nak letih menjemur tilam @ sebagainya .. akak x pernah lupa pernah sekali riena terkencing malam di tilam .. masa tu dia dah pra sek .. yaaaaa tuhan ! seksanya sbb mereka tidur berlapikkan tilam yg tebal .. huhuh bila ditanya , katanya dia bermimpi .. hermmmm adakah mgkin kerana mimpi yg menyebabkan kita terkencing malam ?? nasibbb baik itu lah [ertama dan terakhir dia terkencing malam !

oleh Hafizah Iszahanid

Masalah anak kencing malam (bedwetting) sememangnya antara perkara yang membimbangkan ibu bapa apabila pulang ke kampung atau bercuti. Persoalannya, apakah ini satu tabiat biasa yang boleh dibiarkan, apalagi jika ia berterusan sehingga si anak mencecah usia 6 tahun?

Menurut Khidmat Nasihat Kesihatan United Kingdom (NHS), kencing malam atau nama saintifiknya 'nocturnal enuresis' sangat biasa di kalangan kanak-kanak terutama di bawah usia 7 tahun. Satu dalam 5 kanak-kanak berusia 7 tahun, satu dalam 20 kanak-kanak berusia 10 tahun berhadapan dengan kencing malam dan ia lebih kerap ditemui di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Kadang kala tabiat kencing malam boleh juga disebabkan oleh keadaan kesihatan seperti masalah diabetescystitis (radang pada pundi kencing). Ada juga di kalangan sesetengah kanak-kanak, tabiat ini mungkin disebabkan ketidakupayaannya menghasilkan hormon anti-diuretik dengan cukup yang berfungsi mengawal penghasilan air kencing pada waktu malam.

pic : google

5 Panduan Atasi Anak Kencing Malam

* Jumpa doktor bagi menghentikan permasalahan ini jika anak anda berusia 6 atau 7 tahun. Ujian akan dijalankan bagi memastikan anak bebas daripada masalah jangkitan pundi kencing.

* Jangan hukum anak kerana ini memberinya lebih banyak tekanan. Kanak-kanak ini tidak upaya mengawal tabiatnya dan hukuman akan menjejaskan jati dirinya.

* Hormati hak peribadinya - kanak-kanak malu kerana kencing malam dan tentu dia tidak mahu orang lain juga tahu mengenai masalahnya.

* Latih anak bangun malam untuk kencing. Amalan setiap malam akan mendidik akal dan tubuhnya untuk bangun membuang air kecil sebelum dia kencing di katil.

* Berfikiran positif dan sabar. Beritahu diri anda yang usaha si anak menghentikan tabiat ini memakan masa. Sikap kurang sabar hanya menjadikannya lebih tertekan.

info sepenuhnya : DISINI


harap dapat membantu kawan2 dan adik2 sekalian yg mana dah berumahtangga ,, tapi x mustahil kalau org dewasa juga mengalami kencing malam .. adakalanya seperti didalam mimpi juga .. betul tak ??

 

Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

42 comments:

  1. tq akak for sharing,
    jgn kata budak kecil,
    wanie pun pernah lah terkencing mlm,
    tue pun selepas mimpi yg menakutkan,
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. gud info...wpun xde anak lg tp masih boleh diambil sbg panduan mase akan dtg...

    doa la k.a.m.i dikurniakan anak ya :)

    ReplyDelete
  3. biasa la budak2kan kadang kalau gi mandi kolam ke terendan lebih mandi manda tu...bile mlm terbabas la dia...

    anak saya yg kecik tu kadang2 buat jugak kencing mlm...lebih2 lagi kalau musim hujan...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..3 hero akak..terlatih dgn jayanya..

    dlm usia 3 thun..mrk free diaper walaupun mlm hari..

    tapi itulah..jika berhdpn dgn hal gini..ibu bapa mmg kene byk sabar..mmg kene salu motivate anak2 yg terlibat..

    ReplyDelete
  5. @Cik Wanie Ghani ahahahh memang tul tu dik ... kita org dewasa x terkecuali :)

    ReplyDelete
  6. @sha a.s insyaallah dikkk akak doakan selalu .. aminnnn :))

    ReplyDelete
  7. @ainnoraini aah selalunya mcm tu lah , anak2 kecing mlm nie disebabkan xtivt yg lasak sgt bila siangnya .. nak2 yg melibatkan air huhuh

    ReplyDelete
  8. @sarah-najwan aah kak setuju , memang kena selalu motivate kan mereka2 nie .. ermm saya insyaallah dlm usaha plan2 nak free dypers zahrien tuu .. dah buat 2-3 ari nie .. tgk ok jew :))

    ReplyDelete
  9. izwa pun tak ajar lagi kak waktu mlm..ade la sekali dua ajar,sekali tak kencing lagi 2 kali kencing abis..huhu...

    ReplyDelete
  10. dilla pun lum train acha free diapers nih...sbb lum bersiap sedia lagi nk mengop satu umah...huhu

    ReplyDelete
  11. ieda.. terima kasih atas info ni... berguna utk kita ibu2 ni...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah anak akak tak kencing malam, petuanya senang je, kurangkan minum susu sebelum tidur, kalau lapar bagi dia makan. lepas tu budak ni kalau nak terkencing dia akan merengek masa tidur, kejutkan dia bangun kecing. kalau dah biasa cam tu, lama-lama jadi rutin, bila nak terkecing dia bangun.

    info yang ieda tulis memang betul, penying sekali jangan bagi anak tekanan.

    ReplyDelete
  13. dulu penah gak kencing malam tp kecik la tp xkcik sgt lah..hahaha..haihh..mcm2 kan..malu je kat jiran..hehehe

    ReplyDelete
  14. tq for ur info..ank dara intan umur 4thn..masih kencing malam lagi..tp ank bujang yg umur 3thn..x pulak..mungkin tank pompuan lagi besar dr lelaki kot..hehhehe

    ReplyDelete
  15. Bagus info ni kak walau sekarang ni ammar masih pakai pampers lagi..insyaAllah akan dipraktikkan bila anak dah free diapers nanti.

    ReplyDelete
  16. awe salah sorang kanak2 di atas...heheheh..

    ReplyDelete
  17. bagus info nie kak...tq for sharing..
    jom..http://amienanacollections.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. gud info nie kak....thanks 4 sharing k...

    ReplyDelete
  19. oooooooooooooooooooo.mcm tu eh.

    rara pon suke kencing mlm.tp takde lah atas tilam.adik rara bukak pintu peti ais n kencing.gagagaga.dye ngt tu bilik air.

    ReplyDelete
  20. anak ayu dah x pakai dypers alhamdulliah bila x sejuk dia x terkenying kat futon...just mcm akak ckp la kena ajar dia org bangun untuk kencing...dan ayu amalkan dia x leh minum lepas 8pm. nampak mcm oke

    ReplyDelete
  21. bagus kak info ni..
    anak saya yg kecil tu kadang terbabas gak bila letih sangat..
    mak mertua ajar sapu minyak kat ari-ari sebelum tidur

    ReplyDelete
  22. baru malam tadi wawan mengalami benda ni. walhal dah suruh dier kencing dulu sebelum tido.

    ReplyDelete
  23. @♥Mrs.Eady♥ huhuh tu lah .. tu yg x tahan tuu .. ermm tapi kita nie kenalah berkorban kann huhuh

    ReplyDelete
  24. @Dilla Ady kena tidur kan dia di tilam yg biasa2 dik .. mgkin tidur depan kuut .. akak buat mcm tu lah huhu

    ReplyDelete
  25. @Cik Ina Do do Cheng haa setuju dgn apa yg akak cakap .. insyaallah ieda akan buat mcm tu jugak .. jgn bagi dia susu sblm tidur kan .. :))

    ReplyDelete
  26. @lalink7 ekekek kalau dah besar malu lah dikk huhhu

    ReplyDelete
  27. @intan_blur oh ya .. ermm anak perempuan lambat sikit kuut .. anak2 akak perempuan ok pula , cuma anak lelaki nie susah sikit :)

    ReplyDelete
  28. @qemaishak yes dik .. sharing is carring :)

    ReplyDelete
  29. @☆*♥L@dy @yU♥*☆ aah dik .. maknanya kita bagi mereka tidur berasingan dengan kita .. baru senang nak ajar kan :)

    ReplyDelete
  30. @Sofya oww sapu minyak kat ari2 dia .. ooooo ermm minyak apa dik ?? .. huhuh nak tahu jugak nie

    ReplyDelete
  31. ank buah masih pakai pempes lg walaupun dah 3tahun...

    ReplyDelete
  32. kencing malam itu biasa bagi kanak2 lakan saya dulu pun sama...tu la anak2 saya pun sama masih lagi pakai dypes walaupun dia pandai bgn sendiri biler nak kencing...pernah sekali haritu dier terlupa pakaikan dier terkencing habis semua tilam n selimut bau hancing satu bilik seminggu baru hilang....

    ReplyDelete
  33. x ada experience lg..sbb waiz mmg full diapers skrg.

    bgus lah sis buat n3 ni..dpt info

    ReplyDelete
  34. ayu x letak dia dlm bilik asing lagik sebab kat sini pow bilik ada 1 jer...biasa la umah jepon kecik2 jer akak...waktu skrng pow just risau waktu winter sejuk sgt so dia mudah nak terkencing~

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah setakat ni kakak meya tak pernah terbabas kencing malam sejak munna tak pakaikan dia pampers dah...

    ReplyDelete
  36. @ieda
    minyak angin la kak..
    jenis apa2 pun boleh tapi asal bukan minyak panas la..
    minyak gamat pun ok..
    saya guna minyak but-but keluaran HPA tu.. ok

    ReplyDelete
  37. dulu anak saya kak..danish tu ari2 kencing tilam kak..jenuh dok marah dia (sian dia) tp skrg alhamdulilah skrg dia x kencing mlm..takut kena marah lah tu hahaha..tiap kali nak tido make sure dia kencing dulu then jgn minum air byk2..kdg2 kalo dia terjaga mlm..terus suh dia g kencing b4 smbong tido..

    ReplyDelete
  38. gud info..thanx kak..danish Alhamduliilah sejak dia free diapers3 kali je dia kencing malam kat tilam..tu pun masa dia br2 blaja xpakai pampers..

    ReplyDelete
  39. Kencing malam huhuhuhu aku dri kcik samapai 20tahun masih kencing malam lagi....mak aku sruh pakai pampers ja tiap2 mlm...srg pon ada lgi terbabas....hihihi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...