Tuesday, May 24, 2011

ambil perhatian bila DNA BABI ..


 salam semua

terperanjat dgn berita yg dibaca pagi2 nie .. haa mcm mana nie .. susah dah nak beli kek2 skrg nie .. boleh percaya ke Bakery2 skrg nie ?? .. @ pendekatan yg senang menempah kek dengan kawan2 yg dah lama buat kek di rumah or mereka juga ada tersilap @ tidak perasan bila mendapatkan tepung buat kek yang tercemar ini ... harap2 tidak lahh kan .. mohon dijauhkan , kalau ya , alhamdulillah kita sedar dengan segera kan  ... 

adehhhhhhhh !! susah ati skrg nie  .. dan kepada kawan2 yg melibatkan diri secara langsung @ tidak , mohon perhatian anda dlm hal ini .. insyaallah, semoga kita semua dijauhakan dari kerja2 penghianatan ini ... amin


DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal 

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan. "Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

sepenuhnya : DISINI


ps : pagi nie akak masih ada tugas utk lawatan dari UTM , akak LUPE lagi sebenarnya , mereka di UCSA selama 2 hari .. huhuhu semalam dan hari ini .. so pagi nie mcm biasa akak akan menyediakan sarapan pagi buat pegawai2 UTM tuu .. sehinggalah ke tghari ..  til then , seee uols ..






Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

33 comments:

  1. mcm mcm laaaa.geli lah.dh tak tau lah mana 1 betul ke tak.kalau tgk kat JAKIM online tu mmg byk senanrai nya.hmmm ntah la

    ReplyDelete
  2. takut dh sekarang ni nak beli kek sana sini.. kek besday anak baru2 ni tempah kat kawan ofis jer.. kek coklat kukus yg ada icecing...

    ReplyDelete
  3. mcm2 jer..so kita pun kena lebih berhati2.

    ReplyDelete
  4. dalam ms kita duk berhati2 dan berjaga2 pun terambil termakan jugak.. huhu

    ReplyDelete
  5. teruk betol..kalo macam nie..makin lame ape sume kite xleh makan..dlm diam nak rosakkan org islam..

    ReplyDelete
  6. kalau Secret Recipe yang d maksudkan..secret recipe dah buat kenyataan kak..klik link ni: http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/228106_132791053463963_100001992087932_227851_5681735_n.jpg

    ReplyDelete
  7. betul tu k.ida...skang ni byk yg tak halal.mmg kena buat kajian bebetul.

    ReplyDelete
  8. mcm2 la kes skrg ni kak...duk Msia pn belum tntu selamat dr segi mknn....kite mmg kena bukak mata besar² skrg ni..peka dgn ape yg ade keliling kita....

    ReplyDelete
  9. sekarang ni semua dah tak selamat... nak makan pun ada bahan2 haram yang dicampur... nak jalan2 plak takut kena simbah asid... adoi...

    ReplyDelete
  10. ish la...skg ni semua benda byk ada benda tu...pasai la lepa tak pantau dr awai2 lg ha....

    ReplyDelete
  11. lepas ni nak kena makan makanan yang ditanam sendiri la pula..heheh

    ReplyDelete
  12. mcm2x hal sekarang ni...mmg sbg pengguna kena hati2x wp kdg2x kte terkena sekali

    ReplyDelete
  13. sori kak lame tak singgah sini...

    skang nih byk sgt da isu nih...org kate makan kt umah selamat..tp skang ni bahan2 mentahnye sume meragukan

    ReplyDelete
  14. emm kena perihatin apa yg kita mkan kan..sebab tu semua jd darah daging tapi kena tunggu kenyetaan mereka2 ni...

    ReplyDelete
  15. @Nurul Aima Hj Kaim aah dik .. tu pun akak ada baca semalam .. nasib baik kan ..

    anyway thanx dik bagi link :)

    ReplyDelete
  16. tension tul skg...nama jer negara islam tapi babi bersepah2

    ReplyDelete
  17. menakutkan la kak...pas nie...order kat kengkawan jerk la...huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. nak buat sendiri...tak pandai
    nak beli....takut

    ReplyDelete
  19. kak, secret recepi mmg halal..alhamdulillah...ada link dia, mcm yg aima bagi tu...

    ReplyDelete
  20. memang sebelum membeli kena perhatikan isi kandungan dan ramuan di dalamnya kan.

    ReplyDelete
  21. LEPAS NI KENA LEBIH BERHATI-HATI ..BACA DGN TELITI ISI KANDUNGAN BRG YG KITA NAK BELI

    ReplyDelete
  22. @rara pinkmafia tu lah skrg nie semua dh susah sebenarnya .. nak tahu mana yg halal mahupun x halal huhuhu

    ReplyDelete
  23. @adarnadzmie ya .. ke bday selalunya pun akak beli ngan kawan yg dh biasa buat .. x berani beli kat bakery lagi huhuh

    ReplyDelete
  24. @Mek Norfa aah dik dlm hati2 pun leh termakan jugak tuu huhuh

    ReplyDelete
  25. @Adyla ya dik nie semua nak khianat org islam sebenarnya huhu

    ReplyDelete
  26. @ratusiput bukan kajian je .. kena tgk betul2 halal atau idak .. tapi kita sempat ke nak tgk satu persatu huhuh

    ReplyDelete
  27. @Nur Hawa Mohd Zin zaman skrg payah dahh nak cari utk tanam sendiri huhuh

    ReplyDelete
  28. @Maya Mayana tulah .. sedih pun ada .. tgk lah mcm mana ..

    ReplyDelete
  29. @gee ryder huhuhu bersepah babi x per dik .. tapi dijaga rapi .. di piawai betul2 nie tidak yg mempiawai ashik makan rasuah jee .. huhu mana tidaknyaaa

    ReplyDelete
  30. @wahida aah akak tahu tuu .. nie yg bukan dari SR .. tepung buat kek betul huhuhu

    ReplyDelete
  31. @~ yus ~ tu lah kalau kita perhatiakan semua ada tanda halal .. nak kaji mana sempatkan .. bila timbul mcm nie halal tu dipertikaikan mcm mana huhuhu

    ReplyDelete
  32. @munna kalau x der leh lah kaji dik .. nie yg dah siap2 tulis halal nie .. dah nak jadi mcm negara seberang pulak kita nie kan huhuhu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...