Wednesday, May 18, 2011

aduh SERAM !


salam semua

pagi2 buka metro online .. aduhh seram pulak bila akak baca .. kes arwah mona dan hubby dia nie dah lama kan ... tapi tiba2 je ada kuar berita mcm nie .. kematian mereka di tali gantung juga mendapat liputan meluas kerana mereka merelakan hukuman ini seolah mereka tahu kesilapan mereka ..

sama-sama kita berdoa agar roh mereka semua ditempatkan bersama org2 yg beriman disisi allah .. amin


RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukum
an gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.
Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.



NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.


sumber : hmetro


ps : setiap sesuatu yg jahat yg dilakukan oleh seseorang itu pasti mendapat balasan dan hukuman yg setimpal di dunia mahupun di akhirat kelak .. semoga kita sentiasa dilindungi dari segala kejahatan yg kita sedari mahupun yg kita tidak sedari .. aminnn






Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT

28 comments:

  1. kenapa pulak nak berhantu kan..sedangkan dia yang buat salah..urmm...macam2 la..huuu

    ReplyDelete
  2. huhu..

    seram je..


    kak pasal iklan nuff tu.. ena dulu follow jer instruction yg nuff kasi utk buh iklan tu kak.. mula2 memg tak kuar juga.. tp kao tak silap ena kdg bergantung pd column blog kita.. tp lebih2 ena tak pasti pulak kak..

    ReplyDelete
  3. saya baca pun mcm meremang bulu roma... tengok pun suram je lokap tu kan... mmg ngeri tu rasanya..

    ReplyDelete
  4. emm banyak2 la kita baca alfatihah kat arwah mereka.. biasalah bila kita duk tmpt2 cmtu pelbagai perasaan yg ada.. sama jugak kalu kita duk kat umh sorang, kadang2 rasa cm seram gak..hehe

    ReplyDelete
  5. eeeii mmg seram
    aritu ingt lg
    kuar rancangan 360 pasal mona fendi
    ada la dia tunjuk video klip mona masa jadi penyanyi
    saya lak gatal g search kt youtube..sekali buka je dgr suara dia tros meremang tros ttp hehe

    ReplyDelete
  6. part berhantu tu xpe lg...part nak jadikan pakej lawatan berhantu mcm kelakar je...idea sape la tu...

    ReplyDelete
  7. seram nyee..sib baik baca ni siang...huhu

    ReplyDelete
  8. sapelah org yg sengaja nak menempah maut pegi pakej lawatan berhantu tu ye??

    ReplyDelete
  9. mak aii ngeri kut, ade ke org nak join pakej lawatan berhantu tu..terbawak balik umah kang baru tau, hehehehehe

    ReplyDelete
  10. Sama-samalah kita mendoakan roh arwah pergi ngan tenang.akak tak beli surat khabar semalam, sebab tu tak tahu kot.

    ReplyDelete
  11. boleh panggil geng2 seekers nie heheheeee

    ReplyDelete
  12. masa zmn ni..kita rasa kes mereka ini yg paling kejamkan..kerat 18 ke berapa eh..lupa..

    tapi skrg manusia lagi kejam..igt arwah nurin itu..smpai skrg penjenayah itu msih bebas..takutkan..dan semoga penjenayah itu segera ditangkap...

    bab2 seram ni..xtau nk ckp..huhu..xpernah alami secara live..dan xpenah jd insan terpilih utk dpt lihat seme itu..akak pun xnakkkk..takuttt

    **smlm akak tulis polo2 tu..nk folo2 blog GA awk la cik kak..hehehe

    ReplyDelete
  13. aiseh ade hantu pulak. da mati tu wat cara mati, na jd antu pulak. hehehe

    ReplyDelete
  14. mmg tempat tuh keras... bertambah2 la lagi kan?

    ReplyDelete
  15. eee...seram plak kan...ade ke yg brani nak p lawatan berhantu tu...

    ReplyDelete
  16. MEnyeramkan... tp ms nak kene hukum gantung dulu.. cooll je dorang siap make tebal.. :P

    ReplyDelete
  17. Cfrm berhantu klu dh meninggal cara mcm tu..

    ReplyDelete
  18. adeii..seramnye..
    Ada plak erk lawatan berhantu..

    ReplyDelete
  19. eiii...takmolah kalau suruh pegi pun. baca pun dah seram~

    ReplyDelete
  20. saya dengar nama dia pun kan dah nek seram kak...huhuhuhuhu

    akak nanti emailkan nadia alamat akak ye sebab nak pos masker gift tuh...ni emailnya kak, mynadiadania@gmail.com

    ReplyDelete
  21. ku mmg penakut msti xkn pegi tmpt mcm nie..huhuhu...

    ReplyDelete
  22. ni hantu mona ke hantu yang dia bunuh tu..:P
    tapi time kejadian ni saya masih kecik..tau-tau sekarang dah 25tahun..dah lama kan..tapi lagi ngeri yang arwah NV tu..takut la manusia zaman sekarang ni..:P

    ReplyDelete
  23. wah, ada lawatan berhantu...ase seram lak nak pegi, kang xpasal2 kene rasuk pulak

    ReplyDelete
  24. jom kak... kita try dok semalaman. hehehe

    ReplyDelete
  25. haha.jom r blogger2 kuantan pakat g lawatan nak?hihi.

    pelik2 la pahang ni,jgn smpai ada histeria dahla.hihi

    ReplyDelete
  26. eishh~takutnye kak~tak nak le sye masuk.kang ade yang ikut balik rumah.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...