Wednesday, May 18, 2011

dah 2 kali MOHON CERAI ke ??

salam semua

x sangka kan .. dah 18 tahun kawin tuu huhuhu , sedih pula .. ye lah anak2 dah besar tuu 17 tahun sorang dan 14 tahun sorang huhuhuhu .. dah nasib budak2 tuuu , zakiah nie punnn bukannye mude lagi kan .. apalahhh yg dia cari huhuhuh .. minta di jauhkan lahh perkara2 macam ini dari kita2 semua kan :)



PETALING JAYA: Personaliti TV3, Zakiah Anas menegaskan bahawa dia tidak akan kembali ke pangkuan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sekalipun lelaki tersebut berubah sikap. Zakiah juga mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada Mohamad Yusof selain tiada persefahaman dalam perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu.

Sehubungan itu, wakil hakam (penimbangtara) Zakiah, Muhammed Shouib Awalludin membuat kesimpulan menasihatkan Mohamad Yusof untuk menceraikan isterinya dengan lafaz talak satu. Perkara itu dinyatakan oleh Muhammed Shouib, yang merupakan seorang bekas kadi dalam laporan hakam tersebut yang dibentangkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Dalam majlis hakam, Mohamad Yusof diwakili oleh seorang imam masjid, Mohd. Azizi Mohd. Yaakob. Sekiranya Zakiah nekad untuk tidak kembali ke pangkuan suami, Mohamad Yusof pula nekad untuk tidak mahu melafazkan cerai. Mohamad Yusof berhasrat untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan tersebut kerana dia masih sayang kepada Zakiah dan tidak mahu krisis rumah tangga mereka memberi kesan terhadap dua anak lelaki mereka.

Menurut Mohd. Azizi, selain itu Mohamad Yusof ingin menyelamatkan Zakiah yang kian hanyut dengan memberi perumpamaan seperti `sampan yang hanyut dalam lautan luas’ kerana meninggalkan rumah tanpa izinnya. Ekoran itu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan agar wakil hakam itu untuk sekali lagi mencuba mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga pasangan tersebut.

Bagaimanapun tiada tarikh yang ditetapkan untuk perintah tersebut dilaksanakan.

baca selanjutnya DISINI 


sedih sbb dia dah failkan tuntutan cerai ini 2 kali rupenya .. huhu kira dia dah nekad lahh nie .. baru nie lah kes dia berjalan dengan lancarnya .. apa2 punn sama2lah kita doakan yg terbaik buat zakiah nie .. dan kita semua kena ingat satu je .. PERKAHWINAN YG LAMA X MENJANJIKAN IKATAN YG BERKEKALAN .. berdoalah selalau agar ikatan perkahwinan kita dilindungi allah dan diredhai selalu oleh yg maha ESA .. aminnnnnnnnnnnnnn






Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

24 comments:

  1. tulah kak..doa moga perkahwinan kita berkekalan hingga ke ujung nyawa...amin

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dilindungi dari pekara-pekara sebegini...aminnn

    ReplyDelete
  3. owh. dah 18 tahun 2. sygnya... semoga sumenye berakhir dgn baik

    ReplyDelete
  4. xde persefahaman tapi bertahan gak 18 tahun.. haih x paham :)

    ReplyDelete
  5. sayang jer dah lama kawin.
    tapi kalau hati dah tak suka nak buat camne kan.

    ReplyDelete
  6. sayangnye..dh 18thn hidup bersama..
    Tp tu lahkan DIA yg menentukan segalnye..

    ReplyDelete
  7. amin...moga dijauhkan kes begini dlm rumah tangga kita ye kak :)

    ReplyDelete
  8. perkara ni tgh terjadi dlm keluarga ratu.pada akak...mcm mane ye terutama bab anak...boleh ke kalau ade anak 2...salah sorang ikut mak n sorang lg ikut bapak...

    ReplyDelete
  9. hal rumahtangga ni mmg tak tahu nak kata kan.. hanya diri sendiri dan pasangan saja yg boleh menangani sebarang masalah.. nak kekal bersama atau tidak sebab kita hanya mereka yg tahu apa masalahnya..

    ReplyDelete
  10. Apa maksudnyaa tuh makin hanyut dilautan luas.. mesti Zakiah nie dah hanyut dlm dunia glamer kut..tah laa.. Moga perkahwinan yg bertahan selama 18 tahun nie akan dpt diselamatkan..

    ReplyDelete
  11. mmg takut klu benda2 mcm ni terjadi pada kita..mmg minta di jauhkan..kesian pada anak2 je...

    ReplyDelete
  12. hurm...menyeramkan baca bab cerai nie...

    ReplyDelete
  13. btul tu kak. mintak dijauhkan lah.

    - pasal kupon McChicken McD tu k.ieda, beli 1 dpt 1. guna kupon fotostat pn ok je kak, pagi td saya beli pn guna cmtu jugak.

    ReplyDelete
  14. kadang2 tak faham apa yg dorg nk dlm life dorg ni kan.anak dh besar2.apa lagik nk.mude pon x jugak.

    ReplyDelete
  15. sis..agaknyee mesti x husben dia tue panas baran..masa suke baik ajee..iskk..teruk betul lahh..

    ReplyDelete
  16. sis..psl readmore nnt kite try cuba kat blog sy dlu..then kite tlg sis ok..maaf lambat ade viva aritu..skang bru free..hehe

    ReplyDelete
  17. nauzubillah...harap dijauhkan drp kita semua perkara cerai berai bagai ni...

    ReplyDelete
  18. Ntah laa..skang ni kehidupan masyarakat biasa pun dh mcm selebriti jgk..skandal sana sini..mintak dijauhkan..nau'zubillah..

    ReplyDelete
  19. Tak sangka plak dia 2 kali mohon. kita dah semakin berumur ni, selagi boleh sabar lebih baik sabar.bertolak ansur tu indah.

    ReplyDelete
  20. @ratusiput oh ya dikk
    memang kita minta dijauhkan , tapi kalau dah ketentuan allah , kita kena redha tapi dlm erti kata yg lain setelah berusaha kearah menghindarinya ,bukan merelakannya .. pada akak anak2 adalah hak bersama .. bila dipisahkan adalah sesuatu yg amat menyedihkan dan perit buat anak2 .. tapi kita kena buat mereka paham akan perpisahan itu walau pahit ..

    sebagai anak, kita doa agar anak2 paham situasi kita .. dan kalau akak biarlah anak diberikan kepada ibu kerana sampai mati ibu lebih berhak , itu yg akak tahu .. tapi sekiranya anak merelakan utk dibahagikan sama rata diantara adik beradik x pelahhh ..

    insyallah air yg dicincang tidak akan putus dikk .. aminnnn

    ReplyDelete
  21. mudah2an perkahwinan dia dapat diselamatkan...
    walau ada apa masalah skali pun, selesaikan la dgn cara baik...

    kesian anak2...

    ReplyDelete
  22. dia tak tau tu apa hukum isteri yg meminta cerai. Nauzubillah. semoga kita semua dijauhkan dari jadi mcm ni. haram bagi isteri yg mintak cerai dari suami.
    hehehe. tapi saya tak kwen lagi

    ReplyDelete
  23. yang mengalami maslaah r/tangga tahu situasi mereka...lama ke sekejpa r/tangga itu tidak kita jangkakan..

    hanya kita berdoa agar r/tangga kita kekal dan paling PENTING bahagia selamanya...ada gak yg kawin lama..tapi xbahagia..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...