Thursday, May 26, 2011

harap2 x naik lagi , TAPI ..


salam semua

alhamdulillah bila baca online ari nie pasal minyak nie .. huhuhu tapi still risau sbb kalau kekal takut barang2 lain lak naik .. huwaaaaaa .. dah lah baru2 nie harga susu kanak2 , gula dan tepung naik .. lepas nie x tahulah apa yg naik mengantikan minyak yg x naik konon2 utk kesenangan rakyat huhuhu .. 

harap2 x der lahhh barang2 lain yg naik .. susah hati betul dibuatnya .. bila dgr harga minyak x naik .. lega .. sbbbb sblm2 nie harga minyak memang dah membebankan rakyat ! betul tak ????


Harga RON95 Kekal

PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini. Ismail Sabri berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail Sabri berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa. Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram. Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.

Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini. Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.


ps : x daya dgn keadaan skrg nie .. harga barang naik sana sini .. nak kuar rumah takut kena simbah .. ayat2 nasihat dan petua2 dah banyak berkumandang dekat radio .. apa nak jadi dgn dunia skrg nie huhuhu





Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

29 comments:

  1. Tunggu la lepas pilihanraya. Tengok keadaan macam mane lak...

    ReplyDelete
  2. tol tu..politik minyak nie..

    ReplyDelete
  3. ye kak..ku tarik nafas lega kak biler dgr..harap mmg tak naik la...

    ReplyDelete
  4. belum naik lg....tp nnti akan naik gak..huhu..bil letrik plak dia naikkan...mcm2 le..huhuh

    ReplyDelete
  5. tu la kak... lega jugak dengar minyak tak naik... fuhh... dah la amni banyak jalan sana-sini nak amik adik ngan mak balik kerja... hantar adik umah mak mertua dia lagi.. huhu....

    p/s : hubby akak nama abbas? hehehe.. sama la kan ngan nama anak sedara amni...

    ReplyDelete
  6. naik2 gak kita cam mn pun kena beli myk gak ntahlah depa ni politik byk..pas politik depa bukan nak amek tau pya..lg lah brg semua pakat naik...jgn badan naik sudah tu yg den x suka hahahahaha

    ReplyDelete
  7. susah nak cakap..
    barang2, minyak naik setahun berapa kali..
    gaji naik 10 tahun sekali..
    erm..

    ReplyDelete
  8. tiada jaminan arga minyak xnaik
    utk masa akn dtg
    wat sementara ni mmg la kata xnaik
    akan dtg TENTU naik punye

    ReplyDelete
  9. nape bila ckp pasal hrga brg naik je msti org akn ckp politik..kerajaan slh..rsnya kena luaskan pembacaan dan tambahkan ilmu..semua brg2 tu adlh global power..malaysia yg ciput ni manela ade kuasa nk control agr hrga brg dunia xnaik..n kena tau jgk ape faktor brg2 tu naik..bencana or keadaan negara2 besar penyumbang utama..nak ke kita jadikan negara kita ni mundur dan miskin di dunia? ye la kalau dh kata kerajaan suka2 naikkan hrga minyak..kerajaan dh bg subsidi mana yg bole utk bantu rakyat..tp kenaikan brg or minyak tu adlh dtg dr faktor global..worldwide..xkan nk abiskan sume duit kerajaan n bagi subsidi kt semua rakyat malaysia ni hingga menjejasklan ekonomi negara kita..negara kita jgk berperanan utk mengekalkan kestabilan ekonomi negara kita..kalau x matawang kita akn terus merudum dan merudum dan effect pd ekonomi kita..n if that thinhs happen again org akn salahkan kerajaan..so kalu kita buka minda utk mengkaji ekonomi dunia than baru kita akn tau menilai..xdela asyik menuding jari menyalahkan org lain..

    ReplyDelete
  10. okeh la tu walau tak pasti sampai bile ia leh kekal..

    pasni kalu naik lagi, jom kak kite naik beskal gi ofis..huhu

    ReplyDelete
  11. pelik kan, kita ni bukan ke negara pengeluar minyak..?? tp nk compare harga dgn negara yg xde langsung sumber minyak..mmg la tpt dorg lg mahal...haha~

    kt arab tu knp boleh bg rakyat harga minyak murah gilerr vavi..?? hurmm *wondering*

    ReplyDelete
  12. @pena rozie tu lah harap2 x lah naik layie .. risau kalau harga barang2 lain yg naik huhuh

    ReplyDelete
  13. @Adyla x kesah punn politik minyak ke ape ke .. janji rakyat jgnlah di bebankan layie .. kena cari solusi utk meringan kan beban rakyat .. sbb rakyat kita masih ada yg susah .. sedih bila tgk :(

    ReplyDelete
  14. @♥Mrs.Eady♥ harap2 lah dik .. insyaallahhh cuma risau kalau brg lain juga naik .. alamat x makan lee huhuh :)

    ReplyDelete
  15. @Mama Gee huhuhu bil elektrik naik ! jgn naik .. nak potong utk jimatkan electrik tuu akak setujulah jugak ekekek , sbb no choice :)

    ReplyDelete
  16. @Amni huhhu keperluan minyak nie dimana2 dik .. semua org perlu .. bila perlu kena lah cari solusi agar tidak membebankan semua pihak .. insyaallah ada jalan dan akak harap sgt jgn reda nie lain pulak yg mengeladak huhuh

    ReplyDelete
  17. @el hahahah bdan sure naik dikk sbb minyak naik ekekek .. insyaallah kenalah pulun diet dik :))

    ReplyDelete
  18. em no komenla kalau mende berkait2 ngan gomen ni.kang ade yg sentap lak.ehehe...pun mls nk pk rega brg sik naik.ckp byk pun mende naik gak.just amik tau je la perkembangan.

    ReplyDelete
  19. @Sofya tolong2 kasi naik gajiiii huwaaaaaaa :))

    ReplyDelete
  20. @Nana x tahu lah sampai bile nak naik huhuhu .. x tahu nak cakap apa kalau naik layie .. skrg punn dah ramai yg memilih di stesen minyak .. tgk ron97 semua lari .. beratur kat ron95 .. kesiann kan .. bayangkan kalau ron 95 naik sama dgn ron97 .. mana mereka nak lari lagi ..

    haaaaaa pakat2 x gi kerja lahh huhuhuh

    ReplyDelete
  21. @[-suziey-] masing2 ada pandangan masing2 .. :) pada akak kalau naik x membebankan rakyat akak setuju .. kalau nak kaji banyak lagi yg boleh kerajaan lakukan .. memang betul kena buka mata dan minda .. tapi bila mata dan minda di gauli dgn wang ringgit .. yg susah rakyat .. huhuhu ..

    x perlah , ape2 punn jgn lah naik layie .. susah nanti kalau tinggi2 sgt rege minyak nie .. bila minyak naik , pasti harga barang2 lain akan naik sbb kos penghantaran dan sebagainya .. huhuhuh :))

    ReplyDelete
  22. @Dilla Ady naik besikal ! huhuhu kalau x der anak layie leh lah dik .. kalau dah ada anak mcm mana .. manee mau letakkk huhuhu

    ReplyDelete
  23. @YanaMIB yes dik SETUJU sgt2 .. renung2kan lahhh huhuhuh :))

    ReplyDelete
  24. @ratusiput tulah .. walau mcm mana sekalipun isu2 mcm nie kena lah kita ambil tahu kan , sbb melibatkan kita .. rakyat ada hak bersuara .. sbb back to back rakyat jugak yg bayar dan kena huhuhu :))

    ReplyDelete
  25. mintak2 lah tak naik ag buat masa terdekat ni kak.rara dh pening dh ni kalau naik ag.

    ReplyDelete
  26. harap2 lah x naiklah..pening2..

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah msh kekal

    ReplyDelete
  28. harap2 kekal lah harga skrg ni..mmg terasa klu minyak naik ..otomatik harga brg lain akan naik juga

    ReplyDelete
  29. minyak naik,kita naik minyak hehe

    jgn la naik plak kan..nnt semua kena naik plak..err byknyer perkataan naik hehe

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...