Thursday, May 26, 2011

busana yg amat BERNILAI


salam semua

uols pernah memiliki kain songket tak .. kebetulan akak bercerita pasal kain songket nie sbb terlihat ( kalau x silap akak lah ) dari blog adik lyafrina pasal majlis cukur jambul asha dulu .. berlapikkan kain batik dan kain songket .. 

haaa akak pernah ada dan still simpan .. masa hubby kawin , dia dapat dari mak saudara dia , sbb mak saudara dia kerja di pejabat Tenun Pahang .. cantik .. akak still simpan dengan moleknya .. harga ?? x leh cakap lahhh huhuhu mahal .. sampai mak saudara dia x nak btahu .. tu yg buat akak hati2 bila simpan :)

SEJARAHNYA, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa.

Namun, ia tidak bermakna sesiapa saja mahu atau boleh memakai atau memilikinya kerana sejajar sejarahnya, songket masih lagi tergolong sebagai busana warisan yang mahal dan hanya yang berkemampuan, mampu memiliki songket kualiti terbaik.


Semakin tinggi kualiti fabrik dan benang yang digunakan, semakin rumit corak yang dihasilkan, semakin mahal harga songket yang dihasilkan. Ditambah pula faktor kerumitan proses tenunan, lebih-lebih lagi jika ia tenunan tangan. Tidak hairanlah jika harga songket boleh mencecah puluhan ribu ringgit!


Percaya atau tidak, hanya dengan sekali pandang, sudah dapat diagak mahal murahnya songket yang dipakai. Tidak percaya? Cuba anda perhatikan songket atau samping songket yang digayakan rakan, anggota keluarga atau sesiapa saja.


Keunikan corak, kilauan benang emas atau perak pada samping cukup untuk `mengkhabarkan� harga songket.

Kebiasaannya, samping songket tenun Terengganu dijual pada harga sekitar RM250-RM1,000 (untuk bunga corak penuh) dan sekitar RM1,000 hingga RM40,000 bagi songket tenunan sutera yang rumit coraknya serta halus tenunan serta menggunakan fabrik bermutu tinggi.

Songket mudah diperolehi di negeri Pantai Timur terutama di Pahang, Kelantan dan Terengganu manakala pasarannya menembusi hampir di seluruh negara, terutama di Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, songket Terengganu adalah yang paling popular kerana ia sudah sebati dan sinonim dengan masyarakat Malaysia berikutan kehalusan buatan dan kualitinya. Mungkin kerana faktor inilah, keunikan dan keindahan songket tenunan Terengganu mengindahkan lagu nyanyian Allahyarham Saloma.
 Anda? Ada songket? Hargailah ia kerana ia busana warisan Melayu

(Sumber: Fatimah Besar, pengasas Fatimah Songket)


sehingga sekarang akak masih simpan , sewaktu majlis cukur jambul anak2 akak .. akak pasti akan lapikkan bb dengan kain songket nie .. ermm entahlah rasa mcm ada keunikan dan tarikan disitu :) mgkin sbb utama, dia mahal dan cantik kuut ...





Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

21 comments:

  1. saya pun memang ada songket.. memang mahal kak.. tu pun ibu yang bagi.. saya simpan elok2..

    ReplyDelete
  2. batik sarawak pun cantik jugak kan? heHe

    nak promosi batik sarawak.. heHe

    ReplyDelete
  3. yelah kak.mst mahal kan sbb dye hand made.lg pon sy tgk pun.alahai,terpikat.

    ReplyDelete
  4. @Farah Shamsudin oh yaaa , memang kena simpan .. cantik kan hasil dia mcm x puas je bila tgk kan :))

    ReplyDelete
  5. wah cntik2nya.... songket mmg mhl...

    Opsss.... klau akak nak beli sutera dari Terengganu.

    Boleh tgk di link i...

    http://www.facebook.com/pages/Sutera-Asli-dot-Terengganu/214545031896606?sk=wall

    hehe.. Semuanya original dri Terengganu. :)

    ReplyDelete
  6. btl tu kak...
    time raya.. fain diwajibkan pakai songket.. sbb songket tu mmg hadiah hantaran dr pihak lya msa kawin dulu.. harganya xsoh cakap la.. sbb songket tenun y ori..nsib baik fain ok...

    lg pon kesemua abg2 lya, time raya msti pakai samping songket tu. tu y fain jd terikut.

    ReplyDelete
  7. songkek terengganu memang cantik kan kak ieda..berbaloi2 ngan harganya

    ReplyDelete
  8. Kak Ida..Mak Alin ada simpan songket lamer kaler merah. Alin masih ingat lagi ms sekolah2 dulu kalau ada pertandingan nasyid..mesti pakai kain songket...

    ReplyDelete
  9. kt pon simpan songket hubby ms kawen punye dl..songket tu mak kt hadiah kan kat hubby..order terus dr terengganu..

    ReplyDelete
  10. biasa buat sampin jer sbb fabrik mahal takkan nak dibuat pakai hari2..sayang oi! :D

    ReplyDelete
  11. ada 1 jer kak dlm simpanan..tu pun lily hadiahkan sbg hantaran dari lily utk hubby..hubby pakai masa akad nikah..

    ReplyDelete
  12. en abg pun ada sehelai yg mmg dia beli utk majlis akad nikah dulu..sampai skrg simpan lagi...

    ReplyDelete
  13. mahal kan songket ni..nak simpan pon ada petuanya. kak par sy ajar kena simpan dlm surat khbar..x tau lah betul ke tak, hehe

    ReplyDelete
  14. teringat dulu makcik ada koleksi songket.. mmg jaga betul.. simpan pun ada cara.. benda mahal kan.. kenalah jaga sebaiknya..

    ReplyDelete
  15. tak mampu nak beli songket asli

    ReplyDelete
  16. kat rumah ada 3 songket tapi india punya
    yg tempatan mahai sangat :)

    ReplyDelete
  17. nenek zr kt ganu wat songket kak.. tp sejak dh tua ni dh xwat dh , siap ada alat dia lg kt bwh umah .. now alat tu dh tingal buruk gitu je.. psl geng dia pun dh ramai arwah.. xdak penyambung ..

    en somi zr time kawin dgn zr nenek kasi songket asli kt dia.. hrga x yah ckp ler.. mahei punye, jeles key , cucu nye ni pun x dapek

    ReplyDelete
  18. xde kain songket pun, mahalllll nak beli.. sobb sobb

    ReplyDelete
  19. songket ori mmg mahal kak..mak sy ada..sonket masa dia kawin dulu...masih elok smpai skrg..tahna kan songket nie..

    ReplyDelete
  20. betul tu kak,kalau tgk car buat,mmg rumit dan mmg mahal la nilainya...cantik dan halus buatannya...sebab tu ada cara simpandnya tersendiri...izan pakai songket time kawen je dulu tp songket murah je la hehe.tak nak amik lace sbb nak merasa songket..nnt dah tak pakai dah hari2 biasa hehe

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...